Hermo Malaysia!

Assalamualaikum dan hi :)

Korang pernah dengar tak Hermo Malaysia? Rasanya dah ramai kot yang kenal Hermo ni dan tidak juga ada yang masih belum kenal kan. Okay takpa.

Kali ni Mimi nak share dengan korang apa tu Hermo Malaysia. Untuk pengetahuan, Hermo Malaysia ialah salah satu website kecantikan dan online shopping yang menjual pelbagai produk-produk skincare, mekap dan macam-macam lagi lah. Kebanyakan produk-produk Hermo yang Mimi tahu adalah datangnya dari Korea. Haa, best kan? Korang yang nak shopping produk kecantikan Korea dah takpayah nak gi jejauh ke Korea dah, korang boleh terus pi website ni je.

Pelbagai produk skincare, mekap dan kecantikan yang ada dalam website ni boleh buat kita rambang mata tau. Sampai taktau nak pilih yang mana satu. Lebih-lebih lagi untuk orang macam Mimi ni. Huargggh.

Okay. Sambung lagi.

So, ni adalah kali pertama Mimi shopping dekat Hermo Malaysia. Mimi sangat tertarik dengan website ni tau. Kenapa tah. Hahaha. Maybe sebab Mimi beauty addict kot. Kahkah. Jadi, jom kita tengok barang apa yang dah jadi pilihan Mimi masa usha-usha website ni. Bagi yang dah follow instagram Mimi memang korang dah tau lah kan Mimi beli apa kat Hermo. Hahaha. Bagi yang belum follow jommmms kita tengok ye.

Hermo Malaysia
Tadaaaaaaaaa! 

Barang yang Mimi udah grab dekat website Hermo Malaysia!


Barang yang menjadi pilihan Mimi ialah Cc Cream dari Lakme dan juga Lipgloss dari Silky Girl! Kalau korang perhati kan kotak Hermo tu, korang akan nampak moto dari Hermo iaitu "Turnin' Beauty In A Click' haa sesuai sangatlah untuk orang macam Mimi kan. Click click je boleh beli, boleh cantik sekelip mata dengan mudah tanpa perlu pergi ke store yang jauh-jauh tu kan? :D

So, tu jelahhhh untuk entri kali ni yea. Ada masa nanti Mimi cerita lebih details pasal produk-produk ni tau. 

Untuk lebih lanjut mengenai Hermo Malaysia, korang boleh lah pergi ke details seperti berikut iaitu,

Website : Hermo Malaysia
Instagram : Hermo Malaysia
Facebook : Hermo Malaysia


Stay tuned untuk entri seterusnya okeh. Terima kasih sudi baca dan jangan lupa komen di ruangan entri dibawah. Babai! :*


Comments

Popular Posts