Tips Memilih Bedak Asas Yang Tepat (Foundation).

7/26/2017

Assalamualaikum dan hi :)

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Bukan? Beberapa hari lepas Mimi ada belek belek majalah yang Mimi dah lama beli. Tapi lepas baca tips kecantikan ni tetiba rasa macam tertarik pulak nak kongsi artikel/tips ni dengan korang. So, lets get started! 

Tips Memilih Bedak Asas Yang Tepat



1. Pilih warna yang terdekat dengan warna kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit anda, bermakna anda sudah memilih warna yang betul.

2. Jangan pilih bedak yang terlalu cerah dari kulit anda. Pemilihan bedak cerah akan membuatkan anda kelihatan seperti 'tepung gomak'.

3. Sapukan bedak asas menggunakan span atau hujung jari.

4. Bagi yang memiliki kulit wajah yang kering, anda boleh mencampurkan bedak asas dengan beberapa titik pelembab di tapak tangan sebelum meyapukannya di muka. Contohnya seperti argan oil. Ia membuatkan bedak meresap lebih sempurna pada kulit wajah.

5. Tidak perlu memakai bedak asas yang berlebihan kerana ia membuatkan anda kelihatan tidak semula jadi.

6. Sekiranya bedak asas berlebihan pada wajah, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.





Itu jelah ye sedikit sebanyak tips yang Mimi mampu kongsikan dengan korang. Semoga tips ni dapat memberikan manfaat untuk para wanita di luar sana supaya lepas ni kalau nak beli atau pakai bedak asas, korang boleh pilih yang bebetul sesuai dengan kulit korang. Hihi. Papepun, terima kasih sudi baca! Kalau ada tips-tips lain yang menarik lagi, nanti Mimi kongsi dengan korang tau. Stay tuned for the next entry yaa.

Dari Mata Turun Ke Hati : Freshkon Colors Fusion

7/23/2017

Assalamualaikum dan hi :)

Dari mata turun ke hati. Cewah. Sweet tak Mimi? Hihi. Entri kalini Mimi nak share dengan korang mengenai kanta lekap atau lebih dikenali sebagai 'contact lens'. Salah satu kanta lekap yang Mimi suka dan selalu pakai ialah contact lens dari Freshkon. Memang dari dulu lagi boleh dikatakan setiap kali Mimi keluar atau kalau ada event apa ke kan, Mimi mesti memakai contact lens dari Freshkon.


Mimi memang ada masalah rabun dan bukannya sesaja je suka nak pakai contact lens tau. Rasanya kalau tak rabun mungkin memang tak pakai lens kot. Hihi. Memula berjinak pakai lens pun ada sebab memang kena pakai, kalau tak sampai ke harini lah tak pakai kot.

Lens yang Mimi pakai ni jangka masanya selama sebulan. Tak lebih dan jangan pakai lebih dari sebulan tau. Ada jugak jangka masa selama 3 bulan. Korang kalau pakai lens tu jangan lupa tarikh luput bila, dari hari pertama pakai/bukak kotak lens sampai hari ke-30, itu kalau untuk sebulan. Tapi kalau untuk 3bulan korang kiralah 90 hari biasanya. Kalau pakai lebih dari tarikh luput tu, nanti boleh buat mata jadi gatal dan sebenarnya memang dah tak elok untuk mata. 

Antara warna pilihan Mimi ialah perky brown dan shimmering grey. Hehe. Mimi pun kalau pakai contact lens selalunya pilih dua warna ni je, lagipun warna lain macam tak sesuai je dengan Mimi. Pastu, untuk daily atau nampak lebih natural Mimi lebih gemar pakai warna brown atau grey. Dekat kotak tu pun dah ada expired date untuk lens tau. Means, korang dah bukak ke belum bukak ke kotak lens tu, kalau nak pakai jangan lebih dari tarikh tu. 




Haa, lagi satu antara sebab Mimi suka pakai kanta lekap dari freshkon ni, kerana bila korang beli 2 kotak lens korang akan dapat percuma 1 kotak. Mimi lupa dah harga untuk sekotak lens ni berapa, tapi untuk dua kotak cuma RM120 sahaja. Kat situ dah jimat dah untuk 1 kotak kan? Lagi murahkan? Hihi. Tapi tengok bajet jugaklah. Kekadang beli pair terus, kekadang beli sekotak-sekotak. Mana yang perlu lah. Gituuu. Gambar kat bawah ni tak silap Mimi pakai freshkon warna grey kot. Masih nampak natural kan walaupun dah pakai lens? Hihi.


