Tanda-Tanda Tubuh Kita Kurang Air.

Tanda-Tanda Tubuh Kita Kurang Air

* Kulit Kering




Kulit kita memerlukan air yang cukup supaya kelihatan berkilat dan licin. Kulit yang hidrasi ialah kulit yang kurang sihat. Sekiranya kita minum air secukupnya, kulit kita pasti akan menjadi lembut dan lembab. Walaupun kita dah sapu losyen atau krim tapi kita dapat perhatikan keadaan kulit yang masih kering sekiranya kita kekurangan air dalam badan.

*Pening Kepala




Sekiranya pening kepala kita berbeza daripada hari-hari biasa, ini menunjukkan yang kita kurang minum air. Sebagai contoh, perhatikan pergerakan kita. Pening akan bertambah teruk apabila kita membongkok atau bergerak dengan pantas. Ini tandanya yang tubuh anda dihidrasi dan memerlukan banyak air. Ingat! Kalau kita berpeluh dengan banyak pun, jangan lupa untuk minum banyak air juga.

*Lapar



Lapar selepas makan bermakna tubuh kita perlukan air. Tubuh kita memerlukan air yang lebih banyak daripada makanan! Makanya, selepas ni, jikalau anda berasa lapar, minum segelas air dan lihat perubahannya, okay?

*Mulut Kering



Air liur merupakan salah satu penyebab kita kurang air. Sekiranya mulut kita kering, ia boleh menyebabkan kecelaruan kekal mulut dan tekak. Mulut kering boleh jadi akibat ubat-ubatan tertentu ataupun kekurangan air. Jadi, biasakan diri untuk membawa bersama sebotol air supaya kita dapat minum air dengan lebih kerap.

*Pitam



Dalam banyak keadaan, tubuh kita akan kehilangan banyak cecair yang akan menyebkan rasa hendak pitam. Cecair dalam dalaman telinga kita juga boleh mengakibatkan rasa pitam, seiiring dengan dehidrasi. Sekiranya mengalami keadaan tersebut, kita hendaklah minum segelas air. Biasanya keadaan ini berlaku kepada atlit kerana terdedah pada terik matahari.


Kesimpulannya, jangan lupa minum air secukupnya. Kalau lebih takpa, jangan terkurang! Seseorang yang sihat akan pergi ke tandas sebanyak enam atau tujuh kali dalam sehari tetapi bergantung pada jumlah air yang diminum jugalah. Hehehe.

Sekian, tips untuk harini. Terima kasih sudi baca. Jangan lupa komen dibawah.

Sumber : Majalah

Comments

Popular Posts