Akhirnya, Mimi Sudah Punya Bisnes Kad Sendiri.

6/25/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Bisnes Kad.
Yeayy ! Akhirnya, mimi sudah punya bisnes kad sendiri. Gembiranya tak terkata. Sebenarnya bisnes kad ni dah lama siap tau. Lebih kurang sebulan ke dua bulan yang lepas. Cumanya mimi baru je nak updated kat blog ni. Untuk pengetahuan korang semua, bisnes kad mimi ni simple je. Tersangatlah simple. Takdelah catchy-catchy sangat. Sebab mimi memang nak yang simple. Warna pulak purple dan hitam. Okay lah kan? Bisnes kad ni mimi buat bertujuan untuk menambahkan networking dan jugak sebagai medium antara mimi dengan customer. Yelah, mimi kan ada buat bisnes online, cuma secara kecil-kecilan jelah. Emm, btw, siapa kata bisnes kad ni bertujuan untuk golongan professional je? Emm, suka hati kita lah kalau nak ada bisnes kad jugak kan. Hikhik. Walaupun mimi bukan lah seorang blogger otai atau femes mahupun seorang ahli perniagaan terkenal tetapi mimi tetap memerlukan bisnes kad jugak. Gituuu. Hehe

Haa, pasni kalau ada jumpa mana-mana blogger ke ada event lagi ke boleh laa mimi bagi bisnes kad ni kat korang kan dan tidak lupa juga dekat customer dan kawan-kawan mimi, ataupun sesiapa jelah yang kenal mimi, yang berkenaan jelah kan. Nanti mimi bagi kat korang ye. So, senang laa sikit kalau korang nak contact mimi ke kan sebab semua details dah ada kat situ. Hihi

You Might Also Like

1 comments