Kuih Tradisional Terengganu : Kuih Bekang.

6/10/2015

Assalamualaikum Dan Hi :D

Apa khabar korang semua? Sihat ke? Haaa, dah lama tak singgah blog ni. Emm, akhirnya berjaya jugak mengupdate entri kali ini. Bukan apa malas nak update belog. I have no idea dan kadang idea ada tapi mood nak ngapdate belog pulak takda. Tsk tsk. Kesian mimi kan. So, sementara tengah rajin ni, mimi nak share dengan korang semua pasal makanan. Yeayyy! :D Haa, korang jangan terliur ye dengan food review mimi kalini. Hiks

Untuk pengetahuan korang semua, gambar kat bawah ni ialah makanan tradisional Negeri Terengganu iaitu Kuih Bekang. Rasanya kat terengganu je ada kuih ni. Hehe. Korang pernah makan tak kuih ni? Kalau pernah makan memang beruntung sangat lah. Sebabnya kuih ni susah sangat nak cari tau. Even kat terengganu ni pun sangat payah nak cari. Lebih-lebih lagi yang sedap macam ni.

Kuih Bekang.
Minggu lepas mimi pergi ke Kuala Terengganu atas sebab-sebab tertentu. So, sewaktu mimi kesana mimi telah bermalam kat rumah pakcik mimi. Pagi esoknya, pakcik mimi lah yang beli kuih bekang ni. Thanks a lot to my uncle kerana sanggup beli kuih bekang ni. Dengar kata tempat yang pakcik mimi beli kuih ni memang diantara yang paling sedap laa kat Kuala Terengganu. Sampai kekadang kalau nak beli korang kena beratur panjang macam budak sekolah tuu sebab orang terlalu ramai.

Emm, kuih bekang ni ada dua jenis kuah tau. Satu kuah putih dan satu kuah hitam macam gambar kat bawah ni. So, kalau korang nak makan, korang kena campurkan kedua-dua jenis kuah ni sehingga sebati. Hehe. Nanti akan rasalah kesedapan dan kenikmatan kuih bekang ni. Kuah ni rasa santan macam tu laa. Tapi memang sedap and i is cannot describe by words. Sangat sedap!

Part 2 : Kuih Bekang.
Jadi, korang semua patut cuba kuih bekang ni tauu. Samada korang tuu memang betul-betul orang Terengganu atau bukan. Mimi tahu kadang orang Terengganu sendiri pun masih taktahu dan tak kenal dengan kuih tradisional ni kan. So, korang mesti cari dan cuba, okay? Kalau korang pelancong yang nak melancong ke Negeri Terengganu pun wajib cuba tau. Tanya je orang-orang lama dorang mesti tahu. Hihi

So, itu sahaja. Semoga korang enjoy dengan entri kali ni hokayy.


P/s : Asyik-asyik review makanan moden je, western food dan apa bagai lagi tu. So, sesekali kita kenalah review makanan tradisional pulak kan supaya kita tidak lupa asal usul makanan kita. Kang tak kenal pulak makanan tradisional negara sendiri. #eh. Hehehe :D

You Might Also Like

3 comments