Cara Mengurangkan Sakit Kepala.

Assalamualaikum dan Hi :)

Fuhh dah lama tak update blog. Emm, ekceli bukan tak sempat nak update tapi dua tiga hari ni saya tak berapa sihat. Asyik sakit kepala. Mungkin sebab banyak benda sangat yang difikirkan dalam kepala. Sampai kekadang rasa macam nak pecah je kepala. Tsk tsk tambah pulak dengan cuaca yang panas sekarang ni kan. Lagi lah buat kita cepat sakit kepala.

Bagi sesetengah orang mereka akan menelan panadol untuk mengurangkan sakit kepala. Dan ada juga yang liat nak telan pil atau panadol kan. So, here's a few tips for you guys to reduce your sakit kepala without telan pil atau panadol. :)

Air Masak.

1. Minum air putih dengan secukupnya. Berkemungkinan kita kekurangan air akibat cuaca panas. Jadi, kita perlulah minum air dengan secukupnya untuk memastikan badan kita terasa segar dan sakit kepala hilang sedikit demi sedikit.

Dengar Lagu.
2. Tenangkan fikiran untuk seketika. Mungkin kita boleh lupakan seketika masalah yang dialami dengan mendengar lagu-lagu yang sentimental ataupun kita juga boleh pejamkan mata dan rehatkan minda.

Tidur.

3. Tidur dengan secukupnya. Pastikan kita tidur dengan secukupnya iaitu selama 7 jam sehingga 9 jam. Apabila tidur tidak cukup diwaktu malam keesokkannya badan akan merasa cepat letih dan secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan darah. Tu yang buat kita bertambah sakit kepala.

Jadi, itulah serba sedikit info dan tips-tips saya dapat kasi dah share kat dorang. Hasil dari sumber pak google jugak. Tapi tak salahkan kalau kita share dengan korang semua. And kalau korang rasa tips tu berguna untuk korang, boleh lah korang mengaplikasikannya kat diri korang kan. Hehe

Okay lah, itu sahaja. Jumpa lagi di next entri dan take care, guys! :)



Comments

Popular Posts