Sky Park, One City.

8/25/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Yeayy! Akhirnya, mimi dapat juga datang ke Sky Park, One City yang bertempat di Subang. Bukan senang seorang mimi nak ke Subang ni. Kalau takde hal ke event ke apa ke, memang tak lah nak kesana. Minggu lepas, mimi dan keluarga ada wedding kat sana di The Place, One City. So, dikesempatan itu kami pun pergi lah ke Sky Park ni. Nampak tak, dengan ayunya mimi berjalan kat atas sky walk tu. Siap berjubah lagi. Yelah, pergi wedding kan. Hihi

Sky Park, One City.
Waktu mimi datang sini masa tu tengah hari, cuaca tengah panas kot. Sejujurnya, masa mimi pergi tu tak kena masa. So, tak dapat sangat lah nak menghayati sangat keindahan Sky Park ni. Panas tapi nak jugak datang sini. Haha. Yelah, bukan senang nak sampai sini kan. Nak kata setahun sekali pun belum tentu dapat datang.

Sky Walk.
Haa, nampak tak Sky Walk tu? Korang patut cuba lah datang sini best kot. Tapi jangan lah datang waktu tengah hari pulak. Memang berpanas lah engko kat situ. Kalau nak datang, datang lah pepagi ke takpun petang-petang sikit, agak-agak matahari dah nak terbenam ataupun malam. Mesti best. Kalau memalam lagi fefeeling kan. Jangan datang time hujan dah, nanti berkuch-kuch hota hai lah korang kat situ. Hihi



Time ni orang pun tak ramai sangat. Yelah, tengah hari kan. Siapa nak datang tengah hari. Tapi okay lah bila orang tak ramai boleh lah kita konker tempat tu kan. Haha.


The Highway.
Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil masa kat atas tu. Sorry gambar tak cantik sangat. Mimi memang kalah bab-bab ambil gambar ni. Haa, dari atas ni juga boleh laa nampak highway kat situ, nampak lah kan kereta sedang lalu lintas. Dah duk kat tempat tinggi memang lah semua nampak kan. Hahaha
Boleh lah shopping kat sini.
Ni kat dalam mall One City. Sebelum naik atas tu memang sini lah tempat yang kena jejak dulu. So far cantik juga lah dalam ni kan? Rasanya tempat ni masih lagi baru. So, banyak tak banyaklah kedai yang bukak.

My photographer a.k.a Lil Brother. 
Last but not least, nah amik mimi belanja gambo ngan my photographer a.k.a my lil brother. So, take care guys! Hope korang enjoy baca dan jangan lupa tinggalkan komen ok.

Lot of love,
Syamimi Rosnee.

My Favourite Lipstick!

8/20/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Entri kali ni mimi nak share dengan korang semua pasal my favourite lipstick

My Feveret Lipstick.
Setiap hari sebelum mimi keluar rumah atau keluar kemana-mana, mimi mesti guna dua benda ni iaitu lip ice mentholatum dan kissproof soft lipstick. Rasa macam tak lengkap je kalau 'dua benda' ni tak pakai. Hehe. Bukan apa tujuan mimi pakai lipice ni sebab bibir mimi ni jenis yang kering. So, kenalah pakai lip ice kan. Kalau tak pakai memang terserlah sangatlah bibir kering tu kan. Bukan mimi je tapi korang pun kalau jenis yang bibir kering memang mimi sarankan lah korang pakai lipice ni. Kalau tak memang nampak sangat lah bibir keringnya tu.

 Lip ice yang mimi pakai ialah lip ice sheer colour. Lip ice ni ada 3 jenis kesemuanya iaitu shimmer, strawberry dan fragrance free. Yang mimi pakai tu lupa dah lip ice yang mana. Tapi lebih kurang sama je. Hehe. Cuma effect warna dia je lah lain sikit kot.

Kemudian, lepas mimi pakai lip ice, untuk menampakkan bibir lebih menarik tapi yang ni tak selalu lah ni kadang-kadang je bila ada event ke, senang cerita bila ada hari-hari penting lah kan, mimi mesti pakai kissproof soft lipstick. Ok, ramai yang cakap kissproof soft lipstick ni bibir jadi kering bila kita pakai. Tapi korang kena pandai lah guna. Tips mimi bagi semua pengguna kissproof soft lipstick kalau nak nampak kesan yang lebih cantik menawan gituuu, korang perlu lah memakai lip ice atau pelembab bibir dulu sebelum pakai kissproof tu. Bagi bibir korang tu lembab dulu. Pastu baru lah korang teruskan memakai kissproof soft lipstick tu. Dan akhirnya, kesannya memang memuaskan.



So, tu jelah yang mimi nak share, hope korang enjoy baca dan jangan lupa komen ok.

Terima kasih. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lip ice mentholatum korang bolehlah layari, http://www.lipice.com.my/.

dan

Kissproof Soft Lipstick, boleh lah klik my igshop,  Qesyamin.




Kekalkan Kelembapan Dan Keserian Muka Dengan Safi Moisturizer.