So, tu jelah sedikit sebanyak perkongsian dari post kalini. Kita jumpa lagi di lain entri. Terima kasih sudi baca blog Mimi dan stay tuned for the next post? Okay?

Lotsa love,

Syamimi Rosnee. 




Come Back!

7/12/2017

Assalamualaikum dan hi :)

OMG! Dah bersarang rupanya Blog Syamimi Rosnee ni. Haha. Pecah rekod weh rupanya tahun ni takde update apa-apa langsung kat blog. Dah bulan Julai kot. Lebih setengah tahun tu. K k. Sementara tengah rajin nak berblog ni, kita update lah kan. Bukan taknak taip pape langsung kat blog. Cumanya takde masa mungkin. Yeke? Papepun, hey, korang mimi dah buat come back ni, meh laa say hi sikit! Hihi

Gambar bawah ni ialah simple outfit of the day untuk Hari Raya 2017 baru ni. Mimi ada upload dah kat ig. Korang yang follow jugak Mimi kat instagram tu jangan boring tau baca blog Mimi even upload gambar sama je. Haha.


Itu saja untuk entri kali ni. Stay tuned for my next entry yaa! P/s : Rasanya masih tak lambat lagi kan untuk Mimi ucap Selamat Hari Raya walaupun raya dah nak habis. Hihi

Lotsa love,

Mimi.

2016.

12/31/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Goodbye 2016.
Alhamdulillah, harini kita semua dah berada di penghujung tahun 2016! Tak sabar nak masuk tahun baru kan? Hehe. Yeayy and i wish nothing but hope my dream comes true. Hiks.

Nak buat flashback 2016 pun, banyak sangat manis pahitnyaaaa. Haha. So, yep, nothing much, dah boleh tutup buku lama, kita buka pulak buku baru. Okeh? Yang selalu baca blog Mimi pulak, jangan lupa sentiasa follow blog Mimi yaa!

Stay tuned untuk entri seterusnya tau. Takde idea dah. Bye.

10 Barang Yang Mimi Nak Sangat Beli di Ezbuy Malaysia!

12/28/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Korang pernah dengar tak pasal Ezbuy? Pernah ke tak? Hihi. Okay, untuk pengetahuan, sebelum ni Mimi dah pernah share dengan korang pasal Ezbuy Malaysia dekat entri sebelum ni kalau ada yang terbaca lah kan. Haha. Shopping Online Murah Di Ezbuy Malaysia, ni entri sebelum ni tau. Jemput baca semua.

Bagi yang belum tahu lagi apa tu Ezbuy Malaysia, meh Mimi terang sikit apa mendeeee tu yang Mimi duk "Ezbuy Ezbuy". Hiks

Ezbuy ni merupakan salah satu tempat untuk korang semua yang suka sangat membeli-belah secara online ataupun bagi yang tak sempat nak bershopping kat luar lah kot. Yang penting dekat Ezbuy ni macam-macam benda ada jual dengan harga yang berpatutan. Sekali korang buka Ezbuy ni mesti rambang mata punya tak tahu nak beli apa. Mimi pun sama jugaklah. Yelah, bila dah ada banyak sangat pilihan kita sendiri pun sampai taktahu nak beli, nak pilih yang mana kan. 

Tapi kalini Mimi nak kongsi dengan korang barang apa yang Mimi nak sangat beli dekat Ezbuy ni. Mimi senaraikan kat bawah ni barang apa yang nak sangat haa. Hahaha

Memula sekali, antara barang-barang yang Mimi ingin beli di Ezbuy Malaysia ialah, 

Yang pertama sekali, sudah tentulah barang mekap. Sejak, dah terjebak dengan mekap ni sana sini asyik duk nampak mekap jelah. Adeh.

Kedua, semestinya lah kan Mimi nak beli pakaian kat Ezbuy ni. Hee Sebabnya kat Ezbuy ada banyak sangat pilihan pakaian yang Mimi sendiri pun konfius nak pilih yang mana. Lagipun, kekadang kalau ada event yang Mimi kena pergi, takkanlah asyik nak pakai pakaian sama je kan. Oppps. Tapi tapi, serius rambang mata weh kat sini. T.T

Ketiga ialah "Travel Bag". Mimi selalu juga lah travel ke sana sini bila ada kerja atau hal-hal penting.  Sekali sekali nak jugak guna travel beg yang berlainan kan? So, kat Ezbuy ni macam-macam jenis travel bag ada. Huhu

(KLIK SINI)
Keempat, kasut lah. Tanpa kasut cemana kita nak bergerak. Eh. K k tak. Sama juga macam kat atas sebab Mimi selalu travel, so, nak juga kasut baru. Bila dah selalu pakai, rabak juga lah kasut tu kan. So, Mimi rasa memang nak juga sepasang kasut baru dari Ezbuy ni. Plisssss. Huh.

