Lip Sensation Duo Function : Sendayu Tinggi.

11/29/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

Korang dah baca ke belum entri mimi yang sebelum ni? Kehkeh. Kalau belum baca gi baca cecepat tau. Rugi tak baca.

So, entri kali ni mimi nak share dengan korang mengenai salah satu mekap yang mimi guna untuk photoshoot pertama mimi dengan Denai Boutique iaitu Lips Sensation Duo Function. Apa tu Lips Sensation Duo Function?

Tengok gambar kat bawah ni.



Ni lah Lip Sensation Duo Function tu. Lip Sensation Duo Function ialah lipstik dari produk Sendayu Tinggi. Korang semua mesti kenal produk Sendayu Tinggi kan. Tipulah kalau tak kenal. Pengasasnya ialah Rozita Ibrahim.

Okay.

Waktu mimi photoshoot yang pertama haritu, lipstick ni lah yang mimi guna untuk mekap. Mimi pakai lip sensation Code Lovely Rose. Seriusly, mimi suka sangat warna ni sebabnya warna lovely rose ni nampak natural. Tak terlalu terang dan soft.


Lip sensation duo function ni mempunyai 6 warna kesemuanya iaitu Smoke Peach, Pinky Blitz, Lovely Rose, Spring Flower, Violet Ruby dan Seductive Pink. Harganya cuma RM33.00(WM) dan RM35.00(EM). Berbaloi kan. Tak terlalu mahal dan mampu milik. Haa, tapi tapi takleh murah lagi kee? Hihik. Emm, kalau nak murah lagi korang daftar lah jadi ahli Sendayu Tinggi ni! Bila dah jadi ahli nanti, korang akan dapat diskaun  :P

6 Warna Lip Sensation Duo Function.
Sebelum tu, lupa nak bagitahu, kenapa duo function? Kannnn? Sebabnya lipstick ni boleh guna pada kedua-dua bahagian atas dan bawah lipstick yang mana akan jadi macam gambar kat bawah ni haa. Satu bahagian lipstick yang biasa dan lagi satu bahagian lipstick pengilat. So, tersangat lah jimat dan tahan lama. Sebab dua-dua bahagian boleh guna.

Gambar : Ihsan dari Google.

Gambar : Ihsan dari Google.
Hasilnya! Tadaaaaa. Simple je kan? Hihi. Tapi mimi tetap suka dan mimi pun dah jadi salah seorang penggemar setia untuk produk sendayu tinggi ni. :D


Terima kasih kerana sudi baca! Nantikan next entri dari mimi ye.