Goodbye May! :')

5/28/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Goodbye May!

Sekejap je masa berlalu kan. Tup tap tup tap, dah nak habis bulan May ni. Maka datanglah bulan baru. Lagi beberapa hari je, kita pun akan masuk ke bulan baru. Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk pertengahan tahun kan? Sekejap sangat rasanya. Macam tak percaya je. Hmm. So, sempena nak masuk bulan baru ni, jom laa kita sesama renung-renung kan apa yang kita dah buat pada bulan sebelum-sebelumnya. Adakan impian kita sewaktu awal tahun tuu dah tercapai sehingga ke harini ataupun belum? So, kita lah yang menentukannya. Apa yang kita buat hari ni melambang kan kita pada masa akan datang. Bagi yang belum capai lagi impian pada awal tahun haritu, jom kita sama-sama gapaikan tauu. Semoga tercapai impian dan hasrat yang inginkan pada awal tahun haritu, okay?

Apa-apa pun Goodbye May and Welcome June! :D



Belog Syamimi Rosnee !

5/27/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Belog Syamimi Rosnee

Korang jom laa pakat ramai-ramai like blog fanpage mimi. Korang search je Belog Syamimi Rosnee kat facebook. Kemudian, nanti korang jumpa laa fanpage tuu. Ataupun korang scroll je blog mimi ni kebawah. Nanti korang jumpa laa widget belog fanpage mimi. Sekarang ni baru je 130 likes dari korang. Harap dari hari ke hari semakin bertambah laa likes tuu. Hehe. Bukan apa just nak tambah kan connection je. Tak salah kan? Hihihi so, apa lagi jom reramai likes belog fanpage mimi, okay. Dan terima kasih untuk yang dah likes tu. Sayang korang! :D



Sembonia : Liberal Art Of Geometry.

5/20/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Liberal Art Of Geometry | Minggu lepas mimi telah ke pelancaran Liberal Art Of Geometry by Sembonia yang diadakan di East Coast Mall, Kuantan. Event ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang blogger yang lain. Teruja takyah cakap lah. Seperti yang mimi bagitau dalam entri-entri sebelum ni, event ini adalah event yang pertama yang mimi pergi sebagai media blogger. 

Kehadiran kami telah disambut oleh seorang wakil dari Sembonia iaitu Mr Jack Loh. Pada mulanya, beliau telah memberi sedikit informasi berkaitan Liberal Art Of Geometry. 

Mr Jack
Gambar kat bawah ni ialah salah satu koleksi baru dari Liberal Art Of Geometry sempena musim bunga dan musim panas pada tahun 2015. Cantik kan? Warnanya pun menarik warna kuning gituu. Untuk koleksi ini bukan sahaja mempunyai warna kuning tetapi juga turut mempunyai warna lain.

Liberal Art Of Geometry
Apa yang mimi tahu, beg buatan sembonia ini dari jenis kulit yang berkualiti dan sangat tahan lama. Beg ini juga sangat sesuai digunakan bagi wanita-wanita yang berkerjaya dan wanita moden. Harganya pula adalah sangat berpatutan. Mimi pun berkenan. Hiks :D

Liberal Art Of Geometry


Liberal Art Of Geometry

Sempena sambutan hari ibu yang lepas juga, sembonia juga turut mengeluarkan design khas untuk Mother's Day. So, korang yang ingin memberi hadiah kepada ibu atau para isteri boleh laa korang singgah ke Sembonia untuk beg-beg yang menarik seperti gambar dibawah ini. Ibu atau isteri korang pasti suka.

Mother's Day Collection
Bagi kaum lelaki pula, korang juga jangan risau ye. Ini kerana, di sembonia koleksi untuk kaum lelaki juga sudah tentu ada. So, itu sahaja. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke link dibawah ye.


#OOTD : Pantai Dungun.

5/19/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Pantai Dungun.

"One Of The Most Out Of Life Is To Look Upon It As An Adventure."

Bad Boy Grill, Dungun.

