Review : Gel Tint IN2IT.

Assalamualaikum dan hi :)

Kali ni Mimi nak share sesuatu yang best untuk korang! Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita lah kan. Nak cerita ni seorang Mimi kalau tak mekap muka memang akan nampak sangat pucat. Dedulu tak kisah pun kalau tak mekap. Tapi sekarang ni kisah dah sikit. Haha

Ok. Ada yang mengalami masalah yang sama macam Mimi? Bolehlah comment dekat box di bawah ye. Orang kata sharing is caring kan. Kalau Mimi bukan nak cakap lah tapi kalau tak mekap bibir memang akan kelihatan pucat.

So, untuk menghilangkan kepucatan atau nampak tak bermaya di wajah ini, sebelum keluar dari rumah, Mimi mesti memakai gel tint ni.

Gel Tint ni ialah dari IN2IT. Serius, bila pakai memang sangat best! Warna gel tint ni pun tahan lama dan yang paling penting dapat mengurangkan bibir dari menjadi kering. Bibir lembab lah kan. Kira 2 in 1 lah gitu. Kalau tak nak pakai lip ice pun boleh je pakai gel tint ni untuk keluar rumah supaya nampak lebih berkeyakinan.

Gel Tint.

Gel Tint dari IN2IT ini mempunyai 4 warna kesemuanya. Ni yang memang sempat grab 2 warna je iaitu yang warna pink tu kod GT02 Strawberry manakala yang warna macam peach oren tu kod GT 04 Melon. Sebelum ni mimi dah pernah guna yang lagi dua warna tu. Tapi tak terfikir pun nak share pasal gel tint ni. Tapi bila dah banyak kali beli guna pakai ni, Mimi rasa why not kalau Mimi share dekat blog. Hehe 

Harga untuk gel tint ni pulak tersangatlah murah dan berpatutan. Memang berbaloi kalau beli. Sebab apa? Of coz lah sebab warnanya yang tahan lama. Silap-silap boleh tahan sampai ke tidur haa. Tapi harga mimi tak ingat dah berapa. Yang pastinya bawah sepoloh hinggit kot setiap satu.

Ni beli kat Watsons je. So kalau korang rasa nak cari gel tint ni korang boleh la pergi ke Watsons yang berhampiran dengan korang. Rasanya dekat guardian pun ada. Hehe. Tapi ok lah sebab berbaloi, tahan lama. dan warna pun cantik.

Gel Tint IN2IT
Pastu, bagi korang yang minat mekap ala-ala korea ke barbie doll ke apa tu, sesuai jugak kalau pakai gel tint ni untuk mekap yang soft dan nampak natural lah. Nak pakai gel tint ni sebagai pemerah pipi pun boleh tau. Gel tint ni sesuai untuk lips & cheeks. Nanti hasilnya memang konfem awesomelah! :)

Haa, ni je cukup.


Comments

SIQAHIQA said…
Menarik! Bolehlah cuba beli nanti :)
Cik Ash said…
Kak ekin guna baby lips tu

Popular Posts