Review | Bengkoang Whitening. Apa tu?

3/19/2015


Bengkoang Whitening.

Semalam adik nak beli kismis. So pergi lah kat kedai jamu. Pastu beli-beli kismis dapat lah benda ni. Macam dalam gambar kat atas tu. Dapat free kot. Saya pun tanya lah pakcik kat kedai tu, apa tu pakcik. Kemudian, dia cakap lulur. Ooooo. Saya pun senyum jelah. Maklumlah tak pernah guna lulur. Lulur yang saya dapat ni ialah Lulur Mandi Plus Pemutih, Bengkoang Whitening dari Ratu Sari. Tak pernah terpikir pun nak pakai lulur wei. Haha 

Okay, sedikit ringkasan pasal lulur ni.

Lulur ni adalah untuk melindungi kulit dari penuaan dini akibat sinar matahari. Lulur Mandi Sari Bengkoang Whitening merawat kulit secara tepat dengan bahan semula jadi akan menjadikan penampilan ayu mempesona. Untuk  mewujudkannya, mandi lulur merupakan salah satu tradisi yang tetap dapat dipertahankan para wanita dan remaja putri masa kini. Lulur Mandi Bengkoang mengandungi extra bengkoang dengan zat AHA-nya sebagai pemutih semulajadi yang melindungi kulit dari penuaan akibat pengaruh lingkungan terutama sinar matahari. Ia juga sangat baik digunakan setelah tubuh terbakar oleh sinar matahari atau secara rutin untuk anda yang beraktiviti di luar. Diperkaya dengan bahan lainnya menjadikan kulit tetap lembut, putih bercahaya tanpa flek atau noda hitam.

Nanti kita cuba ye :)
Sejujurnya saya sendiri pun tidak pernah lagi cuba ni. Tak sempat nak try lagi. Tapi yang pastinya bau lulur ni sangat wangi. Dan lulur ni macam skrub. Harganya pula cuma RM12(SM) & RM 15(SS). Murah kan? 


Cara penggunannya pula ialah sapukan Lulur Mandi Bengkoang Whitening ke seluruh tubuh dan leher secara merata dalam keadaan kering, biarkan selama 5 minit untuk mendapatkan hasil yang maksima. Bilas dengan air sambil diurut perlahan hingga bersih sempurna. Dapatkan secara rutin dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Dapat juga digunakan sebagai Body Massage Sauna Cream.





You Might Also Like

0 comments