Tak Pernah Habis Makan Ramen Samyang.

8/09/2016

Assalamualaikum dan hi :)

Korang dah cuba ke belum ramen samyang ni? Kalau yang dah tu, apa komen korang semua?
Bagi Mimi maggi ni boleh tahan sedaplah. Kalau sekali makan mesti dah kenyang dan puas hati. Cuma yang paling tak bestnyaaaa, dia punya flavor maggi tu, aduhaiii, why so spicy haa? Pedas amat. Seriusssss! Tu yang jadi cepat kenyang tu, sebab banyak sangat minum air untuk hilangkan pedas tu. Hahah

Ramen Samyang
Kemudian, kann sekarang ni tengah trend "ramen challenge" apa bagai tu. Hah, pastu kalau korang nak ajak Mimi join benda tu memang takyah lah. Awal-awal dah ngalah, sebab pedas sangat. Huargggh!
I is cannot tahan lah. Makan sikit minum air. Pedas ngat aih! Rasa lagi banyak minum air dari makannya kot.

Okay, nak kata sedap tu memang tak dinafikanlah sedap. Perghhh! Taip ni pun dah buat Mimi terliur nak makan lagi. Cuma pedas jelah tak boleh tahan. Haha. Dah berapa kali makan ramen ni kan, tapi Mimi tak pernah pun habiskan! Hahahaha. Nak buat cemana, belum sampai separuh dah teguk air sebotol. Kahkah.

Tu yang memang taklah kalau diajak challenge. Boleh berasap kepala telinga tau. 

Fuhhh.
Tak tahan tak tahan pun, last last kalau lapar cari ni juga. Haha. Ni Mimi makan ramen yang dalam cup. Yang dalam cup rasanya kurang pedas sikit sebabnya dekat cup tu pun ada tulis school zone. Rasanya school zone tu untuk orang yang tak tahan pedas macam Mimi kot. Hehe

Nakkkk lagi!

Haa, tengok gambar bawah ni ada tulis school zone tu! So, kalau korang yang taktahan pedas tapi nak makan atau cuba ramen ni, try dulu makan yang dalam cup tauu. Kalau rasa tak cukup pedas baru korang try yang dalam paket tu.

School Zone
Lagi satu, masa nak beli ramen samyang ni pastikan ada logo halal tau. Kang tak jadi pulak nak makan. Membazir je. Dan untuk korang yang baru pertama kali nak makan tu, better cuba kongsi makan dulu dua orang ke, takut nanti tak habis pulak.

Tips Kurangkan Pedas Flavor Ramen.

 Ada yang bagitau Mimi, kalau nak kurang pedas cuba korang letak atau campur cheese dalam maggi tu. Tak tahu dia punya kurang pedas tu tahap mana. Mimi tak pernah cuba lagi. Tapi kalau korang rasa nak kurangkan pedas, cuba cara ni. Menjadi ke tak? Kalau menjadi bagitauuu Mimi, okeh? :)

Terima kasih sudi baca, jangan lupa follow dan komen pada blog Mimi ye. Babai! 


You Might Also Like

0 comments