5/18/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Wah, lamanya tak updated blog. Berhabuk dah blog ni. Nak buat cemana busy kot. Padahal takdelah busy mana. Hahaha K k. So back to the point, entri kali ni nak cerita pasal food. Huh. Suka je update pasal food. So, hari Juma'at lepas, weekend kan, mimi dan family keluar laa jalan-jalan. Nak pusing-pusing katanya. Tup tup sampai ke Dungun kami pusing-pusing. Jauh kan? Hahaha

Bad Boy Grill
Lepastu, sambil pepusing tu, kami semua pun kelaparan. Maklumlah makan pagi je, tengah hari makan ringan-ringan, petang tak makan lagi. Biasa lah tu kan. Kami pun terjumpa sebuah restoran ni. Simple je restorannya. Dari luar mimi tengok macam kedai apa ni, nak tak nak je pergi. Sekali dah masuk, perghhh cantik oi. Simple tapi cantik. Orang kata jangan tengok luaran je kan, tengok dalaman sekali. Tengok gambar kat atas ni. Tulah restorannya. Cantik kan. Nama restoran ni pun macam not bad jugak tapi menarik perhatian sangat iaitu Bad Boy Grill.




Sejujurnya, mimi pun dah mula tertarik dengan Bad Boy ni. Hihi. Masa mimi datang tuu takde orang lagi. Sebab waktu tu petang restoran pun baru bukak. Rasanya kalau malam restoran ni lagi hidup kot. Tapi takpe lepastu terus ramai orang. Hehe tapi tak amik gambar time orang ramai pulak. Takpelah ye. Bukan korang nak tengok orang pun kan. Adoi

Menu
Gambar kat atas ni ialah menu di Bad Boy Grill ni. Restoran ni baru je lagi bukak, baru 2 minggu tak silap. Masa mimi pergi tuu kedai ni cuma jual western food je. Tsk tsk. Kata seorang waiter kat restoran ni, "masakan panas takdelah, mungkin minggu depan baru ada kot. Mungkin lah." Emm, sedih mak nak.

Mushroom Soup With Garlic Bread


Lamb Chop
Ni sebahagian dari makanan yang kami makan, mushroom soup with garlic bread dengan lamb chop. Mimi sudah semestinya lah makan lamb chop kan. Hihihi kegemaran kot! Mimi dan lamb chop memang tak dapat dipisahkan. Dan makanan kat sini memang sedap! Memuaskan.


Teh O' Ais

Ganu Cola

Air pulak minum teh o' ais manakala adik mimi pulak minum ganu cola. Macam gambar kat atas. Ganuuu pun ada. Terbaikkk! :D Yang sedihnya mimi tak sempat pulak nak minum air ganu tuu sebab adik dah habiskan. Tsk tsk geram betul. Tapi sedap katanya. So, takpelah. Apa apa pun air teh o' ais dia tetap sedap best. Hihihi 

So, konklusinya, restoran ni memang terbaik lah. Lepas ni kalau ke dungun mesti singgah lagi. Lupa pulak nak gitau restoran ni dekat pantai uitm okay. 

Benda Yang Lepas Jangan Dikenang.

5/12/2015


 

Assalamualaikum Dan Hi :)

Awal mimi update blog harini ye. Pepagi ni tetiba rasa nak share something dengan korang.  Just nak gitau sebenarnya harini macam-macam perasaan mimi ada, gembira sedih. Sedih bila mengenangkan tentang something. Bila ingat pasal tuu mimi terus jadi down. Tapi mimi kuatkan semangat jugak untuk tidak ingat sangat benda tuu tetapi mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Apa-apa pun mimi tetap  gembira dengan kehidupan mimi sekarang. Siapa mimi sekarang. Walaupun mimi tak sehebat orang lain tapi mimi tetap bersyukur dengan apa yang mimi ada sekarang. Alhamdulillah. Benda yang lepas jangan dikenang! Jadikan tuu semangat untuk terus bangkit. Gituu.. So, satu senyuman untuk diri sendiri! :D

Blogger Kuantan Meet Up! :D

5/11/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Beberapa hari yang lepas, mimi telah pergi ke Kuantan untuk menghadiri sebuah event dari brand yang ternama. Sungguh ku excited dapat pergi kesana. Yelah, kali pertama kan. Okay okay. Back to my point, apa yang mimi nak bagitahu sekarang ni bukan pasal event tu, yang tuu tunggu next entri tauu. Tapi sewaktu menghadiri event tu mimi dapatlah mengenali beberapa orang lagi blogger-blogger yang lain. Boleh dikatakan semua blogger yang hadir pada waktu itu merupakan blogger-blogger yang terkenal jugaklah. Pada mulanya kitorang macam segan-segan, malu je nak bercakap. Pastu lama-lama okay lah.

