Shopping Online Murah Di ezbuy Malaysia!

9/21/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Shopping Online Murah Di ezbuy Malaysia | Hai korang, harini Mimi nak share dengan korang salah satu laman web online shopping yang murah di Malaysia iaitu ezbuy (KLIK SINI). Macam Mimi kekadang kalau Mimi nak beli sesuatu barang dan malas nak kuar rumah kan. So, Mimi lagi suka untuk membeli online. Tambahan lagi, tempat tinggal Mimi ni agak jauh dari pusat membeli belah.

Mimi pun pilih ezbuy Malaysia sebagai tempat untuk membeli belah secara online! Haa. Kemain membeli belah. Hahaha

Selain itu, sebenarnya bila kita beli barang secara online ni kekadang lagi senang untuk kita pilih barang sebab mudah dan cepat.

Jom Mimi share dengan korang cara mudah untuk shopping online dengan ezbuy ni. Korang ada dua pilihan tau samada mahu membeli terus melalu laman web ataupun korang cuma perlu memuat turun aplikasi ezbuy pada gajet korang je.

Mimi prefer untuk memuat turun aplikasi pada gajet. Sebab lagi cepat. Gajet memang konfem sentiasa ada pada tangan korang kan. Haha.

So, ni caranya.

Memula sekali, apa yang korang perlu buat ialah korang hanyalah perlu download ataupun memuat turun aplikas ezbuy pada gajet korang. Macam gambar kat bawah ni.

ezbuy Malaysia
Bila dah muat turun, korang register dulu apa yang patut. Once dah berjaya register, korang pun log in je lah akaun ezbuy korang tu dan akan keluar macam ni. 

Masa nak beli barang, korang pergi dekat search or product URL tu untuk pilih barang yang korang nak beli.



Haa, macam-macam ada kan. Ok, Mimi pilih mekap untuk shopping di ezbuy. Hihi :D

Kemudian, search je barang yang nak korang, scroll ke bawah sampai jumpa mana yang berkenan di hati.




Mimi pilih Bioaqua Aloe Vera Lip Balm! Ce tengok harga tu? Murah je kan. Tak sampai sepoloh hinggit pun lip balm nya. Kuikui

Dah pilih korang pun klik button troli tu untuk beli.





Dah tekan troli, akan keluar macam ni. Ni ialah item subtotal yang korang beli. Kalau korang beli dua tiga barang ke atas jangan lupa tengok item subtotal korang berapa. Kan terlebih bajet pulak. Eh :D

Kemudian, tekan 'Next' untuk prosedur seterusnya.



Yang ni ialah 'Delivery Methods' dimana korang hanya perlu pilih jelah macam mana cara untuk penghantaran ke tempat korang kan. Senang je. 




Dah pilih delivery method, masukkan 'New Address' dan bila dah siap tekan je 'Done'.


Bila dah klik 'Done', korang pun 'PAY' lah! Hihi.


Dah siap pay, jangan lupa tekan confirm lagi sekali untuk pengesahan ye. Ni kiranya cek untuk kali terakhir lah. Kot ada yang terlebih beli atau terkurang ke kan.



Dah confirm? So, siaplah order korang. Haa, senang sangat kan. Kemudian, apa lagi? Em, takde apa dah lah, kita tunggu je barang sampai terus ke rumah. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh je terus ke, laman web ezbuy : https://ezbuy.my/https://ezbuy.my/.

atau


atau











Nescafe Gold Blend Barista dari Nestle Malaysia!

9/14/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Siapa sini ada coffee addicted? Mimi ada benda best yang nak share dengan korang! Sebelum ni kan Mimi ada pergi event Involve Asia dekat Lorem Ipsum, Bangsar tu kan? Kalau korang still ingat lagi lah. Boleh klik sini untuk baca entri sebelum, Involve Asia X Lorem Ipsum, Kuala Lumpur. Masa event tu berlangsung Nestle Malaysia pun ada sekali tauuuu.

Siapa tak kenal Nestle? Nipulah kalau korang tak kenal. Mimi rasa kalau kat Malaysia ni kan, dalam sebuah rumah mesti ada punya barang dari Nestle. Contohnya, Milo dan Maggi. Haa, kan. Lagipun, Nestle ni kan satu nama company yang terbesar juga kat Malaysia. So, ofcozlah semorang kenal Nestle kan? Yang bestnya ada barang baik dari Nestle yang Mimi nak share dengan korang ni haa. Korang kena baca entri ni sampai habis.

Tadaaaaaaaa!

Gais, nampak tak gambar apa kat bawah tu?