8/11/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Since ramai yang tanya mimi, mimi pakai produk apa pada muka ni. Jadi, kali ni mimi nak share lah dengan korang semua salah satu produk muka yang menjadi pilihan hati mimi untuk muka mimi ni. Sejujurnya mimi adalah pengguna setia Safi Moisturizer atau Pelembab Muka. Sudah hampir setahun jugaklah mimi jadi pengguna safi ni. Produk ni memang sesuai sangat dengan kulit muka mimi memandangkan muka mimi jenis yang oily dan kering (combination skin).

Safi Pelembab Muka.
Pada mulanya mimi pakai, dia tak bagi effect sangat. Tapi lepas mimi pakai secara constant selama sebulan lebih centu barulah mimi dapat rasa yang kulit mimi makin lembut. So, mimi pun teruskan pakai sehinggalah jadi pengguna setia sampai sekarang. Memang rasa beruntung sangat lah sebab kulit mimi sesuai dengan moisturizer ni. Tambah pula, harga untuk safi pelembab muka ni sangat berpatutan dan langsung tak mahal pun. Murah je dan sangat berbaloi kalau kita pakai dengan harga RM6.++ centu. Mimi dah lupa harganya berapa. Padahal baru je beli untuk stok baru ni beberapa hari lepas. Untuk pengetahuan semua, yang latest mimi beli safi ni dia punya packaging dah yang baru tau. Cantik sangat packaging yang baru ni. Simple je. Memang menarik sangat perhatian pembeli untuk membeli. Lebih-lebih lagi bagi orang macam mimi ni.

Safi Pokok Lidah Buaya Dan Habbatus Sauda.
Krim Pelembab Safi Berwarna Putih.
Krim pelembab safi ni pulak berwarna putih dan sangat lembut. Baunya pun sangat wangi. Mimi memang suka! Dengan berat sebanyak 80g. Mimi pakai moisturizer ni biasanya boleh tahan selama 2 bulan bergantung kepada kuantiti sapu kat muka. Jimat kan? Kalau beli moisturizer brand lain yang mahal tapi tak berbaloi tak guna juga kan. So, baik kita apply yang harga berpatutan tapi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit muka kita ni. Betol tak? So, untuk korang yang nak pakai atau tengah tercari-cari moisturizer yang terbaik, mimi sangat sarankan korang semua cuba pakai krim pelembab safi ni. Yang pastinya dijamin halal, selamat dan suci. Ok?

Sentiasa Menjadi Moisturizer Favourite Mimi!
SAFI Pelembab Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda.

Diformulasikan dengan gabungan semula jadi Sari Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) dan Habbatus Sauda untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit dengan lebih berkesan. Sari Pokok Lidah Buaya membekalkan vitamin dan mineral manakala Habbatus Sauda mengandungi nutrien dan bahan antibakteria semula jadi. Hasilnya, kulit lebih sihat, lembut dan berseri. Sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Menghalus dan menyegarkan kulit
  • Mengembalikan kelembapan semula jadi kulit
  • Melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria
Cara Penggunaan : Gunakan setiap pagi dan malam selepas menggunakan pembersih muka dan penyegar.


Tadaaaaa. Pengguna Moisturizer Safi Yang Tegar.
So, tadaaaa! Ni lah resultnya lepas hampir setahun menjadi pengguna setia safi moisturizer.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut korang bolehlah melayari laman web Safi iaitu, Safi.Com.


Target 100 Entri !

8/11/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)




Sebagai orang baru dalam dunia blog, baru tak barulah dah hampir setahun pun mimi bergiat aktif dalam berblogging ni. Aktif ke? *wonder*. Haa, mimi pun ada target yang tersendiri untuk blog mimi ni. Apa target mimi untuk blog ini ialah pada tahun ini iaitu tahun 2015, mimi harap mimi dapatlah mencapai target untuk mengepost entri sebanyak 100 entri. Tapi lagi banyak dari tu lagi bagus kan. Hikhik. Buat masa ni mimi baru sahaja publish entri sebanyak 76 entri untuk tahun ini termasuk lah entri yang baru ni. Sejujurnya mimi punya blog ni takde apa yang menarik sangat pun. Mimi tulis ni pun sekadar suka-suka dan taip je apa yang mimi nak taip. Takpun kalau ada tips menarik ke apa-apa yang menarik ke mimi share lah kan, mimi pun merajinkan jari ini untuk menaip. Hehe. Kadang sembang kosong je pun. Tapi disebabkan minat sangat nak menulis. Maka terhasil lah sebuah blog ni iaitu Belog Syamimi Rosnee. So, doakan mimi berjaya update 100 entri dengan jayanya, ok? :D

Lots of love, Syamimi Rosnee.


No Idea.

8/02/2015

Assalamualaikum Dan Hi.

Peace!

Bila kita terasa nak update blog tapi kita taktahu nak tulis pasal apa, Kekeringan idea lah kan. So, apa yang perlu kita buat ialah kita post je gambar kita. Dan publish! Haha. Peace :*