Anti Meludah.

7/01/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Sejujurnya mimi ni anti sangat dengan orang yang meludah merata-rata tempat. Lebih-lebih lagi yang pesen meludah sesuka hati je kat tempat awam atau tempat terbuka. Tadi nak dijadikan cerita, mimi keluar ke bandar kejap, pastu berhenti laa sebab traffic light, yang mimi geramnya bukanlah geram ekceli tapi geli bila tengok orang meludah sesuka hati je. 

Ada seorang pakcik ni sambil-sambil tunggu traffic light tu laa, dia bukak cermin tingkap, tengah bercakap-cakap dengan kawan dia. Kemudian, dia ludah je kat tepi tingkap tu. Haiyak. Kebetulan pulak waktu tu mimi terpandang pakcik tu. Fuhhh. Dah laa bulan puasa ni, nak termuntah rasanya. Eeeei, tolonglah jangan meludah depan mimi. Kalau ye pun nak meludah cover-cover laa sikit. Lagi satu orang yang meludah sembarangan ni, bagi mimi diorang nampak macam kurang ajaq sikit laa. Tak sopan orang kata.

So, jangan meludah depan mimi ye.


You Might Also Like

0 comments