Nescafe Barista Machine
Tulah, Nescafe Gold Blend Barista. Yang dibawakan khas oleh Nestle untuk semua yang hadir masa event Involve Asia tu. Serius! Untuk peminat tegar coffee, korang semua mesti dapatkan ni satu sorang, letak kat rumah. Bukan apa, dengan adanya Nescafe Gold Blend Barista ni, kerja korang akan lebih mudah dan cepat. Lebih-lebih untuk kaum wanita, contoh si suami baru balik kerja nak minum coffee ke kan, korang tekan tekan je sini. Tak sampai 5 minit dah boleh siap.

Lepastu, kalau korang peghati bebetul dekat coffee machine tu macam-macam jenis button coffee ada. Korang tekan je button mana satu yang menjadi pilihan korang. Contohnya, Cappucino ke, Ekspresso ke, Americano dan lain lagi. Tekan je, boleh siap dengan cepat.

Bagi Mimi sendiri pun yang tak berapa suka coffee dah jadi addicted dengan coffee ni tau dan yang penting mestilah dengan adanya Nescafe Gold Blend Barista ni. Hihi


See, once korang dah dapatkan Nescafe Barista ni, Nescafe akan guide korang cara penggunaannya dengan adanya buku panduan tu. So, kalau tak reti guna ke apa ke, korang boleh belek-belek buku tu dulu.


Gambar kat atas tu pulak ialah antara button yang terdapat dapat Nescafe Gold Blend Barista.


Yang nii ialah Nescafe Gold Blend. Sebelum guna barista ni, sudah pastinya korang mesti dapatkan Nescafe Gold Blend lah dulu ye! :D


On the way, menyiapkan I punya nescafe lah! :P


So, untuk korang semua yang nak dapatkan Nescafe Gold Blend Barista ni, nescafe ada buat Exclusive Launch di Lazada.My (KLIK SINI) tau pada 14 September 2016 dengan harga promosi iaitu RM239 sahaja! Kemudian, untuk promosi ni korang akan dapat Nescafe Barista Machine + 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nesafe Gold Blend Refill Pack. Murah kan? Jadi, tunggu apa lagi, set the date terus, okay?

Link : Nescafe Barista (KLIK SINI) untuk lebih lanjut.

Mimi sudah! Anda bila lagi? Hehehehe. So, jom dapatkan sekarang di Lazada Malaysia okay.




Involve Asia Workshop Di Lorem Ipsum, Kuala Lumpur.

9/08/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Baru-baru ni, Mimi telah dijemput oleh Involve Asia untuk menyertai event Involve Asia's Affiliate Workshop. Sejujurnya ini adalah kali kedua Mimi telah dijemput untuk menyertai event affiliate workshop.

Event Involve Asia's Affiliate Workshop ini telah diadakan pada 19hb Ogos 2016 yang berlangsung di Lorem Ipsum, Bangsar, Kuala Lumpur.

Involve Asia
Sebelum tu, korang pernah dengar atau tahu tak apa itu Involve Asia Affiliate? Haa, sedikit ringkasan mengenai Involve Asia. Involve Asia merupakan e-commerce marketing dimana dengan menyertai program affiliate korang boleh buat duit dengan mudah. Korang tak payah keluarkan modal pun cuma promote je! Haa :)

Best kan?

So, kalau korang nak tahu lebih details pasal Involve Asia Affiliate ni, korang ni klik je sini tau, Involve Asia.

Website Involve Asia : http://involve.asia/

Berbalik kepada cerita kita tadi, semasa event Involve Asia ni berlangsung, Mimi sampai kat situ agak lewat jugak lah. Lebih kurang sejam terlambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. :'(

 Tapi apa-apa pun thanks a lot to Involve Asia sebab sudi jemput Mimi.


Masa Mimi sampai sedikit explanation telah diberikan daripada pihak Involve Asia mengenai program affiliate.


Hah, nampak tak? Salah satu top products dari Involve Asia merupakan Lazada! Memang terbaik lah :)


Kat bawah ni pulak gambar masa suasana event ni berlangsung di Lorem Ipsum, Bangsar. Ramai juga blogger yang join sama.

Emm, k, ni nak cerita pasal Lorem Ipsum iaitu dimana tempat affiliate ni berlangsung. Memula, Mimi ingatkan tempat ni besar. Sebelum kesana, Mimi adalah juga survey-survey dulu tempat ni. Tengok kat google kat instagram semua. Rupanya bila dah sampai sana, ohh cafe rupanya! Tak sebesar  seperti yang kusangkakan.

So, bila dah reramai camni, dalam tu opkos lah agak padat sedikit kan. Hihi.

Tengok gambar kat bawah ni. Ramai kan? Ni Mimi belanja sikit suasana dalam Lorem Ipsum.



