#BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Saya.

3/31/2015

Assalamualaikum dan Hi :D

#BLOGGERTALK



Setelah berhempas pulas memilih tajuk minggu ini bersama Sahabat Blogger untuk segmen #BloggerTalk, akhirnya tajuk yang dicadangkan oleh saya telah mendapat persetujuan ramai. Seronok pulak rasanya. So, apa tajuknya? Jeng jeng jeng. :)

Okay. Jadi, tajuk untuk entri kali ini ialah 10 Fakta Menarik Tentang Saya. Tapi saya taknak cakap panjang lah cuma sikit dah laa ye. 


10 Fakta Menarik Tentang Saya :

Bukan Samimi.


1. Bermula dengan nama panjang saya ialah Norsyamimi Inani Binti Ahmad Rosnee. Tapi panggilan yang orang selalu panggil 'Mimi'. Nama pepanjang panggilan tetap pendek cetok.

2. Anak Ke-2 dari 6 orang adik beradik.

Mohon Sahabat Blogger tertarik nak datang ke Ganu. :D


3. Lahir di Kelantan tapi dibesarkan di Terengganu. Nananananaganu kiteeeee.

Pantai.


4. Addicted dengan Pantai. Pantang nampak pantai mesti nak singgah.

Dah pernah gitau dalam entri lepas. Hehe


5. Penggemar Tomyam dan semua thai food. Maklumlah emak orang siam kelantan.

6. Seorang yang kidal. Tahu tak kidal tuu apa? Tak tahu pi duk dalam hutan sensorang.

7. Suka berjalan. Pantang nampak kereta bergerak. Mesti nak ikut. Tak kira lah jauh ke dekat. Even nak gi kedai dekat rumah je pung.

Semua takut dengan Bulan April. Kenapa ekk? O.o


8. Lahir bulan April. Berapa haribulan taknak gitau. Kang ada yang buat surprise pulak. Hahaha

9. Seorang yang susah nak senyum. Orang selalu cakap saya ni sombong. Tsk tsk

Sumber : Google je mampu. Hahaha


10. Tak pernah pergi Putrajaya. Teringin sangat nak pergi. Tapi tak pernah berkesempatan. So, ada sesiapa yang nak bawak tak? Hahahah :D


Itu saja. Bye !




#Blogger Talk : Blog Menguntungkan Atau Merugikan Masa.

3/21/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

#BLOGGERTALK

Tanpa disangka kita dah masuk minggu ke-3 untuk segmen #BloggerTalk. Ini adalah entri yang ketiga untuk segmen ini. Untuk minggu ni topik yang diberi ialah "Blog Menguntungkan  Atau Merugikan Masa."

Bagi saya blog sangat menguntungkan dan tidak merugikan walau sedikit pun. Jeles tengok blogger-blogger yang aktif yang dah jadi blogger femes tu.

1. Bukan apa nanti kalau ada something macam produk-produk baru kepe, sebagai contoh nanti cadburry akan mengeluarkan perisa yang baru takpun nanti ada butik-butik baru bukak kepe, selalulanya depa lah yang tahu dulu. Sebab kekadang mereka akan di invite untuk join grand opening atau launching. I mean, kalau ada event-event yang best boleh lah pergi kan. Kann seronok tuu. Bonus untuk korang.

2. Dengan berblog juga korang boleh dapat banyak connection, boleh tambah kawan. Makin aktif berblog makin ramai lah kawan yang korang dapat. Tu pun kalau korang pesen yang ramah lah kan, kalau yang pendiam macam saya ni, serupa tu jelah kot. Haha tapi okay lah sebab sekarang pun dah kenal ramai member-member Sahabat Blogger :D Kredit kepada Sahabat Blogger.

