Pengalaman Pertama Photoshoot.

10/20/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

Pengalaman pertama photoshoot. Baru-baru ni mimi ni dilamar untuk menjadi model sebuah butik. Fuhhh, terkejut jugaklah. Maklumlah mimi ni dah lah takde pengalaman dalam modelling ni. Setakat model main-main, shoot sendiri-sendiri tu yelah. Biasalah kan. Takpun selfieee. Selfie tu dah semestinya kan. Hikhik

Alhamdulillah. Rezeki datang tak diduga. Dalam diam-diam ada juga yang sudi ambil mimi menjadi model sambilan. Sambilan je? Eh, takpe, baru nak belajar kan. So, kita kena pelan-pelan kayuh lah. Hehe

Emm, bagi yang mengenali mimi, dorang mesti tau yang mimi ni seorang yang pemalu. Sejujurnya, pertama kali nak berphotoshoot memang segan jugak lah, nak posing-posing bagai. Malunyaaaaa. *tutup muka* Ok, seorang mimi memang suka bergambar tapi takdelah sampai nak jadi model ni. Angan-angan tu ada tapi yelah angan-angan kan. But finally, nilah yang orang cakap kadang angan-angan tu boleh jadi kenyataan. Hee

Haa, korang nak tahu butik apa yang lamar mimi tu? Tadaaaaa. Butik tersebut ialah Denai Boutique.


I love the jubah very much!

Mekap untuk photoshoot, mimi dimekap oleh mak mimi sendiri.  Mekap heavy sebab kena pakai fake eyelashes semua tu tapi simple je. Mimi ni tak lah berapa pandai sangat nak mekap. Setakat basic mekap pakai lipice, eyeliner sikit-sikit tu boleh lah. Pastu, mekap pun jarang-jarang kalau takde event ke apa memang taklah nak mekap. So, mimi pun decide biar mak mimi je yang mekapkan. Nasib baik lah mak pandai mekap. Hihi. Nampak gaya pasni kena belajar advance mekap lah. Senang, ada job pape ke boleh mekap sendiri je.


Sebelum mimi berphotoshoot, mimi diajar oleh Denai Boutique team cara-cara untuk posing. Memandangkan mimi baru kali pertama kan. So, mestilah masih banyak kekurangan dalam diri ni. Gituu. Pastu kalau posing depan fon biasanya posing tegak je kan. Ni kena gedik-gedik sikit. Haa, gitu. Oi, ingat senang ke nak photoshoot. Korang kena feel tau. Ahaks



Acah-acah model professional sikit. Eh, Jangan ada yang bash dah laa ye. Kuikui. Seharian tau mimi shoot ni dari pagi sampai ke petang. Ingatkan kejap je, rupa-rupanya amik ko. Lama banget dong. Tapi takpelah pengalaman kan. Yang penting seronok dan kita buat apa yang kita suka! :D

Memang best sangat even pada mulanya mimi segan and malu-malu sikit. Tapi bila dah lama tu ok lah kan. Apa-apa pun thanks to Denai Boutique dan team kerana sudi bagi mimi peluang untuk berphotoshoot. 

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Denai Boutique, korang boleh lah layari seperti dibawah.