Antara blogger yang hadir pada hari itu ialah Shark dari Cerita Shark.Com, Amir dari AmirNawawi.Com, Syaf dari sleeepingdaydreamer.blogspot.com, Ina dari Inaainaa.Com dan Papaglamz dari Papaglamz.Com. Segan pun ada berdiri tepi dorang-dorang ni semua. Yelah, mimi ni kan baru je nak bertatih dalam dunia blog tapi dorang ni semua dah hebat-hebat belaka. Mestilah rasa macam alahai keciknya mimi ni. 

Blogger Kuantan Meet Up!

Dari kiri merupakan Papaglamz, Shark, Ina, Mimi, Syaf dan Amir. Fuhhh, tak sangka dapat berdiri dengan dorang ni semua. Best dapat kenal ngan dorang ni, dorang ni semua peramah dan tak sombong. Emm, Ina seorang yang banyak cakap dan seorang food lover ni mimi dah lama kenal dia sebenarnya sebab selalu jenguk blog dia, Papaglamz dengan Syaf pulak kenal dari Sahabat Blogger, cuma Shark dengan Amir jelah baru kenal. Shark ni pulak macam pemalu je orangnya. Hahaha *maaf Shark. Tapi si ina ni dari memula dia sampai, sampailah dah nak balik mulut dia tak berhenti bercakap, dialah penyeri kitorang ni semua. Dalam hati mimi boleh tahan jugak si ina ni. Hehe tapi so far dorang ni semua okay je. Masih boleh bawak berbincang laa. Kihkih

Sesi Suai Kenal. Kihkihkih
Sejujurnya, waktu jumpa haritu tak rasa tak puas hati sangat. Kenapa? Sebab kitorang dapat jumpa kejap je. Lepas event tuu, masing-masing ada hal. Tsk tsk alangkah syoknya kalau dapat berborak lelama sikit. Mesti best kan. Apa-apa pun gembira dapat kenal dengan korang semua. Harap lepasni dapat jumpa lagi tauu. Kalau dapat gathering macam ni lagi pun okay. Takpun kalau nak buat gathering macam ni lagi jangan lupa jemput mimi tauuuu.

Lots of love, Mimi :D

Puas Hati Dapat Makan Gulai Ketam.

5/10/2015

Assalamualaikum Dan Hi :) 

Gulai Ketam.

Puas hati dapat makan gulai ketam yang di masak oleh my umi. Hehe Tapi yang tak puas hatinya kalau makan ketam ni kan isinya dapat makan sikit je. Yang lain kulit je lebih. Tsk tsk T.T pastu, yelah siapa kata makan ketam ni sesenang macam makan ayam ikan tuu. Emm tidak okay! Payah kot nak makan ketam ni gigi kena kuat. Kalau gigi tu kuat okay laa, boleh gigit kulit ketam. Kalau tak kuat, mau nak patah gigi tu. Aih. Boleh tahan nak tercabut gigi ni tauu. Ni pun sebab dah lama tak makan ketam. So, umi pun masak laa gulai ketam. Apa-apa pun gulai ketam umi tetap sedappppp! :D

Kaki Komen!

5/08/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Kaki Komen.

