Terpilih Sebagai Model Pilihan Khas Crew S7even Studio.

5/24/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Tanpa disangka dan tersangat lah tak sangka! Sekali lagi Mimi telah diberi peluang untuk mengembangkan bakat modelling bersama S7even Studio.

Alhamdulillah, Mimi telah terpilih untuk berphotoshoot dengan S7even Studio sebagai Model Pilihan Khas Crew S7even Studio bersama Pemenang Pencarian Gadis Anggun dan Jejaka Maskulin 2016!

Korang ada baca entri Mimi sebelum ni tak? Mimi ada post pasal event pencarian tu kat entri sebelum ni. So, kalau nak tahu sila baca entri ni ye, Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016.

Haa, gitu.

Jadi! Tadaaaaa.

Mimi disini!

S7ven Studio, Shah Alam.
Memang eksaited sangat sebabnya Mimi sendiri pun memang tak sangka pun dapat ni. Tetiba dapat call dari sorang crew S7even Studio, katanya Mimi terpilih Model Wanita Pilihan Khas Crew S7even Studio untuk pencarian baru-baru ni. Mimi pun macam okayy dengan cool dan tenangnya. Padahal dalam hati ni toksah duk kata lah dah eksaited, nerves semua ada. 

Yelah, lagipun masa event haritu pun memang boleh dikatakan semua talent yang join pencarian tu memang hebat-hebat belaka. Even ada yang baru pertama kali join modelling join event macam ni lah. Tapi memasing semua macam dah expert je. Tu yang langsung tak expect dapat peluang ni. 

Pose sikit.
Selain Mimi, ada lagi sorang juga peserta yang terpilih sebagai Model Pilihan Khas Crew S7even Studio ni tau. Sorang peserta lelaki dan sorang peserta wanita. Untuk peserta wanita tu sudah semestinya lah Mimi, manakala lagi seorang peserta lelaki yang terpilih ialah model Fido Rahman. Nak kenal siapa Fido? Pi terjah instagram S7even Studio ye. Hihi

Apa-apa pun, sekali lagi, terima kasih sangat-sangat kepada pihak S7even Studio kerana telah memberikan peluang ni untuk Mimi. Terima kasih, S7even Studio! :D







Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016.

5/24/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Baru-baru ni Mimi telah menyertai event Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016 yang telah dianjurkan oleh S7even Studio dengan kerjasama daripada Pusat Belia Antarabangsa. Event ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 & 30 April 2016 yang lepas. Bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tujuan Mimi join event ni ialah kerana ofkoslah sebab nak jadi Pemenang Ikon Pencarian Gadis Anggun tu kan. Hihi. Tapi yang sadisnya orang lain yang menang. Kahkah. Tapi okay lah. Yang penting kita enjoy dan seronok!

K k. Back to the topic.

Sebenarnya, Mimi join event ni sebab nak kembangkan lagi bakat dalam modelling. Tu je. Kemudian, untuk menambahkan lagi self confidence dalam diri ni. Yes, I admit that, Mimi punya self confidence ni memang low sikit tapi itu tak bermakna Mimi akan mengalah kat situ je. Haa, gitu. Sebab tulah kena cuba kan. So, Mimi pun decide untuk join event pencarian ni.

Dewan Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Gambar kat atas ni ialah malam sebelum event berlangsung. Malam tu kitorang ada Kelas Keusahawan, Kelas Catwalk, Rehearsel dan beberapa acara lain lagi lagilah. Memang best sangat tauuu! Event pencarian ni korang bukan belajar pasal modelling je tapi yang bertambah best ialah sebab ada jugak Kelas Keusahawanan! Tu pun salah satu sebab Mimi nak sangat join. 2 in 1 lah kan? Sambil belajar modelling, ada kelas keusahawanan. Tambah pulak Mimi pun memang minat dengan bisnes dan juga ada buat bisnes online. So, masa ni lah nak kutip segala ilmu. Hehe

Gambar kat bawah ni masa Kelas Keusahawan, Talk dari salah seorang usahawan yang berjaya iaitu Encik Azad Jasmi selaku CEO Taj International College (TIC). Bukan calang-calang orang tau. Lepastu ada juga talk dari beberapa orang lain lagi yang dah berjaya. Tapi tak sempat ambik gambar sebab Mimi kesejukan dalam dewan ni. Punyalah sejuk dewan ni sampai terketar-ketar dalam tu. Hahaha. K. Saja nak kabo.