Mimi gigih dengar explanation. Fuhhhh! Kemain.


Lagi satu, yang bestnya Lorem Ipsum ni kan, ianya bukan sebarang cafe tauu. Means bukan sekadar tempat lelepak Minum kopi tu. Tak sama sekali!

Tapi Lorem Ipsum ni merupakan Art & Cafe! Lebih kurang centu lah. Kat cafe ni juga ada Art Workshop! No wonder lah, dalam ni ada banyak lukisan lelawa! Dekorasi dalam tu pun macam unik sikit.

Lawa! Tu je boleh cakap! :D

Haa, Art Workshop kat sini bukan je untuk orang dewasa tau. Tapii kanak-kanak pun boleh! Tengok tu ada art tools untuk kanak-kanak. Lepas tengok ni, Mimi pun rasa nak join art workshop. Best best!


Salah satu, ruangan Art yang ada dalam tu. Ni je yang Mimi sempat snap!


Say cheese! Snap!

Mimi pun nak posing juga dekat Lorem Ipsum ni! Hihi


So, tu jelah untuk harini. Thanks again Involve Asia sudi menjemput Mimi!

Terima kasih sudi baca, jangan lupa komen diruangan komen dibawah tau.

Till then!

XOXO














Bulan Madu Boutique, Kemaman, Terengganu.

9/04/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Entri kali ni, Mimi nak share dengan korang salah satu butik yang menjadi pilihan Mimi iaitu Bulan Madu Boutique. Bestkan nama butik ni, Bulan Madu. Sesuai lah untuk ladies yang nak berbulan madu tapi taktahu nak bulan madu kat mana, so jom datang sini!

Untuk pengetahuan semua, butik ni terletak di Kemaman, Terengganu. So, orang Kemamang atau Ganu atau hok berdekatan, meh singgah sini, takyah gi jejauh, kalau nak cari outfit yang terbaik! :D

Dari luar, butik ni memang cantik sangat! Color pink gitu. Hehe. Cantik kan? Tengok tu haa selipar kat luar pun banyak. Bukan selipar owner butik bebanyak tu, tapi ofcozlah selipar pelanggan!


Butik ni pun ada banyak sangat pilihan blouse ke top ke skirt ke shawl ke apalah. Seyes! Memang tak nyesal datang sini. Trust me, dari yang nak cuci mata je, nanti korang mesti grab barang sorang satu takpun mungkin lebih. Hahaha. Sebab memang rambang mata oi! Dan yang paling penting pakaian kat sini pun sentiasa up to date.




Pastu, yang paling Mimi suka pasal Bulan Madu Boutique ni, mestilah sebab banyak sangat pilihan palazo. Lagipun kat Kemaman ni tak banyak sangat butik yang jual palazo. So, ni lah salah satu tempatnya. Plus, sekarang ni kalau ada event ke, Mimi lagi selesa pakai palazo dari jeans sebab lagi mudah dan selesa bila nak berjalan. Dalam erti kata lain nak berlari pun boleh. Hihi

Ni pulak antara shawl yang paling HOT dekat butik ni! Allure Cotton Shawl tak silap Mimi. See, shawl pun banyak pilihan warna kan. Guaner dok rambang mata hoo. Selain shawl ni ada juga lagi shawl lelain macam chiffon shawl, instant shawl dan lain lagi lah.



Selain pakaian, butik ni pun ada juga jual benda lain tau, macam makanan, skincare dan memacam lagi lah. Kat bawah ni merupakan Kek Marble dari Bulan Madu Boutique. Mimi pun dah cuba makan dan yang paling best ialah kek ni memang sedap sangat! Tengok ni pun dah buat Mimi craving. Em. K.


Outfit cantik yang Mimi pakai ni pulak haruslah dari Bulan Madu Boutique tau! From top to the bottom. Semuanya dari Bulan Madu Boutique, instant shawl, top dan palazo. Memang best! :D

Yep, Bulan Madu Boutique antara butik yang dah jadi pilihan Mimi untuk shopping! Hihi.


Pabila seorang Mimi dah rambang mata nak pilih pakaian mana satu.


Last but not least, yang ni pulak instant shawl dari Bulan Madu Boutique! Instant Shawl tak sampai 5 minit. Mudah dan cepat siap pun korang boleh dapatkan kat sini tau.


Untuk pertanyaan atau lebih lanjut mengenai Bulan Madu Boutique boleh ke details seperti berikut :
.

Facebook : Bulan Madu Butik

Alamat : Bulan Madu Boutique, Lot 9342, Jalan Kemaman - Kuantan, Jakar, 24000, Kemaman.