3. Dapat ilmu dengan berblog. Yelah, nanti kalau ada tips ke panduan menarik ke mesti korang baca kan. So, kat situ kita dapat tambah ilmu. Dapat tambah ilmu pengetahuan kan. Maklumlah sekarang nak baca buku pun boleh bilang dengan jari. Bukan apa baca buku ni kekadang panjang sangat, so nak cepat ringkas baca jelah kat blog. Tapi saya rajin je baca buku. Haha 

4. Platform untuk berniaga. Bagi peniaga yang baru nak berniaga macam saya ni boleh lah jadikan blog sebagai platform nak berniaga. Ni lah salah satu sebab kenapa saya rajin berblog sekarang. Even followers tak ramai tapi boleh lah kan. Kita cuba. :)

Tapi tapi sebenarnya blog akan merugikan jugak kalau kita dah selalu duk hadap blog je tak buat benda lain. Memang rugi sangat lah, Oi ko ingat kerja ko buat blog je ke. Err. So, pandai-pandai lah bahagikan masa antara berblog dengan buat kerja lain ye. Lain lah kalau korang tu fulltime blogger. Memang kerja ko buat blog je, Tu takleh nak kata apa lah kot.

Ada paham? K lah. tu je entri ringkas dari saya. Sekian :)

Review | Bengkoang Whitening. Apa tu?

3/19/2015


Bengkoang Whitening.

Semalam adik nak beli kismis. So pergi lah kat kedai jamu. Pastu beli-beli kismis dapat lah benda ni. Macam dalam gambar kat atas tu. Dapat free kot. Saya pun tanya lah pakcik kat kedai tu, apa tu pakcik. Kemudian, dia cakap lulur. Ooooo. Saya pun senyum jelah. Maklumlah tak pernah guna lulur. Lulur yang saya dapat ni ialah Lulur Mandi Plus Pemutih, Bengkoang Whitening dari Ratu Sari. Tak pernah terpikir pun nak pakai lulur wei. Haha 

Okay, sedikit ringkasan pasal lulur ni.

Lulur ni adalah untuk melindungi kulit dari penuaan dini akibat sinar matahari. Lulur Mandi Sari Bengkoang Whitening merawat kulit secara tepat dengan bahan semula jadi akan menjadikan penampilan ayu mempesona. Untuk  mewujudkannya, mandi lulur merupakan salah satu tradisi yang tetap dapat dipertahankan para wanita dan remaja putri masa kini. Lulur Mandi Bengkoang mengandungi extra bengkoang dengan zat AHA-nya sebagai pemutih semulajadi yang melindungi kulit dari penuaan akibat pengaruh lingkungan terutama sinar matahari. Ia juga sangat baik digunakan setelah tubuh terbakar oleh sinar matahari atau secara rutin untuk anda yang beraktiviti di luar. Diperkaya dengan bahan lainnya menjadikan kulit tetap lembut, putih bercahaya tanpa flek atau noda hitam.

Nanti kita cuba ye :)
Sejujurnya saya sendiri pun tidak pernah lagi cuba ni. Tak sempat nak try lagi. Tapi yang pastinya bau lulur ni sangat wangi. Dan lulur ni macam skrub. Harganya pula cuma RM12(SM) & RM 15(SS). Murah kan? 


Cara penggunannya pula ialah sapukan Lulur Mandi Bengkoang Whitening ke seluruh tubuh dan leher secara merata dalam keadaan kering, biarkan selama 5 minit untuk mendapatkan hasil yang maksima. Bilas dengan air sambil diurut perlahan hingga bersih sempurna. Dapatkan secara rutin dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Dapat juga digunakan sebagai Body Massage Sauna Cream.





Berat Dah Bertambah! Sedih Ke Suka?

3/18/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

:)


Sejak dua tiga menjak ni saya bersahabat baik sangat dengan penimbang berat. Mana tidaknya berat makin bertambah kot. So,hampir setiap hari duk timbang berat je. Berat saya yang dulu cuma 40 kg. Memang sekeping macam tiang lah. Sekarang, dah jadi 53 kg. Hampir 13 kg kot naik. Terkejut den. Nak buat macam mana, pantang nampak makanan asyik nak makan je kerja. Pastu, memalam pun tercari-cari makanan lagi. Ish ish. Apa-apa pun ofkoz lah suka berat ni bertambah takdelah nampak keding kan. Alhamdulillah. Sekarang berat dah normal dan makin bertambah cun melecun :D *terpuji diri sendiri pulak, siapa lagi nak puji kalau diri sediri tak puji* Hehe. Cumanya kena control jugak lah makan ni, takut overdose pulak berat ni kan. :)

#Blogger Talk : Faktor-Faktor Bergiat Dalam Dunia Blog.

