Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

8/31/2016

SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA!

MERDEKA!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Menjelang 31 Ogos 1957 sehingga ke harini seluruh rakyat Malaysia pasti tidak akan melupakan tarikh yang sangat bermakna ni. Yelah, tahun ni dah 59 tahun kita sebagai rakyat Malaysia atau sebelum ni dipanggil sebagai "Tanah Melayu" telah pun menyambut Hari Kemerdekaan. Kita sebagai anak merdeka patut bersyukur dan berbangga dengan pahlawan-pahlawan yang terdahulu kerana hari ini kita dapat hidup dengan aman dan damai dan juga bebas dari peperangan. Papepun, i'm so proud to be a Malaysian! :D


Cara Untuk Turn On Night Mode Twitter.

8/28/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Mimi eksaited dengan twitter baruuu!

Kenapa?

Sebab twitter baru ni dah ada "Night Mode" tau. Sebelum tu korang dah updated twitter ke belum? Kepada pengguna twitter sekalian, korang tahu tak apa tu night mode twitter? Kalau masih ada lagi yang taktahu, jom baca entri ni sampai habis ye. So, entri kali ni Mimi nak share Cara Untuk Turn On Night Mode Twitter korang.

Mula-mula, macam biasa korang perlu lah sign in twitter korang. Kalau yang takde twitter lagi, kena lah sign up dulu kan. Hihi

Twitter

Kemudian, korang cari button settings dekat tepi edit profile tu.

Cari button settings.

Haa, macam gambar kat bawah ni kan. Yang Mimi bulatkan. Tu ialah button settings ye. Korang tekan sahaja button tu.


Bila dah tekan button settings, twitter korang akan keluar macam ni tau. Macam-macam list settings ada, turn on night mode, view lists dan lelain lagi lah kan.

Dah keluar macam tu, korang pun tekan lah "turn on night mode" tu supaya twitter korang sentiasa berada dalam night mode. Hihi

Turn On Night Mode

Bila dah siap tekan "turn on night mode", twitter korang pun akan jadi camni!

Tadaaaaaa.

Haa, lawa kan bila twitter dah jadi night mode? Hihi

Siap!

Akhir sekali, kalau korang nak tukar semula twitter korang macam yang asal, korang ulang je step tadi tu, Gi dekat button settings, dan tukar je kepada turn off night mode! So, nanti twitter korang pun akan berbalik lah kepada yang asal. 

Mudah je kan? :D

Last but not least, sesapa yang ada twitter tu meh lah follow twitter Mimi, Syamimi Rosnee . Jom kenal-kenal. Dah follow tu tegur jelah tau, jangan senyap pulak. Hihi. Nanti cemana nak kenal. :P

Twitter : @SyamimiRosnee

Papepun, terima kasih sudi baca! Jangan lupa komen entri dibawah dan follow blog Mimi juga tau.

XOXO





Tips Merawat Bibir Kering Dan Pecah.

8/15/2016

Tips Merawat Bibir Kering Dan Pecah


1. Campurkan lemon dengan madu asli dan sapukan pada bibir. Kombinasi keduanya mampu menggantikan sel kulit yang telah mati dan menggantikannya dengan yang baru.


2. Sapukan 'lip balm' pada bibir anda setiap empat jam sekali, supaya bibir sentiasa kelihatan lembab.



3. Jangan membasahkan bibir ketika bibir kering dan merekah kerana ia akan membuatkan permukaan bibir bertambah kering.



4. Salah satu penyebab bibir kering dan pecah-pecah adalah dehidrasi. Jadi, anda haruslah minum air suam dalam kuantiti secukupnya agar kekal sihat.

Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber : Majalah

Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk komen di ruangan komen dibawah.

Tak Pernah Habis Makan Ramen Samyang.

