Arnold Cycling Cafe, KB Mall, Kota Bharu.

4/30/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

Ni nak review sikit. Sewaktu mimi ke Kota Bharu, mimi sempat singgah ke Arnold Cycling Cafe yang terletak di dalam KB Mall. Sebelum ni dah selalu intai-intai cafe ni tapi tak berkesempatan nak try menu apa yang best kat sini.

Arnold Cycling Cafe.
So, haritu alang-alang mimi ke KB Mall bersama-sama dengan family terchenta. Jadi, mimi pun masuklah ke kafe ini. Setelah masuk kedalam kafe ni ternyata kafe ni sangat lah cantik, menarik dan tertarik. Korang yang nak stay kat sini kejap boleh jadi lama bila duk dalam ni. Memang cantik sangat. Bersih pun bersih.

Tenenene.

Bawah ni gambar kitchen kafe ni. Cantik kan? Tambah pulak dengan adanya akak cantik kat bawah ni lagilah bertambah-tambah minat nak masuk. Tak ambik pulak gambar akak ni. Haha

In Cafe.
Apa yang mimi minum? Tadaaaa. Ni jelah yang mimi sempat grab. Mimi minum air nescaffe blend manakala adik mimi pulak minum kiwi yogurt. Harga lupa dah berapa. Tapi total semuanya RM2+.++. Murah ke mahal? Anda yang tentukan. :D

Tadaaa. Ni jelah air yang di minum.
Korang yang stay kat Kota Bharu atau yang datang ke Kota Bharu boleh laa singgah KB Mall dan pergi ke kafe ni. Air dia memang sedap sangat. Beli sekali konfem nak lagi. K lah, itu je. See you on next entry guys! :D



#BloggerTalk : Aku Dan Sukan.

4/30/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

#BLOGGERTALK

Apa khabar korang semua harini ? Sihat? Dah bersenam? Hehe. Okay. So, topik blogger talk untuk minggu ini ialah 'Aku Dan Sukan.' Ada apa dengan aku dan sukan ye?.

Dulu-dulu waktu zaman sekolah mimi ni seorang yang aktif jugak laa dalam sukan. Tapi takdelah aktif sangat. Nak kata aktif sangat tuu tidak jugak dan nak kata pasif sangat pun tidak. Biasa-biasa je. Join jugak laa sukan.

Untuk topik aku dan sukan ni, mestilah mimi nak share dengan korang pasal sukan kan. Waktu zaman sekolah rendah dulu, mimi aktif dalam sukan bola jaring. Memang minat sangat dengan bola jaring. Waktu join bola jaring ni mimi pernah jadi WA, WD takpun reserved je. Petang-petang pergi sekolah main sungguh-sungguh. Tu zaman sekolah rendah tapi sekarang tak main dah. Dulu jelah.

Sumber Google : Bola Jaring

Pastu, zaman sekolah menengah pulak mimi aktif main lompat kijang. Korang tahu tak lompat kijang mainnya cemana? Tak tahu? Tak tahu tengok bawah ni. Tu laa cara-cara main lompat kijang. Sukan ni laa yang mimi join masa sekolah dulu. Padahal lompatnya takdelah tinggi mana. Tapi boleh laa. Rasanya cikgu pilih pun sebab dah takde orang masuk kot. Haha so, masuklah lompat kijang. Waktu aktif lompat kijang ni pernah dapat no 2 tak silap. Tapi wakil rumah sukan je. Haha

Sumber Google : Lompat Kijang

Kemudian, antara sukan yang mimi minat jugak ialah badminton. Tapi zaman sekolah dulu tak pernah pulak nak masuk sukan badminton ke apa. Mungkin sebab tidak punya keberanian kot. Kahkah. Yang ni mimi main suka-suka jelah. Petang-petang main lah badminton kat luar rumah, bajet-bajet jadi Dato' Lee Chong Wei.

Sumber Google : Badminton
Haa, tu jelah kot pasal aku dan sukan. Yelah, mimi ni bukanlah aktif sangat pun. Biasa-biasa je. Sekarang ni memang tak aktif langsung dah. Cuma kekadang jelah main badminton. Tu pun dengan family. Kalau tak memang taklah nak bersukan.




Pantai Batu Buruk, Terengganu.

4/29/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

Ni sesaja nak share dengan korang gambo time pergi Pantai Batu Buruk, Terengganu. Sebenarnya memang dah selalu pergi pun. Tapi sejak-sejak aktif dengan blog ni teringin jugak nak share dengan korang kan.

Pantai Batu Buruk, Terengganu.

