#Blogger Talk : Faktor-Faktor Bergiat Dalam Dunia Blog.

Assalamualaikum dan Hi :D

#BLOGGERTALK

Segmen #BloggerTalk Sahabat Blogger kali ini ialah mengenai faktor-faktor bergiat dalam dunia blog. Maaf, sebenarnya saya agak terlewat post entri kali. Tapi alhamdulillah berjaya juga menyiapkan entri kedua segmen sahabat blogger ini.

Pinjam gambar Kak Fatin Suhana jap. Hiks


Faktor-faktor saya bergiat dalam dunia blog adalah kerana saya minat membaca blog. Saya ni peminat setia blogger Fatin Suhana. Siapa tak kenal dengan blogger dan model si cantik manis Fatin Suhana. Dia merupakan salah seorang blogger terkenal yang menjadi ilham kepada saya untuk menulis blog. Saya minat dia dari zaman dia sekolah lagi, abang saya pulak dulu dia pernahlah satu sekolah dengan Kak Fatin ni kejap. Dia kata Kak Fatin pernah buat persembahan nyanyi kat sekolah dia dulu, pastu suara dia sedap macam Siti Nurhaliza. So, lagilah minat nak tahu lebih detail pasal Kak Fatin ni kan. Pastu, tiptip tengok-tengok dia seorang blogger. Terus minat nak follow dia kat blog. Apalagi buatlah blog ni. Dulu-dulu jarang aktif kat blog. Sekadar jadi pembaca blog je. Sekarang dah teraktif pulak. Hehe

Dulu rajin tulis pakai pensil, sekarang jarang-jarang pegang pensil. Asik hadap lappy je. Haha
Pastu, saya ni seorang yang suka menulis. Oleh sebab saya ni seorang pendiam, pendiam keee? Haha kalau ada problem terus tulis kat buku-buku. Pastu, baca-baca, then koyak. Tapi takdelah sampai nak simpan pulak kang ada orang baca. Nahas. So, saya pun cubalah bergiat dalam dunia blog. Untuk pengetahuan korang, kalau kat blog saya takde pulak tulis pasal masalah ke apa ye, malu kitaa oi. So, saya tulis apa yang suka dan apa yang saya lakukan. Sekadar untuk berkongsi dengan korang semua. Kadang kalau terbaca pasal tips ke apa, saya share lah kan dengan korang. Haaa, tulah sebab saya bergiat dalam dunia blog ni.

K lah, itu sahaja entri ringkas dari saya. Hope korang enjoy baca ye. Byebye! :)

Comments

Papaglamz said…
Rasanya Amal tunggu entri mimi kot bru up topik baru.. Hehehe.. Salam singgah di sini..
SYAMIMIROSNEE said…
Eh laa. Yeke? Haha kita busy sikit last week. Tak sempat sentuh blog. Hehehe pasni boleh laa proceed to topik baru :D

Popular Posts