Lagu Raya Sudah Berkumandang Di Radio.

Assalamualaikum Dan Hi :)

Alhamdulillah. Harini kita dah berpuasa hari yang ke-15. Syukur sangat. Dah sampai ke pertengahan ramadhan. Betul tak? Dan makin lama mood raya tuu semakin membuak-buak lah. Hihi

So, harini lagu raya dah start berkumandang kat radio tau! Jom laa kita sesama bukak radio, dengar lagu raya. Makin tak sabar nak rayaaaaa. Harini sepanjang hari bukak tv, pasang radio je semata-mata nak dengar lagu raya. Haha. Siapa tak excited. Banyak lagu raya pulak dapat dengar, ada yang sedap ada yang tak sedap. Yang tak sedap tu mesti laa lagu raya yang baru-baru. Lagu raya yang lelama zaman kekecik dulu jugalah yang sedap dan tetap menjadi pilihan hati mimi. 

Aih. Sambil menulis ni dah membayangkan time raya nanti, makan rendang, lemang, kuih-muih, tart nenas, almond london, semperit dan semua-semua laa. Ahh. tak sabarnya. Yang penting nak balik kampung! Rindunya family kat kampung. :D

 Emm, dah laa setakat ni tak pernah lagi berpuasa kat kampung. Harap-harap dapat laa berpuasa kat kampung. Apa-apa pun mood raya is on! Padahal raya belum lagi. Kahkah

K k. Terlalu banyak untuk diceritakan kat sini. Hehe. Sebagai penutup entri ni, mimi share sikit gambar raya tahun lepas kat kampung di Kelantan. Sabar lah wahai diri dah tak lama dah nak raya. Hikhik

Raya tahun lepas 2014, dengan adik dan cousin.
Jangan terkejut kalau tahun ni pun mimi pakai baju raya yang sama je macam gambar kat atas sebab baju ni pernah pakai dua kali je kot. Pakai time raya je. Pastu, tak pakai dah. Tapi muat lagi ke tah nak pakai. Maklumlah semua dah berubah. Haha. Cuma cinta hati je tak berubah. Ahaks :D

Untuk korang yang berada di perantauan tu sabar jelah ye kalau dengar lagu raya kat radio time balik kerja ke balik kelas ke sabar jelah ye.

Mimi harap semoga semua orang dapat cuti dan beraya di kampung halaman memasing. Ok! Lebih-lebih untuk papa mimi, kalau papa tak dapat cuti raya tak dapat beraya kat kampung laa kami.

Bye! XOXO



Comments

Nok ucap selamat hari raye ke selamat berpuase ke guane ni mi? Lepas baca entry ni rasa macam nok raye dohdoh je. Hehehe...

Popular Posts