Sky Park, One City.

8/25/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Yeayy! Akhirnya, mimi dapat juga datang ke Sky Park, One City yang bertempat di Subang. Bukan senang seorang mimi nak ke Subang ni. Kalau takde hal ke event ke apa ke, memang tak lah nak kesana. Minggu lepas, mimi dan keluarga ada wedding kat sana di The Place, One City. So, dikesempatan itu kami pun pergi lah ke Sky Park ni. Nampak tak, dengan ayunya mimi berjalan kat atas sky walk tu. Siap berjubah lagi. Yelah, pergi wedding kan. Hihi

Sky Park, One City.
Waktu mimi datang sini masa tu tengah hari, cuaca tengah panas kot. Sejujurnya, masa mimi pergi tu tak kena masa. So, tak dapat sangat lah nak menghayati sangat keindahan Sky Park ni. Panas tapi nak jugak datang sini. Haha. Yelah, bukan senang nak sampai sini kan. Nak kata setahun sekali pun belum tentu dapat datang.

Sky Walk.
Haa, nampak tak Sky Walk tu? Korang patut cuba lah datang sini best kot. Tapi jangan lah datang waktu tengah hari pulak. Memang berpanas lah engko kat situ. Kalau nak datang, datang lah pepagi ke takpun petang-petang sikit, agak-agak matahari dah nak terbenam ataupun malam. Mesti best. Kalau memalam lagi fefeeling kan. Jangan datang time hujan dah, nanti berkuch-kuch hota hai lah korang kat situ. Hihi



Time ni orang pun tak ramai sangat. Yelah, tengah hari kan. Siapa nak datang tengah hari. Tapi okay lah bila orang tak ramai boleh lah kita konker tempat tu kan. Haha.


The Highway.
Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil masa kat atas tu. Sorry gambar tak cantik sangat. Mimi memang kalah bab-bab ambil gambar ni. Haa, dari atas ni juga boleh laa nampak highway kat situ, nampak lah kan kereta sedang lalu lintas. Dah duk kat tempat tinggi memang lah semua nampak kan. Hahaha
Boleh lah shopping kat sini.
Ni kat dalam mall One City. Sebelum naik atas tu memang sini lah tempat yang kena jejak dulu. So far cantik juga lah dalam ni kan? Rasanya tempat ni masih lagi baru. So, banyak tak banyaklah kedai yang bukak.

My photographer a.k.a Lil Brother. 
Last but not least, nah amik mimi belanja gambo ngan my photographer a.k.a my lil brother. So, take care guys! Hope korang enjoy baca dan jangan lupa tinggalkan komen ok.

Lot of love,
Syamimi Rosnee.

You Might Also Like

5 comments