Salam Ramadhan 1437 Hijrah.

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan 2016.
Uish, harini mimi baru dapat pegang laptop dan menghadap blog yang tak seberapa ni. Haa, maklumlah setelah lama bercuti. Bercuti ke? Harini baru dapat usha blog. Baru rasa ada semangat nak tulis blog. Semoga sempena bulan ramadhan yang mulia ni, seorang mimi semakin rajin dan tabahlah untuk menghadapi segala liku-liku hidup ye. Papepun, rasanya masih tak terlambat juga untuk mimi mengucapkan Salam Ramadhan 1437H dan Selamat Berpuasa untuk semua kan. Semoga tahun ini kita dapat berpuasa penuhlah hendaknya kecuali atas sebab yang memang tak dapat dielakkan dan jangan lupa juga untuk memperbanyakkan ibadat di bulan ramadhan ni tau. Semoga segala amal ibadat kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Apa-apa pun selamat menyambut ramadhan semua!

P/s : Berhenti sebelum kenyang. Okay?



Comments

Popular Posts