Street Art, Machang.
Assalamualaikum dan Hi! :)
Masa stay kat kampung sempat lah ajak cousin ke Street Art, Machang. Dah lama teringin pergi sana tapi tak tahu kat mana. Rupanya-rupanya street art ni dekat je dengan KFC Machang. Senang lah nak cari kan. Memang excited sangat dapat pergi even Street Art kat Machang takdelah sehebat Laman Seni, Shah Alam or kat tempat-tempat lain lah tapi saya tetap teruja ke sana. Yelah, bukan senang nak lukis-lukis tu kan. Cuma orang yang berbakat sahaja mampu buat kan.
Untuk pengetahuan korang semua Street Art kat Machang ni dah lama wujud tau sejak hujung-hujung tahun lepas kot. Lama pun tak lama lah kan. Street art ini juga dikenali sebagai Lorong Cek Mek Molek. Kalau korang taktahu nak kesana, nak tanya orang-orang kat sana boleh laa tanya je lorong cek mek molek kat mana. Konfem orang-orang kat Machang tu kenal.
Jadi, dengan adanya Street Art ni harap makin bertambah ramai pelancong datang ke Bandar Machang ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar AD UITM Machang kerana berjaya mengubah lorong ini supaya menjadi kawasan tarikan orang ramai. :)

Comments