SR Palazzo By Syamim Rahim Yang Menarik Hati Mimi!

6/23/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan!

SR Palazzo By Syamim Rahim Yang Menarik Hati Mimi.

Ye! Untuk pengetahuan korang semua Mimi merupakan salah seorang penggemar seluar yang dipanggil 'palazo'. Mimi suka pakai palazo sebab seluarnya jenis longgar. Senang nak berjalan. Tambah lagi bila pakai palazo kita akan nampak lebih elegan.

Korang ada penggemar palazo tak? Siapa yang sama macam Mimi? Peminat palazo? Sep sikit. Heheh

Okay, jadi entri kali ni Mimi nak share dengan korang salah satu koleksi palazo yang menarik hati Mimi iaitu SR Palazo By Syamim Rahim.

Menariknya mengenai palazzo ni ialah bila korang pakai tengok dari depan korang akan ingat si pemakai ni pakai skirt. Haa, sebabnya palazzo ni bahagian depannya ada skirt manakala bahagian belakangnya yang seluar palazzo tu. Haha, unik kan? Kata palazo tapi pakai skirt. Yelah, palazzo ni gabungan seluar palazzo dan juga skirt.

SR Palazo By Syamim Rahim
Nampak kelainan kat situ kan?

Material untuk palazzo ni ialah palazo crepe manakala bahagian depan pula ialah skirt chiffon. Serius cantik! Boleh pakai untuk hari raya nanti. Hiks

Palazzo ni mempunyai dua saiz tau iaitu FREE SIZE dan PLUS SIZE! Saiz yang sesuai dipakai untuk si pemakai yang free saiz ialah yang pakai S hingga XL manakala untuk yang plus saiz pula yang pakai XXL hingga XXXL.  Haa, so korang jangan gaduh-gaduh. InshaAllah, semua orang boleh pakai. Yelah, memasing semua nak cantik masa raya kan?

Skirt + Palazzo! Cantik kan?
Koleksi palazzo ni mempunyai 5 pilihan warna menarik tau! Nak tahu warna apa? Korang kena pi terjah sendiri SR Palazzo By Syamim Rahim, okay?

Close Up SR Palazo By Syamim Rahim
Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal palazzo ni dan nak pakai palazzo cantik masa raya, jom ke SR Palazzo By Syamim Rahim, Mesti korang tak menyesal punyalah! 

Facebook : SR Palazzo By Syamim Rahim (KLIK SINI) dan Instagram : SR Palazzo By Syamim Rahim (KLIK SINI).

Mimi di Lazada Malaysia Affiliate Workshop.

6/22/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan!

Mimi di Lazada Malaysia Affiliate Workshop?

Baru-baru ni pada 4hb Jun 2016, Mimi telah dijemput oleh wakil Lazada untuk menyertai Lazada Affiliate Workshop. 

Terima kasih, Lazada sebab sudi jemput Mimi.

Event yang telah berlangsung selama beberapa jam ini telah diadakan di Pullman Hotels dan Resort, Jalan Conlay, Bukit Bintang.

So, jom tengok gambar kat bawah!

Lazada.My

Talk dari salah seorang wakil dari Lazada.


Antara produk-produk yang ada semasa event ini ialah Nestle, CT Hardware dan juga DJI Drones! Whoaaaa. 

Talk dari wakil DJI Drones.


Success Stories : "Affiliates who Made it Big"


Khusyuk memasing dengar talk semasa event berlangsung.

Focus! Focus!

Demonstrasi dari wakil DJI Drones! Yang ni paling menarik minat Mimi semasa event berlangsung. Drones weyh! Hahah. Nak beli tak mampu. Ada yang nak sponsor ke? Eh. Heheh

DJI Drones
Salah seorang blogger yang telah berjaya dengan Lazada! Tak sangka Mimi duduk tepi blogger berjaya ni. Heheh. Nama beliau ialah Shermyn Lim! Sis Shermyn ni tulis blog dalam bahasa cina, okay? Wahhh.

Meet my new friend, Sis Shermyn! :)
Sekali lagi, terima kasih Lazada sebab sudi jemput Mimi.

Say hi to Lazada! :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada, korang boleh lah ke laman web Lazada iaitu http://www.lazada.com.my/ (KLIK SINI)

Sempena bulan Ramadhan ni Lazada banyak buat sale tauuuuu! Sale sehingga 92% weh! Harga barang-barang pun semua murah. Mana nak cari harga murah gitu. Rugi lah kalau korang tak beli barang Lazada sekarang. Hihi

Terima kasih sudi baca. Nantikan next entri dari Mimi okay! :*




Wordless Wednesday : Pencarian Gadis Anggun dan Jejaka Maskulin Dalam Majalah Dara Edisi Jun 2016!

6/15/2016

Assalamulaikum dan hi :)

Salam Ramadhan!

Majalah Dara Edisi Jun 2016 : Covergirl by Syada Amzah

Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016

Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016

Majalah Dara Edisi Jun 2016 | Ada cerita pasal event Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016 yang Mimi sertai baru-baru ni. Korang cecepat dapatkan Majalah Dara Jun 2016 tau untuk tahu cerita pasal event haritu. Hehehe

Harga untuk Majalah Dara cuma RM5.50 termasuk GST. Murah kan?

Covergirl untuk Dara Edisi Jun 2016 pula ialah Syada Amzah! Adik kepada Shila Amzah tauu. So,jangan lupa dapatkan! :)





S7even Studio, Shah Alam.

6/13/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan!

