Dari Mata Turun Ke Hati : Freshkon Colors Fusion

7/23/2017

Assalamualaikum dan hi :)

Dari mata turun ke hati. Cewah. Sweet tak Mimi? Hihi. Entri kalini Mimi nak share dengan korang mengenai kanta lekap atau lebih dikenali sebagai 'contact lens'. Salah satu kanta lekap yang Mimi suka dan selalu pakai ialah contact lens dari Freshkon. Memang dari dulu lagi boleh dikatakan setiap kali Mimi keluar atau kalau ada event apa ke kan, Mimi mesti memakai contact lens dari Freshkon.


Mimi memang ada masalah rabun dan bukannya sesaja je suka nak pakai contact lens tau. Rasanya kalau tak rabun mungkin memang tak pakai lens kot. Hihi. Memula berjinak pakai lens pun ada sebab memang kena pakai, kalau tak sampai ke harini lah tak pakai kot.

Lens yang Mimi pakai ni jangka masanya selama sebulan. Tak lebih dan jangan pakai lebih dari sebulan tau. Ada jugak jangka masa selama 3 bulan. Korang kalau pakai lens tu jangan lupa tarikh luput bila, dari hari pertama pakai/bukak kotak lens sampai hari ke-30, itu kalau untuk sebulan. Tapi kalau untuk 3bulan korang kiralah 90 hari biasanya. Kalau pakai lebih dari tarikh luput tu, nanti boleh buat mata jadi gatal dan sebenarnya memang dah tak elok untuk mata. 

Antara warna pilihan Mimi ialah perky brown dan shimmering grey. Hehe. Mimi pun kalau pakai contact lens selalunya pilih dua warna ni je, lagipun warna lain macam tak sesuai je dengan Mimi. Pastu, untuk daily atau nampak lebih natural Mimi lebih gemar pakai warna brown atau grey. Dekat kotak tu pun dah ada expired date untuk lens tau. Means, korang dah bukak ke belum bukak ke kotak lens tu, kalau nak pakai jangan lebih dari tarikh tu. 




Haa, lagi satu antara sebab Mimi suka pakai kanta lekap dari freshkon ni, kerana bila korang beli 2 kotak lens korang akan dapat percuma 1 kotak. Mimi lupa dah harga untuk sekotak lens ni berapa, tapi untuk dua kotak cuma RM120 sahaja. Kat situ dah jimat dah untuk 1 kotak kan? Lagi murahkan? Hihi. Tapi tengok bajet jugaklah. Kekadang beli pair terus, kekadang beli sekotak-sekotak. Mana yang perlu lah. Gituuu. Gambar kat bawah ni tak silap Mimi pakai freshkon warna grey kot. Masih nampak natural kan walaupun dah pakai lens? Hihi.


So, tu jelah sedikit sebanyak perkongsian dari post kalini. Kita jumpa lagi di lain entri. Terima kasih sudi baca blog Mimi dan stay tuned for the next post? Okay?

Lotsa love,

Syamimi Rosnee. 




You Might Also Like

0 comments