Terkejut Tengok Diri Sendiri Dalam Majalah!

1/21/2016

Assalamualaikum dan Hi :)

Baru-baru ni mimi pergi ke Kuala Lumpur atas urusan tertentu. So, masa kat tempat penginapan mimi, nak hilangkan boring lah katanya, mimi pun beli lah sebuah majalah ni kat kedai runcit kat situ. Kekonon nak hilangkan boring  masa kat bilik lah kan.

Tapi masa kat sana tak sempat baca pun majalah tu. Sempat belek-belek gitu je. Tak sempat nak baca pun. Kahkah

Okay, takpe.

Balik rumah, tetiba rasa nak terbaca majalah yang dibeli tu. Mimi pun bacalah dengan gigihnya, baca punya baca, sekali bila baca satu ruangan dalam majalah tu, iaitu ruangan #OOTD, mimi pun nampak ni.

Sila lihat bawah.

"When in doubt, wear red."

Haa, dalam ruangan kecil tu terselit gambar mimi. Haha. Terkezut kita. Yelah, cemana boleh ada gambar diri sendiri dalam tu ye dak? :D

Yang kelakarnya sebelum tu emak mimi dah baca majalah ni, tapi tak perasan pun anak dia. Hahaha
Sadissss. Tapi takpe.

Rupa-rupanya baru lah mimi ingat sebelum ni mimi ada tag majalah ni dalam instagram mimi sekali dengan hashtag tu untuk ruangan #OOTD. Wah, tak sangka pulak dapat masuk majalah. Kahkah. Dah lah beli majalah tu secara tak sengaja pulak tu. Nasib beli dapat tengok diri sendiri, kalau tak memang tak tahu lah. Haha. Ye, mimi akui tu cuma ruangan kecil je. Tapi kata orang memula kita masuk yang kecil-kecil dulu, mana tahu lelama nanti masuk ruangan besar pulak ke kan. Ataupun cover majalah ke. Hikhik. Siapa tahu. Yang penting kita cuba dan usaha. Betul tak?



Majalah Hijab Fesyen Keluaran Januari 2016.

Oh lupa majalah yang mimi maksudkan tu ialah Majalah Hijab Fesyen keluaran Januari 2016. Isu ni cover depannya ialah pengasas-pengasas Mimpi Kita. Fuhhh. Harap satu nanti mimi pun dapat jadi macam mereka ni. Amin. Untuk korang yang nak cuba masuk dalam majalah ni pun boleh lah share gambar OOTD korang yang menarik berserta dengan tag @hijabfesyen_magz dan hashtag #ootdhijabfesyen_magz. Okay?

Selamat mencuba dan semoga berjaya! :D




Welcome 2016!

1/03/2016

Assalamualaikum Dan Hi :)

Selamat Datang 2016.

Welcome 2016!

Rasanya masih tak terlambat lagi kan untuk mimi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 untuk korang semua. Hehe :D

Soooooo, HAPPY NEW YEAR, guys! Semoga tahun baru ni membawa seribu kebaikan untuk kita semua. Tak kiralah dalam apa jua sekalipun.