Sambungan kepada entri-entri sebelum ni. Korang dah baca ke belum previous post Mimi? Kalau dah baca thanks tau, kalau belum baca, jom baca sekarang. Rugi kalau tak baca. Haha.

Klik sini untuk entri sebelum.

Okay, entri kali ni Mimi nak cerita sikit pengalaman semasa di S7even Studio. Kita kasi review sikit pasal S7even Studio ye. Sejujurnya ni ialah kali pertama Mimi diberi peluang untuk berphotoshoot khas dengan salah sebuah studio yang boleh dikatakan agak terkenal jugaklah dikalangan ramai.

Orang-orang Shah Alam mesti kenal kan dengan studio ni. Untuk pengetahuan korang, S7even Studio ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Mostly, banyak owner butik terkenal, retis-retis macam Hafiz Roshdi, Yuna, Hafiz Shuib dan juga model-model terkenal dah berphotoshoot kat sini tau. Haa, kira studio ni memang bukan calang-calang studio lah. Studio yang boleh dikatakan hebat jugaklah kan.


Emm, pertama kali masuk S7even Studio, "first impression" Mimi mengenai studio ni ialah "Wahhhh, besar jugak S7even Studio ni. Boleh lari-lari boleh main nyorok-nyorok lagi kat dalam ni." Hikhik. Tulah first impression Mimi pasal studio ni. Memang selesa sangat. Sebab besar sangattt.

Nah, belanja gambar dalam studio.




Serius memang selesa! See, adik Mimi sendiri pun boleh main game dengan khusuknya kat sini. Belanja gambar adik satu. Kalau bising memang sure-sure dah lah dia pun serabut. Cemana nak menang game nanti.

Ni Mimi ambik gambar dia memang spontan, adik pun tak perasan Mimi ambik gambo dia. Khusyuk beno. Hahah


Mengenai harga photoshoot, harga untuk servis photoshoot compcard pulak korang boleh dapat serendah RM200 manakala untuk servis mekap pula serendah RM100 sahaja. Haa, murah kan?

Tapi kalau nak tahu lagi details pasal studio ni korang boleh contact S7even Studio terus tau. So, mana yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia modelling boleh lah buat compcard kat sini. Hehe


Selain dari studio untuk berphotoshoot, S7even Studio juga memberikan servis sewa studio untuk client yang nak buat kelas grooming ke kelas catwalk ke macam gambar kat bawah. Semua boleh. Hihi


Gambar bawah ni pula ialah crew-crew S7even Studio. Director S7ven Studio ni ialah uncle henseng yang pakai topi tu haa. Nama beliau ialah Sha'Ari Wismo atau lebih dikenali sebagai Abg Ari.

Crew-Crew S7ven Studio :)
Belakang dari kiri ialah akak yang pakai shawl kelabu yang cantik manis tu ialah Kak Farahana Suhaimi, Nish Hamzah, Arif Musa, Syed Nasri Jamalullail, Kaha Lensa Karat, akak cantik dan gojes yang pakai shawl purple tu pula ialah Kak Za Afiza, dan yang terakhir akak yang pakai shawl maroon ialah Kak Siti Marwiah yang juga merupakan owner Samalilit Boutique.

Haa, shawl yang Mimi pakai yang sangat cantik ni ialah dari Samalilit Boutique lah. Hehe :)

Manakala jubah yang sangat awesome ni pula ialah dari Allurelady Boutique, sangat selesa jubah ni tau. 


Alhamdulillah dan sekali lagi terima kasih sesangat kat crew-crew S7even Studio sebab sudi jemput Mimi untuk berphotoshoot khas bersama Pemenang-Pemenang Pencarian Gadis Anggun dan Jejaka Maskulin. Photoshoot Khas, okay? Photoshoot kalini memang semua telah disponsor oleh S7even Studio.

Yang penting semua gambar-gambar dari S7even Studio ni memang cantik dan sangat tiptop tau! Crew-crew pun semuanya baik dan ramah belaka. Angkat ibu jari sikit. Eh.

Last but not least, dah nak dedekat raya ni korang yang stay area Shah Alam, yang berdekatan takpun yang nak shoot gambar raya boleh lah korang gi S7even Studio. Shoot gambar raya haa! Konpem puas hati! Senyum pun sampai ke telinga tau.

Sebarang maklumat lanjut mengenai S7even Studio, korang boleh lah ke,

Instagram
 https://www.instagram.com/s7even.studio/?hl=en
S7even Studio
Facebook
S7even Studio

Contact
0193113978/0193342215

Email
s7even.studio@gmail.com

Website
www.s7evenstudio.com.my

Alamat
S7EVEN.STUDIO, No.21a, Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.




Salam Ramadhan 1437 Hijrah.

6/11/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan 2016.
Uish, harini mimi baru dapat pegang laptop dan menghadap blog yang tak seberapa ni. Haa, maklumlah setelah lama bercuti. Bercuti ke? Harini baru dapat usha blog. Baru rasa ada semangat nak tulis blog. Semoga sempena bulan ramadhan yang mulia ni, seorang mimi semakin rajin dan tabahlah untuk menghadapi segala liku-liku hidup ye. Papepun, rasanya masih tak terlambat juga untuk mimi mengucapkan Salam Ramadhan 1437H dan Selamat Berpuasa untuk semua kan. Semoga tahun ini kita dapat berpuasa penuhlah hendaknya kecuali atas sebab yang memang tak dapat dielakkan dan jangan lupa juga untuk memperbanyakkan ibadat di bulan ramadhan ni tau. Semoga segala amal ibadat kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Apa-apa pun selamat menyambut ramadhan semua!

P/s : Berhenti sebelum kenyang. Okay?