Haa, akhirnya mimi dah letak pun widget top komentor kat blog mimi! Yeayyy! Lepas ni boleh laa tahu siapa pengomen tegar kat blog mimi ni kan. Hehe cara nak letak widget ni pun senang je tau, mimi cuma ikut tutorial kat blog. Nanti kalau ada masa mimi share dengan korang  tutorial untuk letak widget ni ye. *macam rajin je nak buat tutorial. T.T

So, top komentor blog mimi pada bulan ini pulak jatuh kepada Cik Ash! Yeayyy lagi! Cik Ash ni merupakan sahabat mimi dari Sahabat Blogger tauu. Jom kenal Cik Ash dengan lebih detail. Hehehe


Jemputan Pertama Sebagai Blogger :D

5/07/2015

Assalamualaikum Dan Hi :D

SEMBONIA

Mimi dapat jemputan! Yeayyy! Gembira tak terkata. Kenapa? Sebab mimi dapat peluang untuk join event as a media blogger! Kali pertama untuk event brand ternama pulak tuu. Bukan senang nak dapat tau. Syukur sangat. Ni lah masanya nak timba ilmu dan pengalaman as a part time blogger kan. Tak sangka pulak dapat. Padahal mimi tulis blog ni suka-suka je. Takdelah kata nak serious sangat. Hehe tapi harini mimi diberi peluang sebagai media. Mestilah happy kan.

So, untuk jemputan pertama ni mimi telah di invite oleh Sembonia untuk launch preview sembonia yang bertempat di East Coast Mall, Kuantan pada 9-10 May 2015. Esok lusa lah ye. So, mimi tak sabarrr nak kesana tau! Plus, nanti boleh jumpa blogger ternama yang lain-lain lagi. Haa, masa ni lah nak kembangkan network kan. And lepas ni kalau ada event-event lain lagi, boleh laa jemput mimi ye. Hehehe

Apa lagi jumpa korang disana tauuu! :D



Blogger-Blogger Pilihan Hati Mimi.

5/07/2015

 Assalamualaikum Dan Hi :)

My Blog List
My Blog List? Apa pulak lah my blog list ni ye? Okay, kali ni mimi nak share dengan korang mengenai blogger-blogger pilihan hati mimi, that's My Blog List! Rasanya bukan mimi je kot tapi semua blogger kat luar sana tu pun mesti ada blogger-blogger yang korang minat kan? Ataupun macam idola laa. Hehe bagi mimi pulak mimi memang ada blogger yang memang mimi adore sangat macam dalam blog list tulah. Maklumlah mimi ni kan masih baru bertatih lagi dalam berblog ni. Jadi, dorang ni laa yang jadi pemangkin dan semangat untuk mimi terus berblog. Gituu..

Meh kita tengok antara blogger-blogger yang menjadi pilihan hati mimi. Gambar kat atas tu ialah blog list dalam blog mimi. Kesemua blogger dalam blog list tuu memang mimi minat dan suka sangat. Boleh dikatakan setiap hari mimi mesti jenguk blog dorang. Kemudian, mimi jugak banyak belajar mengenai blog dari blog dorang semua. Dulu mimi menulis blog diam-diam je tapi sekarang ni terasa pulak nak share dengan semua orang pulak. Hehehe takpe kan? Tak salah kan? :P

Bawah ni ialah antara blogger-blogger yang tersenarai dalam bloglist mimi.



Yuyu Zulaikha


Namee Roslan


Irine Nadia Marcello





Fatin Liyana




Fatin Liyana

So, ini lah antara blogger-blogger pilihan hati mimi yang boleh dikatakan setiap hari mimi mesti jenguk blog dorang. Cantik kan dorang-dorang ni semua? Dorang ni semua dah berjaya jadi selebriti blogger tau dan dorang ni semua dah berjaya. Jeles tengok dorang. Macam Kak Fatin Suhana dengan Irine Nadia, dorang dah bukak butik sendiri iaitu Butik ByFatinSuhana dan Fiska. Fatin Liyana pulak dah jadi doktor dan penulis buku. Buku yang dia tulis ialah buku Diagnosis tuu, dia lah antara penulis buku tu. Haa, so kalau korang nak tahu dengan lebih details pasal dorang ni, pergi laa jenguk-jenguk blog dorang. Memang inspired sangat tauu :D

Emm, akhir sekali, kenapa blogger pilihan hati mimi semua perempuan ye? Takde ke blogger lelaki? Haa, sebenarnya ada je tapi tunggulah mimi update next entri pulak. Nanti mimi kongsikan ye. Hehehe















Mood Republik Akan Diadakan Di Kuantan?