Talk dari Encik Azad Jasmi, selaku CEO Taj International College (TIC).
Korang nampak tak siapa dalam screen projector kat gambar atas tu? Zizan bohhhh. Tu pun nak kabo ke? Eh, ofkos lah. Orang kapunggg bohhh. Hahah :D

Gambar kat bawah ni pulak lepas dah selesai semua acara malam tu. Haa, ramai kan peserta yang join? Lebih kurang 60 orang centu. Memang ramai sangat. So, masa ni kita pun dapatlah kengkawan baru. Haa, boleh tambah kengkawan lagi. Ye dok?

Segak kan memasing? Hikhik

Peserta Pencarian Gadis Anggun & Jejaka Maskulin 2016.
Korang cuba cari Mimi dalam reramai tu? Hahaha.

Keesokkan harinya pula, iaitu pada 30 April 2016 maka berlangsung lah event pencarian tersebut! Tu lah yang paling ditunggu-tunggu oleh kami semua. Tak sabar dah memasing nak beraksi masa pertandingan tu. Hehe.

Kat bawah ni masa catwalk. Uih dia punya berdebar. Risau jugak kot masa turun tangga nanti terpele'ot ke apa ke. Tapi alhamdulillah semua steady je. Hahaha

Catwalk!
Photoshoot oleh S7even Studio.
Yang ni pulak masa photoshoot peserta bersama S7even Studio. Mimi dapat jugak nombor tau. Nombor peserta iaitu nombor 16. Okay lah tu kan? Ada juga nombor dari takde kan. Hahah.

Jangan kecam saya.

Apa-apa pun tahniah untuk semua peserta! Korang semua dah menang sebenarnya. Eh, ingat senang ke nak catwalk depan orang ramai semua. Macam-macam boleh jadi tau, kang dibuatnya jatuh kat situ. Malu nanti. Oppps.

Tapi tulah yang kata kena berani kan? And I did it! XD

Yang penting tahniah untuk kesemua Finalis Pencarian Gadis Anggun & Jejaka Maskulin 2016!

Pemenang Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016.
Tahniah juga untuk Pemenang Tempat Pertama Ikon Gadis Anggun iaitu Naemah dan Jejaka Maskulin iaitu Danial Tsu! You guys deserved it!

Tak lupa juga untuk semua sponsor event ni iaitu S7even Studio, Pusat Belia Antarabangsa, TAJ International Collge, Majalah Dara, Majalah Maskulin, dan juga butik-butik yang terlibat sepanjang event tu berlangsung iaitu Samalilit, Niqavie Collections, Mimielin Collections, Tuah D'Mohaz dan banyak lagi. Terima kasih semua!

Untuk semua peserta, kalau ada jumpa Mimi kat luar sana tu tegur-tegur lah ye!

K lah, tu je. Terima kasih sudi baca.

Jangan lupa komen dan baca entri seterusnya! Okayyyyy. :D

Bye.










Review : Gel Tint IN2IT.

5/13/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Kali ni Mimi nak share sesuatu yang best untuk korang! Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita lah kan. Nak cerita ni seorang Mimi kalau tak mekap muka memang akan nampak sangat pucat. Dedulu tak kisah pun kalau tak mekap. Tapi sekarang ni kisah dah sikit. Haha

Ok. Ada yang mengalami masalah yang sama macam Mimi? Bolehlah comment dekat box di bawah ye. Orang kata sharing is caring kan. Kalau Mimi bukan nak cakap lah tapi kalau tak mekap bibir memang akan kelihatan pucat.

So, untuk menghilangkan kepucatan atau nampak tak bermaya di wajah ini, sebelum keluar dari rumah, Mimi mesti memakai gel tint ni.