Gambar ni minggu lepas sewaktu nak balik ke kampung di Kelantan. Stay kejap kat Kuala Terengganu. Kemudian, pergi ke Pantai Batu Buruk. Korang yang nak datang ganu tu boleh laa singgah sini. Pantai Batu Buruk ni pun merupakan salah satu tempat tarikan pelancong tau. Sesiapa yang datang ke Terengganu mostly mesti datang sini. 

So, first let me take a selfie :P


So itu jelah. Sikit sudahlah share taknak bebanyak nanti korang jemu pulak kan. Bye!

Lots of love, Syamimi Rosnee.



#BloggerTalk : Ciri-Ciri Pasangan Idaman.

4/29/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

#BLOGGERTALK
Minggu lepas tak sempat nak update blogger talk. Kali ni mimi nak update blogger talk yang mimi tak sempat nak updated tu. Kalau boleh taknak terlepas walau satu pun segmen sahabat blogger ni. Best kot. Sekurang-kurangnya takdelah berhabuk blog ni. Baru harini dapat updated entri, minggu lepas terlampau lah busy sampai tak sempat nak udated pape. So, topik pilihan minggu lepas ialah ciri-ciri pasangan idaman.

Setiap orang mesti ada ciri-ciri pasangan idaman kan. Tipulah kalau engkorang takde. Bukan nak kata laa tapi kalau kata pasangan korang tuu gigi rongak, korang nak terima ke? Dalam erti kata lain mestilah nak yang sempurna kan. Tapi bukan laa 100% sempurna, cukuplaa sekadar sejuk mata memandang. Sejuk hati bila kita tengok kan. Emm, so, mari kita tengok apa ciri-ciri pasangan idaman mimi.

Ciri-Ciri Pasangan Idaman Mimi :

1. Tinggi (Sederhana)
Mimi tak suka lelaki yang tinggi sangat dan pendek sangat. Cukuplaa tinggi sikit je dari Mimi. Baru nampak sepadan gitu. Ehem.

2. Kulit Sawo Matang.
Lelaki yang berkulit sawo matang ni memang macho kot. Kalau putih sangat macam doll pulak kan and kalau hitam sangat takut bertukar dengan bangla pulak. K k. Gurau, Mohon jangan terasa. Tapi mimi memang suka lelaki yang kulit sawo matang.

3. Banyak Cakap.
Mimi ni seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. So, mimi memang berkenan sangat laa dengan si jejaka yang banyak cakap ni. Nanti dia boleh buat mimi terhibur. Senang cerita, mimi dengar dia cakap je pun jadi laa. Nanti mimi dah senyum sensorang tengok dia. Tapi jangan banyak membebel dah. Eh :)

4. Hormat Orang Tua.
Lelaki yang hormat orang tua ni memang mimi respect laa kat dorang. Lelaki yang hormat orang tua ni sweet okay. Biasanya lelaki camni jenis penyayang. Lebih-lebih lagi yang pesen anak mak. Dia memang akan hormat orang tua.

5. Suka Senyum.
Lelaki yang suka senyum ni nampak sweet bagi mimi. Mimi tak suka lelaki yang muka masam, nak acah-acah garang. Oi garang-garang nak kemana, Tak best laa centu. Even mimi ni seorang yang susah nak senyum. Tapi mimi memang tertarik sangat dengan lelaki yang suka senyum. Boleh buat mimi cair laa. Hehe :)

6. Tak Panas Baran.
Tak suka pesen lelaki yang panas baran. Lebih-lebih lagi bila dia tengah bawak kereta. Tengah stress dengan jem ke apa. Lelaki pesen camni memang bukan seorang yang penyabar laa. Dah boleh nampak nanti cemana.

So, tu jelah kot. Kalau nak banyak sangat ciri-ciri pasangan idaman tak boleh jugak kan, Nanti sampai bebila tak jumpa-jumpa pasangan kan. 






#BloggerTalk : Kisah Dan Lagu.

4/13/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

#BloggerTalk.

