S7even Studio, Shah Alam.

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan!

Sambungan kepada entri-entri sebelum ni. Korang dah baca ke belum previous post Mimi? Kalau dah baca thanks tau, kalau belum baca, jom baca sekarang. Rugi kalau tak baca. Haha.

Klik sini untuk entri sebelum.

Okay, entri kali ni Mimi nak cerita sikit pengalaman semasa di S7even Studio. Kita kasi review sikit pasal S7even Studio ye. Sejujurnya ni ialah kali pertama Mimi diberi peluang untuk berphotoshoot khas dengan salah sebuah studio yang boleh dikatakan agak terkenal jugaklah dikalangan ramai.

Orang-orang Shah Alam mesti kenal kan dengan studio ni. Untuk pengetahuan korang, S7even Studio ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Mostly, banyak owner butik terkenal, retis-retis macam Hafiz Roshdi, Yuna, Hafiz Shuib dan juga model-model terkenal dah berphotoshoot kat sini tau. Haa, kira studio ni memang bukan calang-calang studio lah. Studio yang boleh dikatakan hebat jugaklah kan.


Emm, pertama kali masuk S7even Studio, "first impression" Mimi mengenai studio ni ialah "Wahhhh, besar jugak S7even Studio ni. Boleh lari-lari boleh main nyorok-nyorok lagi kat dalam ni." Hikhik. Tulah first impression Mimi pasal studio ni. Memang selesa sangat. Sebab besar sangattt.

Nah, belanja gambar dalam studio.




Serius memang selesa! See, adik Mimi sendiri pun boleh main game dengan khusuknya kat sini. Belanja gambar adik satu. Kalau bising memang sure-sure dah lah dia pun serabut. Cemana nak menang game nanti.

Ni Mimi ambik gambar dia memang spontan, adik pun tak perasan Mimi ambik gambo dia. Khusyuk beno. Hahah


Mengenai harga photoshoot, harga untuk servis photoshoot compcard pulak korang boleh dapat serendah RM200 manakala untuk servis mekap pula serendah RM100 sahaja. Haa, murah kan?

Tapi kalau nak tahu lagi details pasal studio ni korang boleh contact S7even Studio terus tau. So, mana yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia modelling boleh lah buat compcard kat sini. Hehe


Selain dari studio untuk berphotoshoot, S7even Studio juga memberikan servis sewa studio untuk client yang nak buat kelas grooming ke kelas catwalk ke macam gambar kat bawah. Semua boleh. Hihi


Gambar bawah ni pula ialah crew-crew S7even Studio. Director S7ven Studio ni ialah uncle henseng yang pakai topi tu haa. Nama beliau ialah Sha'Ari Wismo atau lebih dikenali sebagai Abg Ari.

Crew-Crew S7ven Studio :)
Belakang dari kiri ialah akak yang pakai shawl kelabu yang cantik manis tu ialah Kak Farahana Suhaimi, Nish Hamzah, Arif Musa, Syed Nasri Jamalullail, Kaha Lensa Karat, akak cantik dan gojes yang pakai shawl purple tu pula ialah Kak Za Afiza, dan yang terakhir akak yang pakai shawl maroon ialah Kak Siti Marwiah yang juga merupakan owner Samalilit Boutique.

Haa, shawl yang Mimi pakai yang sangat cantik ni ialah dari Samalilit Boutique lah. Hehe :)

Manakala jubah yang sangat awesome ni pula ialah dari Allurelady Boutique, sangat selesa jubah ni tau. 


Alhamdulillah dan sekali lagi terima kasih sesangat kat crew-crew S7even Studio sebab sudi jemput Mimi untuk berphotoshoot khas bersama Pemenang-Pemenang Pencarian Gadis Anggun dan Jejaka Maskulin. Photoshoot Khas, okay? Photoshoot kalini memang semua telah disponsor oleh S7even Studio.

Yang penting semua gambar-gambar dari S7even Studio ni memang cantik dan sangat tiptop tau! Crew-crew pun semuanya baik dan ramah belaka. Angkat ibu jari sikit. Eh.

Last but not least, dah nak dedekat raya ni korang yang stay area Shah Alam, yang berdekatan takpun yang nak shoot gambar raya boleh lah korang gi S7even Studio. Shoot gambar raya haa! Konpem puas hati! Senyum pun sampai ke telinga tau.

Sebarang maklumat lanjut mengenai S7even Studio, korang boleh lah ke,

Instagram
 https://www.instagram.com/s7even.studio/?hl=en
S7even Studio
Facebook
S7even Studio

Contact
0193113978/0193342215

Email
s7even.studio@gmail.com

Website
www.s7evenstudio.com.my

Alamat
S7EVEN.STUDIO, No.21a, Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.




Comments

Cik Ash said…
tahniah mimi

Popular Posts