Karnival Karangkraf 2016, #protectyourself! (PART 1)
Assalamualaikum dan Hi :)
Baru-baru ni mimi telah dijemput oleh Majalah Dara untuk menyertai Ikon Daralista bagi memeriahkan lagi #protectyourself Majalah Dara.Com pada 27 Februari 2016 sewaktu Karnival Karangkraf. Sejujurnya ni baru pertama kali mimi attend event yang dibuat oleh Karangkraf.
Teruja? Yep. Teruja jugak. Tapi dalam masa yang sama nerves kot. Huh.
#protectyourself Majalah Dara.Com |
Sampai je kat Karangkraf tengok dah berderu orang kat karnival. Terkezut mimi. Lagi lah bertambah gementar.
Majlis bermula dengan Pertunjukkan Silat. Tapi tak ambik pulak gambar silatnya. Erk. Kemudian, selepas pertunjukkan silat tu kami ikon daralista diminta berdiri beramai-ramai dengan memegang #hashtag. Alamak, yang kelakarnya mimi tak ingat mimi pegang #hashtag apa dah. Haha
Ok, cuba cari mana satu mimi kat gambar bawah ni? Haa, kalau siapa jumpa dia memang pandai. K.
Tema untuk majlis ni ialah warna pink dan biru. Jadi, jenuh jugak lah mimi nak cari baju yang kena dengan tema. Nasib baik jumpa jugak. Hee
Ada diantara kami semua memegang hashtag #TakeCareOfYourself, #MahalKita, #Protectyourself, dan #KeranaDirimuBegituBerharga. Haa, sangat mendalam kan makna hashtag yang diberikan. Kemudian, beberapa orang ikon daralista juga telah diinterview juruacara majlis mengenai hashtag yang telah diberikan. Nasib baik mimi terselamat dan tak ditanya. Kalau tak jenuh jugak lah nak menjawabnya.
Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Kak Reen, selaku Editor dari Majalah Dara. Haa, kat bawah ni ialah Kak Reen yang merasmikan majlis.
Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Kak Reen, selaku Editor dari Majalah Dara. Haa, kat bawah ni ialah Kak Reen yang merasmikan majlis.
Comments