5/06/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Kepada warga-warga Kuantan, Pekan, Kemaman, Kerteh dan sekitar dijemput hadir ke event Mood Republik yang akan diadakan di Kuantan!

Mood Republik.

Event ini akan berlangsung pada 30&31 Mei 2015 pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Event mood republik ini juga akan diadakan di Sultan Ahmad Shah International Convention, Centre. 100 brands paling dikehendaki negera akan berada disana. Nak tahu brand apa? Jom pergi nanti.

Untuk maklumat lanjut korang boleh search Mood Republik di instagram korang, okay. :D

Segmen Cash By Inani Hazwani.

5/05/2015

Assalamualaikum & Hello.

Bismillah. Jom ramai ramai join segmen Cik Manis kali ni. Boleh follow slow slow syarat yang ada. Sponsor pun dialu alukan untuk join.

Segmen Cash By Inani Hazwani.


Hadiah : RM 20 X 10 Pemenang

Mula : 04 MEI 2015 / TAMAT : 30 MEI 2015

Syarat - Syarat Wajib :

1) Buat satu entri khas segmen ni.
2) Follow blog & Add Google + :
3) Follow Instagram : * Kalau tiada instagram pun boleh join *
4) Masukkan dalam bloglist  blog :
5) Like page :
6) Tinggalkan link url dekat bawah ni.

Review | Kali Pertama Consume Dian'z Vitamin.

5/05/2015


Assalamualaikum Dan Hi :)

Siapa nak cantik? Menawan? Cantik ni memang lumrah semua orang nak cantik kan. Lebih-lebih lagi kaum wanita. So,  kali ni mimi nak buat sedikit review tentang collagen yang mimi consume. Sebenarnya, ini kali pertama mimi cuba consume collagen ni. Sebelum ni mimi consume collagen berbentuk cecair. Tapi disebabkan mimi dah malas nak buat air bagai-bagai tuu, mimi pun nak cubalah collagen yang berbentuk tablets pulak. Just consume dan telan. Senang kan? Selain daripada tu, bukan apa mimi consume collagen ni juga untuk kesihatan kulit lah kan. Collagen apa yang mimi consume? Okay. Korang pernah dengar tak Dian'z Vitamin? Mimi bukan promote nak jual ke apa tau. Tapi just nak share dengan korang collagen yang mimi consume ni. 

Dian'z Vitamin C.
Kali pertama bau collagen ni, mimi dan pun tertarik dengan bau dia. Bau Dian'z Vitamin ni best sangat, dia bau macam anggur centu. Rupa-rupanya dalam Dian'z Vitamin ni ada khasiat berry. Patut laa bau dia sedap je. Dalam satu botol ni ada 60 biji tablets. Cukup untuk sebulan tau. Korang perlu makan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Waktu pagi korang ambik tablets ni sebelum makan manakala waktu malam pulak sebelum tidur dan selepas makan. Untuk kesan yang lebih efektif waktu korang ambik tablets ni jangan minum kaffein. Kalau tak kesan dia lambat sikit.

Harga pun tak mahal dan sangat berpatutan.

Harga untuk Dian'z Vitamin ni pulak takdelah mahal sangat tapi berpatutan laa. Harganya cuma RM80(SM) dan RM 85(SS). Murah je kan? Mimi pun baru je nak cuba ni. So, nanti kita tengok laa cemana rupa mimi selepas consume tablets ni ye. Harap kesan dia baik-baik lah ye. Kat mana nak dapatkan tablet ni, korang boleh dapatkan di kedai-kedai jamu berhampiran ye ataupun search je Dian'z Vitamin kat google, instagram atau facebook. Nanti korang jumpa lah ye :D

#OOTD : Toy's Section.

5/02/2015

   Assalamualaikum Dan Hi :)

#OOTD

"The Best Way To Get People To Like You Is Not To Like Them Too Much."