Wordless Wednesday : Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Syamimi Rosnee.

7/29/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)



Walaupun raya dah lama berlalu dah masuk hari yang ke 13 Syawal, tapi rasanya still tak terlewat lagi kan untuk mimi ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger. Kan? So, salam kosong-kosong semua.

Lots of love, Syamimi Rosnee.




Spek Baru Lagi !

7/07/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Setelah beberapa tahun menggunakan spek lama, akhirnya mimi dapat spek baru lagi. Memula memang eksaited nak dapat spek baru ni. Kengkononnya nak tukar laa yang baru. Tapi tengok-tengok dengan power-power sekali kena tukar. Masalahnya power yang kena tukar tu bukannya sikit, tapi banyak jugaklah. Sedih je rasa. Yelah, kena tambah power lagi. Ingatkan makin kuranglah kan power rupanya tidak. Ok. Mimi tak kisah.

Ni lah spek terbaru mimi. Spek minions tuu. Mimimiminions. Hihi. Konon nak cantik pakai spek macam Emma Maembong dalam cerita Isteri Separuh Masa tu. Last last yang ni mimi dapat selepas dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling. Cantik dok? Jangan kata dok cantik laa. Mimi tumbuk kang.

Hi, Im Mimimiminions! :D

Power dah bertambah. Sabo jelah ye dok? Ceritanya begini power mimi ni, power bukan sebarang power. Ok? Bukan power rangers, powerbank atau sebagainya. Tapi power spek mimi laa kedua-dua belah mata bertambah dari teeeet ke teeeet, secara kasarnya kedua-dua belah mata ni power bertambah sebanyak seratus oi. Terkejut mimi. Tulah banyak sangat faktor yang menyebabkan power ni bertambah. Antaranya ialah banyak sangat study, *eh*. Dalam erti kata lain banyak sangat ngadap buku laa centu. Tapi since mimi dah lama tanam anggur kat rumah ni. So, i dont think that it was the main reason why my power bertambah. Em, banyak sangat online, banyak sangat ngadap phone! Yes, now i found the main reasons why. Online lelama sampai mata penat, banyak sangat ngadap laptop. Kemudian, hadap phone lelama juga, or hadap phone dalam gelap, dalam erti kata lain focus on something terlalu lama dan pencahayaannya tak cukup. Gitu laa lebih kurang. Pastu, pesen mimi ni pulak dah tahu mata tu empat bukan nak pakai mata lagi dua tu. Biarkan je, kalau nak tengok tv pun rilek je duk depan-depan tv dan tengok. Macam kita lah peminat setia cerita tuu, padahal rabun. See, kan dah banyak penyebabnya kenapa power spek tu bertambah kepada teet. 

Em, tu jelah sedikit sebanyak punca kenapa power mata tu bertambah. Sikit jelah mimi cerita ye sebab mimi ni pun bukannya expert sangat bab-bab ni kan. Harapnya lepas ni lebih berhati-hatilah dan kurangkan membuat segala benda yang boleh menyebabkan mata ni bertambah rabun.

Akhirnya, hasilnya begini. Muka selepas memakai spek minions ni. Ok dok? :D

Mimimiminions.

Segmen : Saya Nak Design Kad Raya.

7/02/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Siapa nak design Kad Raya FREE dari Kak Azhafizah? Jom join ni. Ok? :D


Cara sertai Segmen : Saya Nak Design Kad Raya 

1. Buat Entry  bertajuk "Segmen : Saya Nak Design Kad Raya"
2. Letakkan banner dan link kan ke entry ini. * Drag gambar banner ni terus masuk compose entry ye kalau susah nak ambil banner ni.
3. Follow * Optional
blog : www.azhafizah.com
instagram : instagram.com/azhafizahmdnor
twitter : twitter.com/Azhafizah
4. Like Fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah
5. Publish dan tinggalkan link penyertaan di kotak komen
*kalau takde instagram, twitter ke, facebook ke takpe, yang penting ada blog.
Tempoh Segmen
2 Julai 2015 (09:30 pm)- 5 Julai 2015 (11:59pm)
Pemilihan melalui random.org. Setakat masa yang ada Fiza mampu berikan masa untuk buat 1 design sahaja, makanya Fiza akan pilih seorang pemenang sahaja sebab selepas pengumuman keputusan Segmen : Saya Nak Design Kad Raya pada 5 Julai 2015, 12:00pm.  Fiza akan sambung Segmen : Saya Nak Header Blog/Facebook Raya pulak pada 6 Julai 2015, 9:30pm.

