My Simple Daily Makeup!

10/13/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Since ramai yang tanya, Mimi pakai skincare apa kat muka. Pakai apa untuk tu pakai apa untuk ni. So, kalini Mimi akan share satu persatu mengenai beauty tools dan skincare yang Mimi guna kat korang ye. Tapi untuk entri ni Mimi cerita dulu mengenai My Simple Daily Makeup. Hehehe

Alhamdulillah, bila ramai yang bertanya, banyak feedback dari entri sebelum ni, idea untuk menulis blog pun makin bertambah.

So, tadaaaaaa! Ni ialah barang-barang yang memang selalu Mimi guna untuk simple daily makeup. Dah nama pun simple makeup. Mestilah barang pun sesimple je kan. Yang penting semua barang mekap harian yang Mimi gunakan ni tersangatlah murah, berpatutan dan berbaloi. Semua orang mampu milik tauu. 

Bagi Mimi tak kisah kalau skincare ataupun satu-satu mekap tu murah. Yang penting bila pakai berbaloi. Haa, gitu. 


Okay, barang pertama yang Mimi mesti guna untuk mekap harian ialah moisturiser! Moisturiser ni memang Mimi wajib pakai sebab Mimi ada masalah kulit kering. So, sedikit sebanyak ianya membantu jugalah untuk melembabkan dan melembutkan kulit Muka Mimi. Moisturiser yang Mimi gunakan ialah Safi Aloevera. Ianya selamat dan suci. Hihi. K, bagi yang selalu mengikuti perkembangan Mimi kat blog, sebelum ni Mimi pun dah ada tulis entri pasal Safi Moisturiser Aloevera ni kan? Kalau korang nak baca, boleh cuba scroll entri kat bawah okeh. 


Yang kedua, untuk mengelakkan kulit muka dari terkena sinaran cahaya matahari, Mimi mesti pakai day cream. Day Cream ni bukan je anti sinaran matahari malahan ianya juga untuk mencerahkan kulit dan bagi tona kulit tampak lebih sekata. Mimi guna Syma Day Cream sebagai rutin harian. 


Kemudian, taknak bagi muka nampak pucat Mimi pakai eyebrow pencil. Yang ni bergantung pada korang samada nak pakai atau pun tak. Ada setengah orang taknak ambik masa yang lama. Memang dorang tak pakai lah eyebrow pencil ni. Eyebrow Pencil untuk lukis kening ni Mimi pakai yang BSC punya. 


Selain tu, Mimi jugak akan pakai blusher untuk mekap harian. Blusher yang Mimi guna pakai ni ialah dari ODBO. Blusher ni tak perlulah meriah sangat pun takpa, cukup bagi muka nampak lebih berseri-seri je sikit. Takdelah pucat sangatkan macam tak cukup darah pulak kan. Kalau kulit korang jenis yang kemerah-merahan dah, tak perlu pakai blusher pun takpa, kan macam badut pulak. Hehe :D


Akhir sekali, yang paling penting untuk nampak diri korang lebih konfiden, korang jangan lupa pakai lip ice dan juga liptint tau. Kalau taknak pakai liptint boleh skip pakai lip ice je. Pakai lipice sebab nak elakkan kulit bibir kering. Liptint pun fungsi nya lebih kurang sama dengan blusher, nak bagi bibir korang nampak kemerah-merahan. Yang ni terpulang kat korang nak pakai ke tak. Yang penting lip ice tu sangat perluuu! Disamping dapat merawat dari bibir menjadi kering.


So, tu jelah 'My Daily Mekap' a.k.a Mekap Harian dari seorang Mimi. Bagi Mimi mekap harian ni kita takyah over sangat. Simple pun dah memadai. Yang penting bagi kaum wanita kita akan menjadi lebih konfiden. Betul tak? Hihihi.


Bagi yang baca entri ni, terima kasih korang kerana sudi baca. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya korang boleh lah email je Mimi terus ataupun komen di ruangan komen dibawah yea. Mana tahu kot ada yang Mimi boleh bantu korang. Papepun, semoga entri ni sedikit sebanyak memberi manfaat untuk korang semua.

Terima kasih daun keladi, jangan lupa jumpa di entri lain lagi! :D






Tanda-Tanda Tubuh Kita Kurang Air.

10/12/2016

Tanda-Tanda Tubuh Kita Kurang Air

* Kulit Kering




Kulit kita memerlukan air yang cukup supaya kelihatan berkilat dan licin. Kulit yang hidrasi ialah kulit yang kurang sihat. Sekiranya kita minum air secukupnya, kulit kita pasti akan menjadi lembut dan lembab. Walaupun kita dah sapu losyen atau krim tapi kita dapat perhatikan keadaan kulit yang masih kering sekiranya kita kekurangan air dalam badan.

*Pening Kepala




Sekiranya pening kepala kita berbeza daripada hari-hari biasa, ini menunjukkan yang kita kurang minum air. Sebagai contoh, perhatikan pergerakan kita. Pening akan bertambah teruk apabila kita membongkok atau bergerak dengan pantas. Ini tandanya yang tubuh anda dihidrasi dan memerlukan banyak air. Ingat! Kalau kita berpeluh dengan banyak pun, jangan lupa untuk minum banyak air juga.

*Lapar



Lapar selepas makan bermakna tubuh kita perlukan air. Tubuh kita memerlukan air yang lebih banyak daripada makanan! Makanya, selepas ni, jikalau anda berasa lapar, minum segelas air dan lihat perubahannya, okay?

*Mulut Kering



Air liur merupakan salah satu penyebab kita kurang air. Sekiranya mulut kita kering, ia boleh menyebabkan kecelaruan kekal mulut dan tekak. Mulut kering boleh jadi akibat ubat-ubatan tertentu ataupun kekurangan air. Jadi, biasakan diri untuk membawa bersama sebotol air supaya kita dapat minum air dengan lebih kerap.

*Pitam



Dalam banyak keadaan, tubuh kita akan kehilangan banyak cecair yang akan menyebkan rasa hendak pitam. Cecair dalam dalaman telinga kita juga boleh mengakibatkan rasa pitam, seiiring dengan dehidrasi. Sekiranya mengalami keadaan tersebut, kita hendaklah minum segelas air. Biasanya keadaan ini berlaku kepada atlit kerana terdedah pada terik matahari.


Kesimpulannya, jangan lupa minum air secukupnya. Kalau lebih takpa, jangan terkurang! Seseorang yang sihat akan pergi ke tandas sebanyak enam atau tujuh kali dalam sehari tetapi bergantung pada jumlah air yang diminum jugalah. Hehehe.

Sekian, tips untuk harini. Terima kasih sudi baca. Jangan lupa komen dibawah.

Sumber : Majalah