Street Art, Kampung Cina, Terengganu.

2/08/2015

Assalamualaikum dan hi !

Entri saya harini ialah saya nak throwback masa saya ke Kampung Cina dulu. Korang tahu tak kat mana Kampung Cina ni? Tak eh? Okay, ceritanya Kampung Cina ni kat Kuala Terengganu. Ianya berdekatan dengan Pasar Payang. Kalau korang datang ke Terengganu, Kampung Cina is one of the places that korang wajib pergi. Sebabnya Kampung Cina ni sangat cantik dan mempunyai pelbagai street art yang menarik. For your information, Kampung Cina ni dah jadi salah satu tarikan pelancong yang datang ke Terengganu. Kalau korang tak pergi memang rugi sangat lah. Hehe

Saya ke sana dengan family time tu nak balik kampung. So, sempat singgah pun kejap je lah, tak lama. Tapi okay lah dapat jugak kesana kan. Happy sangat! Sebenarnya bila-bila pun boleh pergi sebab kalau balik kampung saya mesti lalu jalan tu jugak. Tapi disebabkan oleh kekangan masa, nak cepat ke kampung bukan selalu dapat pergi kan. Emm, okay then. Kalau korang nak tahu Kampung Cina ni terkenal dengan lorong seni. Macam-macam seni yang ada. Kalau nak tahu korang try lah pergi ke sana. Okay? :D

Pondok Telefon Merah


Rumah Kayu


Rumah kayu lagi.
Eh eh, jual mahal taknak pandang camera.

Lorong Payung

Promote sikit. Shawl tu from Qesyamin. 

So, itu adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang dapat saya kongsi dengan korang semasa saya ke Kampung China atau lebih juga dikenali sebagai China Town. Sebenarnya ada lagi lorong dan tempat yang menarik kat sini tapi saya tak sempat nak bergambar. Yelah, nak cepat kan. Tapi takpe kalau saya ke sana lagi nanti saya share gambar dengan korang lagi.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi di next entri.

Bye.


You Might Also Like

0 comments