My Favourite Lipstick!

8/20/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Entri kali ni mimi nak share dengan korang semua pasal my favourite lipstick

My Feveret Lipstick.
Setiap hari sebelum mimi keluar rumah atau keluar kemana-mana, mimi mesti guna dua benda ni iaitu lip ice mentholatum dan kissproof soft lipstick. Rasa macam tak lengkap je kalau 'dua benda' ni tak pakai. Hehe. Bukan apa tujuan mimi pakai lipice ni sebab bibir mimi ni jenis yang kering. So, kenalah pakai lip ice kan. Kalau tak pakai memang terserlah sangatlah bibir kering tu kan. Bukan mimi je tapi korang pun kalau jenis yang bibir kering memang mimi sarankan lah korang pakai lipice ni. Kalau tak memang nampak sangat lah bibir keringnya tu.

 Lip ice yang mimi pakai ialah lip ice sheer colour. Lip ice ni ada 3 jenis kesemuanya iaitu shimmer, strawberry dan fragrance free. Yang mimi pakai tu lupa dah lip ice yang mana. Tapi lebih kurang sama je. Hehe. Cuma effect warna dia je lah lain sikit kot.

Kemudian, lepas mimi pakai lip ice, untuk menampakkan bibir lebih menarik tapi yang ni tak selalu lah ni kadang-kadang je bila ada event ke, senang cerita bila ada hari-hari penting lah kan, mimi mesti pakai kissproof soft lipstick. Ok, ramai yang cakap kissproof soft lipstick ni bibir jadi kering bila kita pakai. Tapi korang kena pandai lah guna. Tips mimi bagi semua pengguna kissproof soft lipstick kalau nak nampak kesan yang lebih cantik menawan gituuu, korang perlu lah memakai lip ice atau pelembab bibir dulu sebelum pakai kissproof tu. Bagi bibir korang tu lembab dulu. Pastu baru lah korang teruskan memakai kissproof soft lipstick tu. Dan akhirnya, kesannya memang memuaskan.



So, tu jelah yang mimi nak share, hope korang enjoy baca dan jangan lupa komen ok.

Terima kasih. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lip ice mentholatum korang bolehlah layari, http://www.lipice.com.my/.

dan

Kissproof Soft Lipstick, boleh lah klik my igshop,  Qesyamin.




You Might Also Like

1 comments