Food Review | Mint Kuantan.

12/30/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Apa kabo semua? Sihat ke?

Ok. Dah lama tak berbicara pasal makanan kan? So, entri kali ni mimi nak share dengan korang  salah satu restoran yang wajib korang pergi di Kuantan, Pahang. Hee :D

Kat mana?

Jeng jeng jeng.

Restoran yang mimi cakapkan ni ialah Mint Kuantan yang terletak di Balok, Kuantan. Mimi tahu pasal restoran ni pun dari emak mimi. Mana tah umi tahu kewujudan restoran ni. K, takpe.

So, haritu lepas je balik dari Kuantan, haritu tu bukan semalam ke seminggu lepas ooook, tapi sebulan dua yang lepas dah kot, hekhek, mimi pun terus cari kat mana restoran ni. Kalau waze tak sure lah jumpa ke tak, sebab haritu takde pakai waze pun, cari-cari jumpa. Yelah, lagipun balok tu bukannya besar mana kalau korang nak waze bagai. Haha

Cari punya cari, tak cari sangat pun kebetulan jumpa, Yang bestnya restoran ni berdekatan dengan pantai tau. Balok ni memang kaya dengan pantai pun. Tengok-tengok restoran ni pulak tepi pantai. Mimi pun apa lagi yeayyyy lah! Pantai tu dah memang feveret place kan.

Dikmokmok.

Mint Restaurant, Kuantan.
Haa, see! Memang tepi pantai pun. Restoran tepi pantai! Cantik pulak tu. Mauuu tak teruja. Waktu mimi pergi tu petang dalam pukul 5 centu kot. Sedihnya restoran ni baru nak bukak. Tapi masa sampai tu dah ada lah 2, 3 meja yang menunggu. Nak minum boleh je tapi kalau nak makan kena tunggu lah kejap. Sebab baru nak bukak kan.

Bincang dengan family. Nak gi ke tak, last-last dorang pun kata ok lah kita tunggu jelah sebab dah sampai kan. Family pun macam tak rushing nak balik. So, kami pun santai lah dulu kat situ minum-minum sambil nak tunggu order makanan tu.

Lawa kan?
Lawa kan view restoran ni siang hari? Mimi snap pic tak banyak. Ni pic ihsan dari instagram restoran ni. Ni memang kalau tempat nak lepak ke nak tenang fikiran ke memang sesuai sangat sebab tepi pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa. Gituuu!

Jom kita tengok apa menu yang ada kat sini?

The Menu.
Ok, sebenarnya mimi tak tahu pun apa menu special kat sini. Tapi tengok harga untuk setiap menu tu boleh tahan jugaklah.

Takpe, nak cuba kan. Kalau tak cuba taktahu. Ye dak?

Macam yang korang nampak main menu ada combo special set, ala-carte, desserts, local drinks dan sebagainya. Banyak pilihan kan? 

Ngehngeh. One of my feveret drinks, 3 Layer Tea. Sodap bak hang!
Haritu mimi minum air 3 Layer Tea. Kalau tanya mimi sedap ke tak? Memang mimi cakap sedap lah. Sebab feveret kan. Hahaha. 3 layer tea ni mimi minum kat mana-mana pun sedap. Setakat ni tak pernah jumpa lagi yang tak sedap. Cuma bezanya tahap kemanisan jelah samada manis sangat atau tak. Tapi kat sini terbaik! :D

Keropok Goreng memang tak pernah tinggal.
Keropok goreng memang boleh dikatakan menu wajib lah. Kat mana-mana kedai atau restoran kalau ada keropok goreng jarang tak order. Mesti nak order padahal stok keropok lekor kat rumah pun banyak. Yelah, orang ganu kanggg. Mana boleh tinggal kepok. Ork?

Lupa ayam masak apa. Tapi sedap! Angkat ibu jari. :D
Ni lupa ayam masak apa, sebab adik yang order. Tapi ternyata tak keciwa. Sebab sangat sedap. Sos dia sedap! Ada pulak mushroom, pastu pasta. Sedap! K, meleleh air liur ni haa. Ni kalau mimi makan sorang tak habis kot sebab banyak. Kecuali kalau memang bebetul lapar tu tak sure lah. Haha. K k. Malas nak cakap banyak. Pepaham sendiri lah.

Laksa Penang.
Ni pulak Laksa Penang. Mangkuk kemain besar dan banyak. Tapi sejujurnya laksa penang kat sini kureng sedap. Tak puas makan. Nasib bukan mimi yang order. Ngehngeh.

Kopi O'.
Kopi O' Panas. Tak lain dan tak bukak kalau bapaku yang order dan minum ni. Hee.

Ni tak rasa lagi. Gambar ihsan dari ig Mint Kuantan. Nampak sedap kan?
Haa, ni pun gambar ihsan dari instagram Mint Kuantan. Nampak tak ayam besar kat atas tu? Rasanya ni salah satu menu yang sedap kat sini kot. Sebab kalau tengok feedback yang diberikan mostly ramai yang makan ayam ni. Tapi haritu mimi tak try lah pulak. Rasanya ni untuk menu kalau makan ramai-ramai, macam satu family ke boleh share kan. Ayam seekor kot.

So tu jelah, menu yang mimi sempat rasa. So far okay lah not bad. Sedap pun sedap! Restoran pun bersih cantik. Layanan dari pekerja kat situ pun bagus.

Sambil tunggu makanan apa lagi selpie lah kejak. Uuuuu.
Sambil tunggu makanan apa lagi selpie lah kejak. Hahaha

Abaikan muka kepenatan tu.

Night View!
Night View! Mengadap pantai. Cantik kan?

Cantik sangat kan night view kat sini? :D

Rugi lah korang yang tak datang.

Kat restoran ni jugak ada menyediakan servis macam beach wedding atau event venue. Masa mimi pergi tu pun ada group buat event kat situ. Dengan meja-meja yang dah direservednya. So, mimi rasa servis kat sini memang terbaiklah. Hehehe

Instagram : @mintktn

Apa-apa pun mimi rasa sesiapa yang datang ke Kuantan, korang mesti cuba makan kat sini tauuu. Rugi kalau tak datang sini! Dan mimi rasa korang yang baca ni pun mesti dah tak sabar-sabar nak kesini kan. Hehe :P

Nak tahu lebih lanjut atau detail pasal restoran ni korang boleh lah ke instagram atau facebook Mint Restaurant.

Instagram : @mintktn

Facebook : Mint KTN

Lokasi : MINT(Sebelah De Rhu Beach Resort, berhadapan dengan pantai) Pusat Rekreasi Air Balok, Pantai Balok, 26100, Kuantan.