3/18/2015

Assalamualaikum dan Hi :D

#BLOGGERTALK

Segmen #BloggerTalk Sahabat Blogger kali ini ialah mengenai faktor-faktor bergiat dalam dunia blog. Maaf, sebenarnya saya agak terlewat post entri kali. Tapi alhamdulillah berjaya juga menyiapkan entri kedua segmen sahabat blogger ini.

Pinjam gambar Kak Fatin Suhana jap. Hiks


Faktor-faktor saya bergiat dalam dunia blog adalah kerana saya minat membaca blog. Saya ni peminat setia blogger Fatin Suhana. Siapa tak kenal dengan blogger dan model si cantik manis Fatin Suhana. Dia merupakan salah seorang blogger terkenal yang menjadi ilham kepada saya untuk menulis blog. Saya minat dia dari zaman dia sekolah lagi, abang saya pulak dulu dia pernahlah satu sekolah dengan Kak Fatin ni kejap. Dia kata Kak Fatin pernah buat persembahan nyanyi kat sekolah dia dulu, pastu suara dia sedap macam Siti Nurhaliza. So, lagilah minat nak tahu lebih detail pasal Kak Fatin ni kan. Pastu, tiptip tengok-tengok dia seorang blogger. Terus minat nak follow dia kat blog. Apalagi buatlah blog ni. Dulu-dulu jarang aktif kat blog. Sekadar jadi pembaca blog je. Sekarang dah teraktif pulak. Hehe

Dulu rajin tulis pakai pensil, sekarang jarang-jarang pegang pensil. Asik hadap lappy je. Haha
Pastu, saya ni seorang yang suka menulis. Oleh sebab saya ni seorang pendiam, pendiam keee? Haha kalau ada problem terus tulis kat buku-buku. Pastu, baca-baca, then koyak. Tapi takdelah sampai nak simpan pulak kang ada orang baca. Nahas. So, saya pun cubalah bergiat dalam dunia blog. Untuk pengetahuan korang, kalau kat blog saya takde pulak tulis pasal masalah ke apa ye, malu kitaa oi. So, saya tulis apa yang suka dan apa yang saya lakukan. Sekadar untuk berkongsi dengan korang semua. Kadang kalau terbaca pasal tips ke apa, saya share lah kan dengan korang. Haaa, tulah sebab saya bergiat dalam dunia blog ni.

K lah, itu sahaja entri ringkas dari saya. Hope korang enjoy baca ye. Byebye! :)

Street Art, Machang.

3/17/2015

Assalamualaikum dan Hi! :)


Minggu lepas saya terpaksa pulang ke kampung di Kelantan. Selepas seminggu berada kat kampung atas sebab-sebab tertentu, akhirnya saya berjaya juga siapkan entri kali ini. Berhabuk dah blog ni. Lama sangat kena tinggal. Sorry, Mr Blog.

Masa stay kat kampung sempat lah ajak cousin ke Street Art, Machang. Dah lama teringin pergi sana tapi tak tahu kat mana. Rupanya-rupanya street art ni dekat je dengan KFC Machang. Senang lah nak cari kan. Memang excited sangat dapat pergi even Street Art kat Machang takdelah sehebat Laman Seni, Shah Alam or kat tempat-tempat lain lah tapi saya tetap teruja ke sana. Yelah, bukan senang nak lukis-lukis tu kan. Cuma orang yang berbakat sahaja mampu buat kan.

Untuk pengetahuan korang semua Street Art kat Machang ni dah lama wujud tau sejak hujung-hujung tahun lepas kot. Lama pun tak lama lah kan. Street art ini juga dikenali sebagai Lorong Cek Mek Molek. Kalau korang taktahu nak kesana, nak tanya orang-orang kat sana boleh laa tanya je lorong cek mek molek kat mana. Konfem orang-orang kat Machang tu kenal.

Jadi, dengan adanya Street Art ni harap makin bertambah ramai pelancong datang ke Bandar Machang ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar AD UITM Machang kerana berjaya mengubah lorong ini supaya menjadi kawasan tarikan orang ramai. :)




Pintu Ajaib. Haha

Jom kita recycle!

Ikan nak makan saya ke tuu? O.o

Lorong Cek Mek Molek

Sepupu :)