Teruja.

6/30/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Alhamdulillah untuk ibadah puasa hari ini. So, kita dah masuk puasa hari yang ke-14 kan. Wahhh. Sekejapnya masa berlalu. Tak sabar rasanya untuk hari-hari yang keseterusnya. Korang pulak apa macam? Barang raya dah prepare ke? Kuih raya dah buat dah? Ke kuih tunjuk je. Eh. Macam awal je tanya. Hikhik.

 Tapi dah tak awal sangat lah kan, dah nak masuk pertengahan bulan puasa pun ni. So, better kalau kita prepare persiapan raya awal-awal kan. Nanti takdelah kita berserabut. Ye dak? Kita prepare laa seslow. Alahai, tak sabarnya. Yang penting, nak balik kampung jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. Seronoknya. *terlebih excited pulaks* :D 

Emm, tapi sebenarnya mimi sendiri pun still tak prepare apa-apa lagi. Sadis betul. Huargh T.T. Baru 20% kot siap. And  I cannot wait for the preparation. Bab-bab raya ni memang laju betul. Haha

Daisy Merah.
Apa-apa pun disaat kita sedang berhempas pulas untuk membuat preparation raya, jangan lupa pulak ramadhan tak habis lagi. Amalan-amalan ibadat wajib dan sunat yang lain jangan lupa seperti terawikh dan sebagainya. Kemudian, disamping kita beribadat tu, jangan lupa jugak dekat fakir miskin dan bersedekah lah setakat yang mampu. Ok?

Tu jelah, sedikit pesanan dari empunya belog ini.

Lots of love, Mimi.

Dugaan Bulan Ramadhan. Hmm

6/29/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Dugaan.

Harini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Syukur. Alhamdulillah. Setakat ni mimi puasa penuh lagi ye. Hehe. Ok ok. Bulan ramadhan ni kita semua mesti ada banyak dan pelbagai jenis dugaan kan. Macam mimi ni antara dugaan dan ujian di bulan ramadhan ni ialah bila nak kejutkan adik-adik bangun sahur. Alahai, rasa nak curah je air kat masing-masing bila nak suruh bangun sahur. Liat kemain. Kalau kata kejut sahur pukul 5, dah orang mengaji baru nak bangun. Pastu, mula lah kelam kabut. Waktu tu la nak basuh muka, nak cari pinggan mangkuk nak makan. Haa, last last dapat minum air je. Padan muka! Ahak. Sabar jelah dengan karenah adik-adik ni. Emm, tapi bila ingat-ingat balik, dulu waktu kecik-kecik pun kita camtu jugak kan. Macam tulah parents korang kejutkan korang bangun sahur dedulu. Ye dak? Nipulah engkorang pun tak liat nak bangun sahur. Rasanya dah besar-besar pun masih ada yang liat nak bangun sahur kan. Haha. So abang-abang kakak-kakak sabar jelah ye dengan adik-adik memasing. :D

Akhirnya, Mimi Sudah Punya Bisnes Kad Sendiri.

6/25/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Bisnes Kad.
Yeayy ! Akhirnya, mimi sudah punya bisnes kad sendiri. Gembiranya tak terkata. Sebenarnya bisnes kad ni dah lama siap tau. Lebih kurang sebulan ke dua bulan yang lepas. Cumanya mimi baru je nak updated kat blog ni. Untuk pengetahuan korang semua, bisnes kad mimi ni simple je. Tersangatlah simple. Takdelah catchy-catchy sangat. Sebab mimi memang nak yang simple. Warna pulak purple dan hitam. Okay lah kan? Bisnes kad ni mimi buat bertujuan untuk menambahkan networking dan jugak sebagai medium antara mimi dengan customer. Yelah, mimi kan ada buat bisnes online, cuma secara kecil-kecilan jelah. Emm, btw, siapa kata bisnes kad ni bertujuan untuk golongan professional je? Emm, suka hati kita lah kalau nak ada bisnes kad jugak kan. Hikhik. Walaupun mimi bukan lah seorang blogger otai atau femes mahupun seorang ahli perniagaan terkenal tetapi mimi tetap memerlukan bisnes kad jugak. Gituuu. Hehe

Haa, pasni kalau ada jumpa mana-mana blogger ke ada event lagi ke boleh laa mimi bagi bisnes kad ni kat korang kan dan tidak lupa juga dekat customer dan kawan-kawan mimi, ataupun sesiapa jelah yang kenal mimi, yang berkenaan jelah kan. Nanti mimi bagi kat korang ye. So, senang laa sikit kalau korang nak contact mimi ke kan sebab semua details dah ada kat situ. Hihi

Kuih Tradisional Terengganu : Kuih Bekang.

6/10/2015

Assalamualaikum Dan Hi :D

Apa khabar korang semua? Sihat ke? Haaa, dah lama tak singgah blog ni. Emm, akhirnya berjaya jugak mengupdate entri kali ini. Bukan apa malas nak update belog. I have no idea dan kadang idea ada tapi mood nak ngapdate belog pulak takda. Tsk tsk. Kesian mimi kan. So, sementara tengah rajin ni, mimi nak share dengan korang semua pasal makanan. Yeayyy! :D Haa, korang jangan terliur ye dengan food review mimi kalini. Hiks

Untuk pengetahuan korang semua, gambar kat bawah ni ialah makanan tradisional Negeri Terengganu iaitu Kuih Bekang. Rasanya kat terengganu je ada kuih ni. Hehe. Korang pernah makan tak kuih ni? Kalau pernah makan memang beruntung sangat lah. Sebabnya kuih ni susah sangat nak cari tau. Even kat terengganu ni pun sangat payah nak cari. Lebih-lebih lagi yang sedap macam ni.

Kuih Bekang.
Minggu lepas mimi pergi ke Kuala Terengganu atas sebab-sebab tertentu. So, sewaktu mimi kesana mimi telah bermalam kat rumah pakcik mimi. Pagi esoknya, pakcik mimi lah yang beli kuih bekang ni. Thanks a lot to my uncle kerana sanggup beli kuih bekang ni. Dengar kata tempat yang pakcik mimi beli kuih ni memang diantara yang paling sedap laa kat Kuala Terengganu. Sampai kekadang kalau nak beli korang kena beratur panjang macam budak sekolah tuu sebab orang terlalu ramai.

Emm, kuih bekang ni ada dua jenis kuah tau. Satu kuah putih dan satu kuah hitam macam gambar kat bawah ni. So, kalau korang nak makan, korang kena campurkan kedua-dua jenis kuah ni sehingga sebati. Hehe. Nanti akan rasalah kesedapan dan kenikmatan kuih bekang ni. Kuah ni rasa santan macam tu laa. Tapi memang sedap and i is cannot describe by words. Sangat sedap!

Part 2 : Kuih Bekang.
Jadi, korang semua patut cuba kuih bekang ni tauu. Samada korang tuu memang betul-betul orang Terengganu atau bukan. Mimi tahu kadang orang Terengganu sendiri pun masih taktahu dan tak kenal dengan kuih tradisional ni kan. So, korang mesti cari dan cuba, okay? Kalau korang pelancong yang nak melancong ke Negeri Terengganu pun wajib cuba tau. Tanya je orang-orang lama dorang mesti tahu. Hihi

So, itu sahaja. Semoga korang enjoy dengan entri kali ni hokayy.


P/s : Asyik-asyik review makanan moden je, western food dan apa bagai lagi tu. So, sesekali kita kenalah review makanan tradisional pulak kan supaya kita tidak lupa asal usul makanan kita. Kang tak kenal pulak makanan tradisional negara sendiri. #eh. Hehehe :D