Habiskan Masa Dengan Monopoly Deal Card Game.

2/28/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

Korang buat apa je weekend ni? Bercuti? Shopping? Lepak dengan kengkawan? Duk rumah? Emm, kalau yang dapat pergi bercuti tu syok lah kan. Tapi kalau yang stay kat rumah je. Memang lifeless sangat lah kan. Bagi korang yang duk rumah je tak buat apa-apa tu, saya sarankan korang cuba main kad ni! Hehehe pernah dengar atau main tak "Monopoly Deal Card Game"? Haa, kalau tak pernah tahu, cuba tengok gambar bawah. Itulah card game tuu.

Monopoly Deal Card Game.
So, nak habaq sikit, monopoly deal card game ni sama je macam game monopoly tuu. Tapi yang tuu ada duit pastu, kena baling dadu kira-kira macam saidina. Tapi yang kad ni kita tak payah pakai dadu. Cara nak main dia just ikut turn je. Tak payah pakai board cuma pakai kad je. Pastu tak rumit sangat macam monopoly yang biasa tuu kan.

Ni lah Monopoly Deal Card Game tuu. Ada rent, pass go, money dan sly deal card.
Ni salah satu kad dari monopoly deal card game. Unik kan? Kad ni boleh dimainkan antara 2 hingga 5 orang. Kalau nak best and challenge sikit, main lah 5 orang. Baru korang rasa stressnya. Hehe nampak macam senang kan? Tapi nak main kena pakai otak gak lah. Kalau tak konpem kalah. Hahaha

Siapa nak lawan saya? Hehe
Harga kad ni pun tak mahal cuma RM 19. ++. Lupa dah harga tepat dia berapa. Tapi seronok sangat main game ni tau. Sure boleh hilang segala bosan korang tu. So, apa tunggu lagi pergilah kat pasaraya terdekat atau mana-mana kedai yang jual mainan tu, beli kad ni. Main lah sampai korang puas hati kay :)

You Might Also Like

2 comments