Majalah Dara Isu Mei 2016!

Assalamualaikum dan hi :)

Alhamdulillah. Sejak dua menjak ni rezeki semakin mencurah-curah dalam dunia modelling. Tu yang sekarang jarang berblog dah tu. Haha. K k. Walaupun masih banyak kekurangan dalam diri ni. Terima kasih atas peluang yang telah diberikan. Ye, Mimi memang masih baru dalam bidang modelling ni. Tapi its all about passion. Semakin lama semakin seronok berdepan dengan kamera. Even kekadang still ada rasa segan dan kekok. Haha. Tapi takpe, tu hal kecik je, still boleh belajar. Eh.

Okay lah, sebenarnya bukan nak cerita pasal modelling ke apa, tu nanti Mimi cerita kemudian ye. Pelan-pelan kita kayuh yukk. Hehehe.

Ni yang Mimi nak cerita sekarang ni korang pi lah beli Majalah Dara Isu Mei 2016 cecepat. Tu je!

Cover girl untuk Majalah Dara isu mei kalini ialah Amira AF, kalau korang still ingat dan kenal. Mimi tak sure Amira ni peserta AF ke berapa. Tapi sekarang ni dia sangat terkenal dengan lagu hati-hati. Haa, ramai peminat lagu Hati-Hati kan?

Ini lah dia penyanyi lagu tersebut. Siapa lagi kalau bukan si cute Amira Othman ni.

Majalah Dara Mei 2016

Dan yang paling penting ialah Mimi pun ada terselit dalam ruangan kecil majalah tu sekali. Haha. 

Tadaaaa!

Dara.Com Mei 2016

So, kalau nak tahu lebih lanjut cerita pasal Amira Othman dan kenapa Mimi terselit dalam ruangan kecil majalah ni? Jom dapatkan sekarang Majalah Dara Isu Mei 2016 di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda sekarang tauuu dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM5.50 untuk Semenanjung Malaysia termasuklah GST. Murah je kan? Hihi.



Comments

Papaglamz said…
Congratzzz...!!!
SYAMIMIROSNEE said…
Thanks PapaG! :)
Cik Ash said…
Tahniah mimi

Popular Posts