Lagu Raya Sudah Berkumandang Di Radio.

7/02/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Alhamdulillah. Harini kita dah berpuasa hari yang ke-15. Syukur sangat. Dah sampai ke pertengahan ramadhan. Betul tak? Dan makin lama mood raya tuu semakin membuak-buak lah. Hihi

So, harini lagu raya dah start berkumandang kat radio tau! Jom laa kita sesama bukak radio, dengar lagu raya. Makin tak sabar nak rayaaaaa. Harini sepanjang hari bukak tv, pasang radio je semata-mata nak dengar lagu raya. Haha. Siapa tak excited. Banyak lagu raya pulak dapat dengar, ada yang sedap ada yang tak sedap. Yang tak sedap tu mesti laa lagu raya yang baru-baru. Lagu raya yang lelama zaman kekecik dulu jugalah yang sedap dan tetap menjadi pilihan hati mimi. 

Aih. Sambil menulis ni dah membayangkan time raya nanti, makan rendang, lemang, kuih-muih, tart nenas, almond london, semperit dan semua-semua laa. Ahh. tak sabarnya. Yang penting nak balik kampung! Rindunya family kat kampung. :D

 Emm, dah laa setakat ni tak pernah lagi berpuasa kat kampung. Harap-harap dapat laa berpuasa kat kampung. Apa-apa pun mood raya is on! Padahal raya belum lagi. Kahkah

K k. Terlalu banyak untuk diceritakan kat sini. Hehe. Sebagai penutup entri ni, mimi share sikit gambar raya tahun lepas kat kampung di Kelantan. Sabar lah wahai diri dah tak lama dah nak raya. Hikhik

Raya tahun lepas 2014, dengan adik dan cousin.
Jangan terkejut kalau tahun ni pun mimi pakai baju raya yang sama je macam gambar kat atas sebab baju ni pernah pakai dua kali je kot. Pakai time raya je. Pastu, tak pakai dah. Tapi muat lagi ke tah nak pakai. Maklumlah semua dah berubah. Haha. Cuma cinta hati je tak berubah. Ahaks :D

Untuk korang yang berada di perantauan tu sabar jelah ye kalau dengar lagu raya kat radio time balik kerja ke balik kelas ke sabar jelah ye.

Mimi harap semoga semua orang dapat cuti dan beraya di kampung halaman memasing. Ok! Lebih-lebih untuk papa mimi, kalau papa tak dapat cuti raya tak dapat beraya kat kampung laa kami.

Bye! XOXO



Anti Meludah.

7/01/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Sejujurnya mimi ni anti sangat dengan orang yang meludah merata-rata tempat. Lebih-lebih lagi yang pesen meludah sesuka hati je kat tempat awam atau tempat terbuka. Tadi nak dijadikan cerita, mimi keluar ke bandar kejap, pastu berhenti laa sebab traffic light, yang mimi geramnya bukanlah geram ekceli tapi geli bila tengok orang meludah sesuka hati je. 

Ada seorang pakcik ni sambil-sambil tunggu traffic light tu laa, dia bukak cermin tingkap, tengah bercakap-cakap dengan kawan dia. Kemudian, dia ludah je kat tepi tingkap tu. Haiyak. Kebetulan pulak waktu tu mimi terpandang pakcik tu. Fuhhh. Dah laa bulan puasa ni, nak termuntah rasanya. Eeeei, tolonglah jangan meludah depan mimi. Kalau ye pun nak meludah cover-cover laa sikit. Lagi satu orang yang meludah sembarangan ni, bagi mimi diorang nampak macam kurang ajaq sikit laa. Tak sopan orang kata.

So, jangan meludah depan mimi ye.