Tips Memilih Bedak Asas Yang Tepat (Foundation).

7/26/2017

Assalamualaikum dan hi :)

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Bukan? Beberapa hari lepas Mimi ada belek belek majalah yang Mimi dah lama beli. Tapi lepas baca tips kecantikan ni tetiba rasa macam tertarik pulak nak kongsi artikel/tips ni dengan korang. So, lets get started! 

Tips Memilih Bedak Asas Yang Tepat



1. Pilih warna yang terdekat dengan warna kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit anda, bermakna anda sudah memilih warna yang betul.

2. Jangan pilih bedak yang terlalu cerah dari kulit anda. Pemilihan bedak cerah akan membuatkan anda kelihatan seperti 'tepung gomak'.

3. Sapukan bedak asas menggunakan span atau hujung jari.

4. Bagi yang memiliki kulit wajah yang kering, anda boleh mencampurkan bedak asas dengan beberapa titik pelembab di tapak tangan sebelum meyapukannya di muka. Contohnya seperti argan oil. Ia membuatkan bedak meresap lebih sempurna pada kulit wajah.

5. Tidak perlu memakai bedak asas yang berlebihan kerana ia membuatkan anda kelihatan tidak semula jadi.

6. Sekiranya bedak asas berlebihan pada wajah, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.





Itu jelah ye sedikit sebanyak tips yang Mimi mampu kongsikan dengan korang. Semoga tips ni dapat memberikan manfaat untuk para wanita di luar sana supaya lepas ni kalau nak beli atau pakai bedak asas, korang boleh pilih yang bebetul sesuai dengan kulit korang. Hihi. Papepun, terima kasih sudi baca! Kalau ada tips-tips lain yang menarik lagi, nanti Mimi kongsi dengan korang tau. Stay tuned for the next entry yaa.

Dari Mata Turun Ke Hati : Freshkon Colors Fusion

7/23/2017

Assalamualaikum dan hi :)

Dari mata turun ke hati. Cewah. Sweet tak Mimi? Hihi. Entri kalini Mimi nak share dengan korang mengenai kanta lekap atau lebih dikenali sebagai 'contact lens'. Salah satu kanta lekap yang Mimi suka dan selalu pakai ialah contact lens dari Freshkon. Memang dari dulu lagi boleh dikatakan setiap kali Mimi keluar atau kalau ada event apa ke kan, Mimi mesti memakai contact lens dari Freshkon.


Mimi memang ada masalah rabun dan bukannya sesaja je suka nak pakai contact lens tau. Rasanya kalau tak rabun mungkin memang tak pakai lens kot. Hihi. Memula berjinak pakai lens pun ada sebab memang kena pakai, kalau tak sampai ke harini lah tak pakai kot.

Lens yang Mimi pakai ni jangka masanya selama sebulan. Tak lebih dan jangan pakai lebih dari sebulan tau. Ada jugak jangka masa selama 3 bulan. Korang kalau pakai lens tu jangan lupa tarikh luput bila, dari hari pertama pakai/bukak kotak lens sampai hari ke-30, itu kalau untuk sebulan. Tapi kalau untuk 3bulan korang kiralah 90 hari biasanya. Kalau pakai lebih dari tarikh luput tu, nanti boleh buat mata jadi gatal dan sebenarnya memang dah tak elok untuk mata. 

Antara warna pilihan Mimi ialah perky brown dan shimmering grey. Hehe. Mimi pun kalau pakai contact lens selalunya pilih dua warna ni je, lagipun warna lain macam tak sesuai je dengan Mimi. Pastu, untuk daily atau nampak lebih natural Mimi lebih gemar pakai warna brown atau grey. Dekat kotak tu pun dah ada expired date untuk lens tau. Means, korang dah bukak ke belum bukak ke kotak lens tu, kalau nak pakai jangan lebih dari tarikh tu. 




Haa, lagi satu antara sebab Mimi suka pakai kanta lekap dari freshkon ni, kerana bila korang beli 2 kotak lens korang akan dapat percuma 1 kotak. Mimi lupa dah harga untuk sekotak lens ni berapa, tapi untuk dua kotak cuma RM120 sahaja. Kat situ dah jimat dah untuk 1 kotak kan? Lagi murahkan? Hihi. Tapi tengok bajet jugaklah. Kekadang beli pair terus, kekadang beli sekotak-sekotak. Mana yang perlu lah. Gituuu. Gambar kat bawah ni tak silap Mimi pakai freshkon warna grey kot. Masih nampak natural kan walaupun dah pakai lens? Hihi.


So, tu jelah sedikit sebanyak perkongsian dari post kalini. Kita jumpa lagi di lain entri. Terima kasih sudi baca blog Mimi dan stay tuned for the next post? Okay?

Lotsa love,

Syamimi Rosnee. 




Come Back!

7/12/2017

Assalamualaikum dan hi :)

OMG! Dah bersarang rupanya Blog Syamimi Rosnee ni. Haha. Pecah rekod weh rupanya tahun ni takde update apa-apa langsung kat blog. Dah bulan Julai kot. Lebih setengah tahun tu. K k. Sementara tengah rajin nak berblog ni, kita update lah kan. Bukan taknak taip pape langsung kat blog. Cumanya takde masa mungkin. Yeke? Papepun, hey, korang mimi dah buat come back ni, meh laa say hi sikit! Hihi

Gambar bawah ni ialah simple outfit of the day untuk Hari Raya 2017 baru ni. Mimi ada upload dah kat ig. Korang yang follow jugak Mimi kat instagram tu jangan boring tau baca blog Mimi even upload gambar sama je. Haha.


Itu saja untuk entri kali ni. Stay tuned for my next entry yaa! P/s : Rasanya masih tak lambat lagi kan untuk Mimi ucap Selamat Hari Raya walaupun raya dah nak habis. Hihi

Lotsa love,

Mimi.