Minggu ni dah masuk minggu yang ke-6 untuk #BloggerTalk, Segmen Sahabat Blogger. Mak aih kejapnya. Dah kena updated entri baru. Best tau join Segmen Sahabat Blogger ni. Sekurang-kurangnya ada laa jugak benda yang kita nak share kat blog ni. Takdelah blog kita ni berhabuk kan. Korang yang baru nak join tuu jom laa join! Sangat dialu-alukan. :)

So, topik untuk minggu ini ialah "Kisah dan Lagu". Topik ni takdelah susah mana. Tapi nak cerita tuu hmm mana satu eh nak cerita. Banyak sangat kisah dan lagu. Sampai tak tahu mana satu nak share ngan korang. Haha


Back At One- Brian McKnight


K k. Berbalik kepada topik. Korang tahu tak lagu ni? Cuba dengar and teka ni lagu apa? Kalau tak tahu cuba laa dengar. Sekali dengar mesti nak dengar lagi untuk kali kedua ketiga keempat dan seterusnya. Sama macam #BloggerTalk jugak, sekali join mesti nak join untuk kali kedua ketiga dan seterusnya. Haa. Best kot lagu ni. Serius best. Ni kira one of my favourite songs.

Kenapa mimi share lagu ni ngan korang eh? Sebab? Sebabnya ialah lagu ni mengingatkan mimi to someone. Someone yang sentiasa ada disisi mimi selepas my parents and my family. Dulu dia selalu nyanyi kat mimi tapi sekarang jarang dah. Dia busy. *sadis. Acewahh. Gituu. *jiwang pulak.

Untuk awak : "Kalau awak baca ni awak tahu siapa awak." :D

Emm, k. Dah dah. Taknak cerita pepanjang. Sikit dah.

Tu jelah nak share.

Nantikan cerita yang selanjutnya pulak ye.

K. Bye! :P






Muzium Adat Istiadat Raja D'Raja, Kelantan.

4/10/2015


Assalamualaikum dan Hi :)

Entri sebelum ni saya ada cerita pasal Mood Republik Tour yang berlangsung di Kelantan kan? 

Tapi kali ni saya nak cerita pasal Muzium Adat Istiadat D'Raja, Kelantan pulak. Beberapa hari lepas selepas saya ke Mood Republik Tour, saya juga berkesampatan ke muzium ini. Muzium ini terletak di bandar Kota Bharu, Kelantan. Dah berpuluh-puluh tahun tapi tak pernah pun ke sini. Ni kali pertama. Teruja kot!


Muzium Adat Istiadat Raja D'Raja Kelantan.



Peace sekali.

Untuk pengetahuan korang semua, nak masuk ke sini kena bayar tau. Bayaran hanyalah RM2 sahaja untuk seorang. Murah je kan? Semua orang pun boleh masuk. Tak kira tua atau muda (Umum). 

Di muzium ini korang boleh tahu banyak benda sejarah tentang negeri Kelantan. Pasal Adat Istiadat Di Raja Kelantan dan macam-macam lagi lah.

Muzium ni pulak terbahagi kepada dua bahagian. Ada bahagian depan dan bahagian belakang. Muzium yang bahagian depan ni dua tingkat. Manakala yang bahagian belakang pulak setingkat je. 


Abaikan adik kat belakang tu.



Pelamin Di Raja.

                                 
                                     Keris.
  
                Perahu Di Raja.

Gambar kat atas tuu muzium bahagian depan yang mempunyai dua tingkat. Lawa kan muzium lama ni? Barang-barang yang ada kat dalam ni pun semua barang lama dan barangan antik. Tapi masih lagi tersimpan kat sini.

Pintu Masuk.

Sejujurnya, saya seram jugaklah nak masuk muzium ni sebab muzium ni muzium lama kot. Tapi nak masuk okay je sebab ada orang jaga. Bukan takde orang jaga. Haha. Lama jugaklah saya kat sini. Setelah sejam duk dalam muzium ni, baru saya balik. So, korang yang nak datang ke Kelantan tuu, boleh laa singgah muzium ni hokay. 









#BloggerTalk : 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Saya.

4/09/2015

Assalamualaikum dan Hi :D

#BloggerTalk.

Sekejap je masa berlalu kan. Tanpa disangka dah masuk entri yang keempat untuk Segmen Sahabat Blogger iaitu #BloggerTalk. So, tajuk yang terpilih untuk minggu ini ialah 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Saya.

Terengganu Darul Iman.
Saya dibesarkan di negeri Terengganu. So, mestilah saya cerita pasal negeri Terengganu. Ye dok? :D


5 Perkara Menarik Tentang Negeri Saya:


Keropok Lekor.


1. Negeri yang sangat terkenal dengan keropok lekor. Sesiapa yang datang ganu mesti beli kepok lekor. Orang ganu kabo dok beli dok soh. Dan untuk pengetahuan korang semua sekarang dah ada keropok lekor cheese dah. Tapi mimi sendiri pun tak pernah makan lagi. So, kalau awok awok semua mari ganu tra cari kepok lekor cheese jugok ye. :D


Nasi Dagang.


