Dugaan Bulan Ramadhan. Hmm

Assalamualaikum Dan Hi :)

Dugaan.

Harini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Syukur. Alhamdulillah. Setakat ni mimi puasa penuh lagi ye. Hehe. Ok ok. Bulan ramadhan ni kita semua mesti ada banyak dan pelbagai jenis dugaan kan. Macam mimi ni antara dugaan dan ujian di bulan ramadhan ni ialah bila nak kejutkan adik-adik bangun sahur. Alahai, rasa nak curah je air kat masing-masing bila nak suruh bangun sahur. Liat kemain. Kalau kata kejut sahur pukul 5, dah orang mengaji baru nak bangun. Pastu, mula lah kelam kabut. Waktu tu la nak basuh muka, nak cari pinggan mangkuk nak makan. Haa, last last dapat minum air je. Padan muka! Ahak. Sabar jelah dengan karenah adik-adik ni. Emm, tapi bila ingat-ingat balik, dulu waktu kecik-kecik pun kita camtu jugak kan. Macam tulah parents korang kejutkan korang bangun sahur dedulu. Ye dak? Nipulah engkorang pun tak liat nak bangun sahur. Rasanya dah besar-besar pun masih ada yang liat nak bangun sahur kan. Haha. So abang-abang kakak-kakak sabar jelah ye dengan adik-adik memasing. :D

Comments

Popular Posts