Kelima ialah, aksesori wanita. Sebab Mimi rasa harga kat Ezbuy ni murah sikit lah dari tempat lain. Em, suka usha dan shopping kat Ezbuy sebab barang boleh tahan murah. Berbaloi kalau beli kan.


Keenam, jam tangan. Mimi memang takleh kalau takde jam kat tangan. Kalau pergi memana mesti atau wajib pakai. Yelah, "Masa Itu Emas" kan. So, kenalah ada jam. Tapi jam baru lah. Eh lagi. Hikhik
Ketujuh, ialah skincare. Kat ezbuy ni pun ada banyak juga pilihan skincare tau. Kita cuma tekan, klik dan beli je. Skincare yang menjadi pilihan Mimi ialah Aloe Vera Gel dari Bio Aqua ni.

http://invl.co/ms2
(KLIK SINI)

Kelapan, ialah beg tangan baru. Bukan takat travel bag baru je, beg tangan pun mestilah baru. Semua nak baru ni. Alamak, kan dah kata boleh buat kita keliru kat ezbuy ni.
Kesembilan ialah barang sukan iaitu badminton set. Asyik mekap-mekap je kan, taklupa jugalah riadah. Seminggu sekali mesti riadahkan. Haha. Lagipun, raket badminton kat rumah Mimi ni dah lama dah pakai, tunggu masa nak reput je. So, sementara ezbuy macam ada buat sale ni kita beli lah satu kan. Huhu.


Akhir sekali, barang yang Mimi nak sangat beli ialah emmm, mekap jugak, eyeshadow ni haa. Warna cokelat gituuu, sesuai lah dengan warna mekap looks yang sedang meletop sekarang ni kan iaitu "Warda Makeup Looks". Hiks!! Dah beli nanti boleh lah mekap ala-ala Warda. Hihi. Yep, benda utama yang Mimi nak beli sangat dekat Ezbuy ni tak lain dan tak bukan tapi mekap. Huahua

Ni ada lagi benda best pasal ezbuy yang Mimi nak dan mesti bagitau korang. Paling bestnya pasal ezbuy ni kan ialah sebab adanya Ezbuy Prime! Tak sama macam online shopping yang lain. Ezbuy Prime ni merupakan eksklusif program untuk semua pelanggan yang subscribe membership untuk caj penghantaran samada selama 1 tahun ataupun 1 bulan. Korang boleh pilih je mana yang korang nak. Harga untuk membership ni pulak cuma RM188 untuk 1 tahun manakala bagi yang nak subscribe selama 1 bulan sahaja pula dengan harga RM18.80 sahaja. Murahkan? Harga membership caj penghantaran ni takde limit pun. Korang boleh je nak beli berapa banyak kali sepanjang join membership ni. Em, kalau kata korang ni memang merupakan online shopping yang tegar lagi baik korang subscribe je membership ni. Tapi subscribe terus untuk yang setahun lah tau sebab ia lagi murah dan sangat menjimatkan. Jimat lebih kurang 2 kali ganda pulak tu. Wowww! Bukan sikit banyak tu. Kalau tak percaya, korang kiralah sendiri. Hehe. Em, memang banyaklah kebaikan yang korang akan dapat kalau dah subscribe Ezbuy Prime ni. Bestkan?

Untuk pelanggan baru sahaja, pertama kali korang sign up Ezbuy ni korang akan dapat FREE RM15 voucher tau! :D

http://bit.ly/syamimirosnee
Sign Up Ezbuy to get FREE RM15 Voucher!
Ezbuy juga sedang buat sale 50% off untuk item-item tertentu. Banyak betul sale! Fuhhh. Rugi lah kalau korang tak grab barang dari Ezbuy ni. Dah laa dapat RM15 voucher, lepastu ada pulak sale 50% diskaun! Wahhh.

50% Off Online Store : Ezbuy
Everything Under RM19.90
So, apalagi jangan lepaskan peluang yang ada. Jom kita sesama shopping dekat Ezbuy ni! Hikhik

Untuk lebih lanjut, korang bolehlah ke laman web Ezbuy Malaysia iaitu,