2. Makanan yang terkenal di negeri ini ialah nasi dagang. Sape dok tra nasi dagang memang rugi nok kabo!

Pulau Perhentian

Penyu


3. Pulau-pulau kat negeri Terengganu cantik-cantik belaka. Bersih memang berkilat laa. Pulau yang paling best orang kata ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas. *tapi semua mimi tak pernah pergi lagi. Hahaha


Masjid Kristal.

Kampung Cina.

4. Kalau korang nak datang melancong ke bercuti ke Terengganu tempat yang paling best ialah Kampung Cina, Pasar Payang, Tasik Kenyir, Masjid Kristal(Taman Tamadun Islam) dan banyak lagi lah. Cubalah datang kalau datang sekali mesti nak datang lagi! Konfem :D


Muzium Negeri Terengganu.


5. Muzium Negeri Terengganu merupakan salah sebuah muzium yang terbesar di Malaysia. So, apa lagi? Jomlah datang ke Ganuuuuuu! :)






Mood Republik Tour : Kelantan.

4/05/2015

Assalamualaikum dan Hi.

Apa khabar korang semua? Sihat ke? :D 

Berbalik kepada entri saya hari ini, pada hari jumaat lepas saya telah ke Kota Bharu, Kelantan. Ada hal sikit kat sana. So, dikesempatan itu saya pun sempat lah pergi ke Event Mood Republik Tour kat Kelantan yang bertempat di Hotel Grand Riverview pada 4 April 2015. Event ini juga bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. 15 jam non stop. Bayangkan laa! 

Mood Republik.


Ada pelbagai jenis booth disana dan kesemuanya lebih kurang 100 booth. Semuanya local brand dan ada diantara mereka ini yang menjual online. Ada booth dari Zawara, Calaqisya, Jubahsouq, Anggun Zara, Dhania, Leuniey Natasha, Liyana Jasmay, Dreemika, Blossom Box Store dan macam-macam lagi. Rambang mata saya nak memilih membeli pakaian. Sebenarnya, bagus juga event ni diadakan sebab ia mengumpulkan semua local brand yang ada kat Malaysia ni. Lepas tuu, kekadang bukan semua orang dapat pergi ke butik mereka semua ni. Kebanyakannya butik-butik local brand ni terletak di Kuala Lumpur dan Selangor. Tak semua orang boleh pergi kan.

Nak beli online? Memang laa boleh tapi kena caj postage lagi. Dah berapa dah. So, alang-alang event ni di buat, baik kita pergi. Pastu, dorang pun buat sale lagi. Lagi murah. :D 

Apa yang bestnya masa kat sana saya sempat jumpa beberapa orang model terkenal macam Ameera Zaini dan EkimNaz. Saya memang adore dorang ni dari dulu. Dah tuu dah jumpa apa lagi snap gambar laa as a moment.

Dengan Kak Ameera Zaini. Pengacara Safiyya TV9.
Untuk pengetahuan korang semua, Kak Ameera Zaini ni pun ada bukak booth tau iaitu Ameera Zaini Hijab Revival. Kak Ameera jual tudung tak silap saya.

Haa, yang kat bawah ni pulak Kak Ekim Naz, dia ni model dari Butik Zawara. Cantik kan orangnya? Peramah pulak tu.


Akak EkimNaz. Model Zawara. 

Happy dapat jumpa dorang semua dalam keadaan yang sesak-sesak tapi mereka sempat lagi melayan saya. Dan yang sedihnya saya dapat pergi kejap je. Sebab terkejar-kejar nak balik ke Terengganu. Tapi takpelah lepas ni ada lagi Mood Republik Tour ni. Lepas ni dibuat di Kuantan pulak. Pada 30 dan 31 Mei tak silap. Ada rezeki boleh laa pergi lagi yang dekat Kuantan tu kan. Boleh pergi lelama sikit. Sebab Kuantan dekat je dengan Kemaman. Hehe so, korang yang stay kat Pahang tuu boleh laa pergi ke event ni. Memang best! Tak nyesal pergi.

Ramai orang kan?
And last, apa yang saya beli kat sana? Emm, satu apa pun tak dapat. Sebanyak-banyak pakaian yang dijual kat sana, saya tak beli pun. Sebabnyaa tak berkenan laa, tak muat laa and kekangan masa. So, balik dengan tangan kosong jelah. Tapi my umi shopping banyak. Haha

Takpelah, takde rezeki ye dak? Harap Mood Republik yang dibuat di Kuantan nanti, saya dapat lah shopping bebanyak sikit. Hehehe :D