Karnival Karangkraf 2016, #protectyourself! (PART 1)

3/07/2016

Assalamualaikum dan Hi :)

Baru-baru ni mimi telah dijemput oleh Majalah Dara untuk menyertai Ikon Daralista bagi memeriahkan lagi #protectyourself Majalah Dara.Com pada 27 Februari 2016 sewaktu Karnival Karangkraf. Sejujurnya ni baru pertama kali mimi attend event yang dibuat oleh Karangkraf.

Teruja? Yep. Teruja jugak. Tapi dalam masa yang sama nerves kot. Huh.

#protectyourself Majalah Dara.Com
Majlis ni bermula pukul 10, mimi kena ada kat sana sebelum pukul 9. Tapi sampainya pukul 9 lelebih jugak lah sikit. Hehe. Maaf lambat. Maklumlah sebelum nak kesana tu nak sakit perut lah tu lah ni lah. Memacam hal.

Sampai je kat Karangkraf tengok dah berderu orang kat karnival. Terkezut mimi. Lagi lah bertambah gementar.

Majlis bermula dengan Pertunjukkan Silat. Tapi tak ambik pulak gambar silatnya. Erk. Kemudian, selepas pertunjukkan silat tu kami ikon daralista diminta berdiri beramai-ramai dengan memegang #hashtag. Alamak, yang kelakarnya mimi tak ingat mimi pegang #hashtag apa dah. Haha

Ok, cuba cari mana satu mimi kat gambar bawah ni? Haa, kalau siapa jumpa dia memang pandai. K.
Tema untuk majlis ni ialah warna pink dan biru. Jadi, jenuh jugak lah mimi nak cari baju yang kena dengan tema. Nasib baik jumpa jugak. Hee
Masing-masing berdiri sambil memegang #hashtag.
Ada diantara kami semua memegang hashtag #TakeCareOfYourself, #MahalKita, #Protectyourself, dan #KeranaDirimuBegituBerharga. Haa, sangat mendalam kan makna hashtag yang diberikan. Kemudian, beberapa orang ikon daralista juga telah diinterview juruacara majlis mengenai hashtag yang telah diberikan. Nasib baik mimi terselamat dan tak ditanya. Kalau tak jenuh jugak lah nak menjawabnya.

Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Kak Reen, selaku Editor dari Majalah Dara. Haa, kat bawah ni ialah Kak Reen yang merasmikan majlis.

Perasmian oleh Editor Majalah Dara, Kak Reen.

Yeayy!

Yeayy! Akhirnya, majlis telah pun dirasmikan. Jadi, itu je yang mimi nak share untuk kali ni mengenai Karnival Karangkraf yang sangat happening! :D

Nantikan kisah seterusnya dari Mimi ye. Selamat membaca dan jangan lupa untuk komen dibawah ye! 






Mimi Dan Make-Up!

3/04/2016

Assalamualaikum dan Hi :)

Mimi is coming! Haha. Dah lama tak blogging harini tetiba rasa nak menaip. Bukan taknak menaip tapi masa selalu tak mengizinkan. Sadisss.

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni rezeki makin mencurah-mencurah, walaupun tak sehebat orang lain tapi adalah improvement. Pastu, seorang mimi yang dulunya memang tak suka mekap. Tetiba sekarang dah rajin nak main mekap-mekap ni. Eh.

Ni gambar sebelum gi event. Kbye!
Hidung kalau nak kasi mancung boleh guna teknik shading. Hihi. Dan mekap juga boleh membuatkan seseorang itu berubah seperti "Ugly Betty". Gituuu! Mimi juga akui dengan bermekap seorang wanita akan lebih berkeyakinan. Tak payah mekap tebal-tebal pun takpa, mekap nipis je. Yang penting mekap yang basic tu mesti pakai macam bedak takpun lipice. Kalau tak muka memang pucat je lah.

Mimi ni pun seorang yang kurang gemar bermekap. Jadi, mimi akan pakai mekap bila perlu sahaja. Contohnya kalau ada event. Kalau tak, memang jarang sangat lah nak pakai.

K lah, tu je. Nantikan next entri dari mimi ye.

Take care, people! :*



6 Fakta Unik Mengenai Otak.

3/01/2016

6 Fakta Unik Mengenai Otak.



1. Kekurangan oksigen pada otak selama lima hingga 10 minit boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati.

2. Otak akan terus berkembang hingga manusia menginjak akhir usia 40-an.

3. Otak menggunakan 20 peratus daripada keseluruhan oksigen dan darah dalam tubuh.

4. Apabila ada virus yang menyerang DNA manusia membuatkan seseorang kurang cerdas dan akan menganggu aktiviti otak untuk belajar dan mengingat.

5. Ketika terjaga otak manusia mampu menghasilkan listrik yang cukup untuk menyalakan sebuah mentol lampu kecil.

6. Kepincangan dalam rumah tangga boleh memberikan kesan pada otak kanak-kanak.


Sumber : Majalah Wanita (Mei 2015)