SR Palazzo By Syamim Rahim Yang Menarik Hati Mimi!

Assalamualaikum dan hi :)

Salam Ramadhan!

SR Palazzo By Syamim Rahim Yang Menarik Hati Mimi.

Ye! Untuk pengetahuan korang semua Mimi merupakan salah seorang penggemar seluar yang dipanggil 'palazo'. Mimi suka pakai palazo sebab seluarnya jenis longgar. Senang nak berjalan. Tambah lagi bila pakai palazo kita akan nampak lebih elegan.

Korang ada penggemar palazo tak? Siapa yang sama macam Mimi? Peminat palazo? Sep sikit. Heheh

Okay, jadi entri kali ni Mimi nak share dengan korang salah satu koleksi palazo yang menarik hati Mimi iaitu SR Palazo By Syamim Rahim.

Menariknya mengenai palazzo ni ialah bila korang pakai tengok dari depan korang akan ingat si pemakai ni pakai skirt. Haa, sebabnya palazzo ni bahagian depannya ada skirt manakala bahagian belakangnya yang seluar palazzo tu. Haha, unik kan? Kata palazo tapi pakai skirt. Yelah, palazzo ni gabungan seluar palazzo dan juga skirt.

SR Palazo By Syamim Rahim
Nampak kelainan kat situ kan?

Material untuk palazzo ni ialah palazo crepe manakala bahagian depan pula ialah skirt chiffon. Serius cantik! Boleh pakai untuk hari raya nanti. Hiks

Palazzo ni mempunyai dua saiz tau iaitu FREE SIZE dan PLUS SIZE! Saiz yang sesuai dipakai untuk si pemakai yang free saiz ialah yang pakai S hingga XL manakala untuk yang plus saiz pula yang pakai XXL hingga XXXL.  Haa, so korang jangan gaduh-gaduh. InshaAllah, semua orang boleh pakai. Yelah, memasing semua nak cantik masa raya kan?

Skirt + Palazzo! Cantik kan?
Koleksi palazzo ni mempunyai 5 pilihan warna menarik tau! Nak tahu warna apa? Korang kena pi terjah sendiri SR Palazzo By Syamim Rahim, okay?

Close Up SR Palazo By Syamim Rahim
Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal palazzo ni dan nak pakai palazzo cantik masa raya, jom ke SR Palazzo By Syamim Rahim, Mesti korang tak menyesal punyalah! 

Facebook : SR Palazzo By Syamim Rahim (KLIK SINI) dan Instagram : SR Palazzo By Syamim Rahim (KLIK SINI).

Comments

Popular Posts