Gel Tint ni ialah dari IN2IT. Serius, bila pakai memang sangat best! Warna gel tint ni pun tahan lama dan yang paling penting dapat mengurangkan bibir dari menjadi kering. Bibir lembab lah kan. Kira 2 in 1 lah gitu. Kalau tak nak pakai lip ice pun boleh je pakai gel tint ni untuk keluar rumah supaya nampak lebih berkeyakinan.

Gel Tint.

Gel Tint dari IN2IT ini mempunyai 4 warna kesemuanya. Ni yang memang sempat grab 2 warna je iaitu yang warna pink tu kod GT02 Strawberry manakala yang warna macam peach oren tu kod GT 04 Melon. Sebelum ni mimi dah pernah guna yang lagi dua warna tu. Tapi tak terfikir pun nak share pasal gel tint ni. Tapi bila dah banyak kali beli guna pakai ni, Mimi rasa why not kalau Mimi share dekat blog. Hehe 

Harga untuk gel tint ni pulak tersangatlah murah dan berpatutan. Memang berbaloi kalau beli. Sebab apa? Of coz lah sebab warnanya yang tahan lama. Silap-silap boleh tahan sampai ke tidur haa. Tapi harga mimi tak ingat dah berapa. Yang pastinya bawah sepoloh hinggit kot setiap satu.

Ni beli kat Watsons je. So kalau korang rasa nak cari gel tint ni korang boleh la pergi ke Watsons yang berhampiran dengan korang. Rasanya dekat guardian pun ada. Hehe. Tapi ok lah sebab berbaloi, tahan lama. dan warna pun cantik.

Gel Tint IN2IT
Pastu, bagi korang yang minat mekap ala-ala korea ke barbie doll ke apa tu, sesuai jugak kalau pakai gel tint ni untuk mekap yang soft dan nampak natural lah. Nak pakai gel tint ni sebagai pemerah pipi pun boleh tau. Gel tint ni sesuai untuk lips & cheeks. Nanti hasilnya memang konfem awesomelah! :)

Haa, ni je cukup.


Majalah Dara Isu Mei 2016!

5/09/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Alhamdulillah. Sejak dua menjak ni rezeki semakin mencurah-curah dalam dunia modelling. Tu yang sekarang jarang berblog dah tu. Haha. K k. Walaupun masih banyak kekurangan dalam diri ni. Terima kasih atas peluang yang telah diberikan. Ye, Mimi memang masih baru dalam bidang modelling ni. Tapi its all about passion. Semakin lama semakin seronok berdepan dengan kamera. Even kekadang still ada rasa segan dan kekok. Haha. Tapi takpe, tu hal kecik je, still boleh belajar. Eh.

Okay lah, sebenarnya bukan nak cerita pasal modelling ke apa, tu nanti Mimi cerita kemudian ye. Pelan-pelan kita kayuh yukk. Hehehe.

Ni yang Mimi nak cerita sekarang ni korang pi lah beli Majalah Dara Isu Mei 2016 cecepat. Tu je!

Cover girl untuk Majalah Dara isu mei kalini ialah Amira AF, kalau korang still ingat dan kenal. Mimi tak sure Amira ni peserta AF ke berapa. Tapi sekarang ni dia sangat terkenal dengan lagu hati-hati. Haa, ramai peminat lagu Hati-Hati kan?

Ini lah dia penyanyi lagu tersebut. Siapa lagi kalau bukan si cute Amira Othman ni.

Majalah Dara Mei 2016

Dan yang paling penting ialah Mimi pun ada terselit dalam ruangan kecil majalah tu sekali. Haha. 

Tadaaaa!

Dara.Com Mei 2016

So, kalau nak tahu lebih lanjut cerita pasal Amira Othman dan kenapa Mimi terselit dalam ruangan kecil majalah ni? Jom dapatkan sekarang Majalah Dara Isu Mei 2016 di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda sekarang tauuu dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM5.50 untuk Semenanjung Malaysia termasuklah GST. Murah je kan? Hihi.