Kekalkan Kelembapan Dan Keserian Muka Dengan Safi Moisturizer.

8/11/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Since ramai yang tanya mimi, mimi pakai produk apa pada muka ni. Jadi, kali ni mimi nak share lah dengan korang semua salah satu produk muka yang menjadi pilihan hati mimi untuk muka mimi ni. Sejujurnya mimi adalah pengguna setia Safi Moisturizer atau Pelembab Muka. Sudah hampir setahun jugaklah mimi jadi pengguna safi ni. Produk ni memang sesuai sangat dengan kulit muka mimi memandangkan muka mimi jenis yang oily dan kering (combination skin).

Safi Pelembab Muka.
Pada mulanya mimi pakai, dia tak bagi effect sangat. Tapi lepas mimi pakai secara constant selama sebulan lebih centu barulah mimi dapat rasa yang kulit mimi makin lembut. So, mimi pun teruskan pakai sehinggalah jadi pengguna setia sampai sekarang. Memang rasa beruntung sangat lah sebab kulit mimi sesuai dengan moisturizer ni. Tambah pula, harga untuk safi pelembab muka ni sangat berpatutan dan langsung tak mahal pun. Murah je dan sangat berbaloi kalau kita pakai dengan harga RM6.++ centu. Mimi dah lupa harganya berapa. Padahal baru je beli untuk stok baru ni beberapa hari lepas. Untuk pengetahuan semua, yang latest mimi beli safi ni dia punya packaging dah yang baru tau. Cantik sangat packaging yang baru ni. Simple je. Memang menarik sangat perhatian pembeli untuk membeli. Lebih-lebih lagi bagi orang macam mimi ni.

Safi Pokok Lidah Buaya Dan Habbatus Sauda.
Krim Pelembab Safi Berwarna Putih.
Krim pelembab safi ni pulak berwarna putih dan sangat lembut. Baunya pun sangat wangi. Mimi memang suka! Dengan berat sebanyak 80g. Mimi pakai moisturizer ni biasanya boleh tahan selama 2 bulan bergantung kepada kuantiti sapu kat muka. Jimat kan? Kalau beli moisturizer brand lain yang mahal tapi tak berbaloi tak guna juga kan. So, baik kita apply yang harga berpatutan tapi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit muka kita ni. Betol tak? So, untuk korang yang nak pakai atau tengah tercari-cari moisturizer yang terbaik, mimi sangat sarankan korang semua cuba pakai krim pelembab safi ni. Yang pastinya dijamin halal, selamat dan suci. Ok?

Sentiasa Menjadi Moisturizer Favourite Mimi!
SAFI Pelembab Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda.

Diformulasikan dengan gabungan semula jadi Sari Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) dan Habbatus Sauda untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit dengan lebih berkesan. Sari Pokok Lidah Buaya membekalkan vitamin dan mineral manakala Habbatus Sauda mengandungi nutrien dan bahan antibakteria semula jadi. Hasilnya, kulit lebih sihat, lembut dan berseri. Sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Menghalus dan menyegarkan kulit
  • Mengembalikan kelembapan semula jadi kulit
  • Melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria
Cara Penggunaan : Gunakan setiap pagi dan malam selepas menggunakan pembersih muka dan penyegar.


Tadaaaaa. Pengguna Moisturizer Safi Yang Tegar.
So, tadaaaa! Ni lah resultnya lepas hampir setahun menjadi pengguna setia safi moisturizer.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut korang bolehlah melayari laman web Safi iaitu, Safi.Com.


You Might Also Like

6 comments