8/09/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Korang dah cuba ke belum ramen samyang ni? Kalau yang dah tu, apa komen korang semua?
Bagi Mimi maggi ni boleh tahan sedaplah. Kalau sekali makan mesti dah kenyang dan puas hati. Cuma yang paling tak bestnyaaaa, dia punya flavor maggi tu, aduhaiii, why so spicy haa? Pedas amat. Seriusssss! Tu yang jadi cepat kenyang tu, sebab banyak sangat minum air untuk hilangkan pedas tu. Hahah

Ramen Samyang
Kemudian, kann sekarang ni tengah trend "ramen challenge" apa bagai tu. Hah, pastu kalau korang nak ajak Mimi join benda tu memang takyah lah. Awal-awal dah ngalah, sebab pedas sangat. Huargggh!
I is cannot tahan lah. Makan sikit minum air. Pedas ngat aih! Rasa lagi banyak minum air dari makannya kot.

Okay, nak kata sedap tu memang tak dinafikanlah sedap. Perghhh! Taip ni pun dah buat Mimi terliur nak makan lagi. Cuma pedas jelah tak boleh tahan. Haha. Dah berapa kali makan ramen ni kan, tapi Mimi tak pernah pun habiskan! Hahahaha. Nak buat cemana, belum sampai separuh dah teguk air sebotol. Kahkah.

Tu yang memang taklah kalau diajak challenge. Boleh berasap kepala telinga tau. 

Fuhhh.
Tak tahan tak tahan pun, last last kalau lapar cari ni juga. Haha. Ni Mimi makan ramen yang dalam cup. Yang dalam cup rasanya kurang pedas sikit sebabnya dekat cup tu pun ada tulis school zone. Rasanya school zone tu untuk orang yang tak tahan pedas macam Mimi kot. Hehe

Nakkkk lagi!

Haa, tengok gambar bawah ni ada tulis school zone tu! So, kalau korang yang taktahan pedas tapi nak makan atau cuba ramen ni, try dulu makan yang dalam cup tauu. Kalau rasa tak cukup pedas baru korang try yang dalam paket tu.

School Zone
Lagi satu, masa nak beli ramen samyang ni pastikan ada logo halal tau. Kang tak jadi pulak nak makan. Membazir je. Dan untuk korang yang baru pertama kali nak makan tu, better cuba kongsi makan dulu dua orang ke, takut nanti tak habis pulak.

Tips Kurangkan Pedas Flavor Ramen.

 Ada yang bagitau Mimi, kalau nak kurang pedas cuba korang letak atau campur cheese dalam maggi tu. Tak tahu dia punya kurang pedas tu tahap mana. Mimi tak pernah cuba lagi. Tapi kalau korang rasa nak kurangkan pedas, cuba cara ni. Menjadi ke tak? Kalau menjadi bagitauuu Mimi, okeh? :)

Terima kasih sudi baca, jangan lupa follow dan komen pada blog Mimi ye. Babai! 


Instagram Updated!

8/09/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Hai korang! Apa kabo? Lama dah Mimi tak update blog kan? Hihi. Bukan taknak updated tapi tulah takde ilham dan idea. Pastu, sekali bila dah datang idea, memacam nak share haa. Sampai Mimi sendiri pun taktahu nak share yang mana satu.

So, kali ni Mimi just nak share pasal sosial media iaitu Instagram. Emm, haih, since instagram ni pun dah asyik bertukar baru je, asyik updated sana sini. Mimi tak sempat nak kejo. Hei, senang cerita tak paham lah instagram baru ni. Tsk tsk

Someone can explain it to me? :'( Aduhhh. Ada yang kata instagram macam snapchat lah apelah, videonya kejap lah apa ke mende bagai tu haa. 

Nampak macam best juga instagram versi baru ni. Tapi tulah yang video tu untuk apa? Hahaha.

K k, takmo sestress dengan instagram. Yang penting tahu guna instagram. Kahkah

Instagram Updated!
Emm tapi nak kata ketinggalan tu takdelah ketinggalan mana. Mimi pun dah updated yang new version tu. Cuma tulah just wondering, betul ke instagram dengan snapchat lebih kurang sama dah? Hahaha. Papejelah. Yang penting, korang jangan lupa follow instagram Mimi ye. Hihi. Kalau yang dah follow tu terima kasih! :*

@syamimirosnee


Search je syamimirosnee, jangan lupa komen dan say hi okay! 

P/s : Hehari explore instagram versi baru ni! Hahahaha.