Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016.

Assalamualaikum dan hi :)

Baru-baru ni Mimi telah menyertai event Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016 yang telah dianjurkan oleh S7even Studio dengan kerjasama daripada Pusat Belia Antarabangsa. Event ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 & 30 April 2016 yang lepas. Bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tujuan Mimi join event ni ialah kerana ofkoslah sebab nak jadi Pemenang Ikon Pencarian Gadis Anggun tu kan. Hihi. Tapi yang sadisnya orang lain yang menang. Kahkah. Tapi okay lah. Yang penting kita enjoy dan seronok!

K k. Back to the topic.

Sebenarnya, Mimi join event ni sebab nak kembangkan lagi bakat dalam modelling. Tu je. Kemudian, untuk menambahkan lagi self confidence dalam diri ni. Yes, I admit that, Mimi punya self confidence ni memang low sikit tapi itu tak bermakna Mimi akan mengalah kat situ je. Haa, gitu. Sebab tulah kena cuba kan. So, Mimi pun decide untuk join event pencarian ni.

Dewan Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Gambar kat atas ni ialah malam sebelum event berlangsung. Malam tu kitorang ada Kelas Keusahawan, Kelas Catwalk, Rehearsel dan beberapa acara lain lagi lagilah. Memang best sangat tauuu! Event pencarian ni korang bukan belajar pasal modelling je tapi yang bertambah best ialah sebab ada jugak Kelas Keusahawanan! Tu pun salah satu sebab Mimi nak sangat join. 2 in 1 lah kan? Sambil belajar modelling, ada kelas keusahawanan. Tambah pulak Mimi pun memang minat dengan bisnes dan juga ada buat bisnes online. So, masa ni lah nak kutip segala ilmu. Hehe

Gambar kat bawah ni masa Kelas Keusahawan, Talk dari salah seorang usahawan yang berjaya iaitu Encik Azad Jasmi selaku CEO Taj International College (TIC). Bukan calang-calang orang tau. Lepastu ada juga talk dari beberapa orang lain lagi yang dah berjaya. Tapi tak sempat ambik gambar sebab Mimi kesejukan dalam dewan ni. Punyalah sejuk dewan ni sampai terketar-ketar dalam tu. Hahaha. K. Saja nak kabo.

Talk dari Encik Azad Jasmi, selaku CEO Taj International College (TIC).
Korang nampak tak siapa dalam screen projector kat gambar atas tu? Zizan bohhhh. Tu pun nak kabo ke? Eh, ofkos lah. Orang kapunggg bohhh. Hahah :D

Gambar kat bawah ni pulak lepas dah selesai semua acara malam tu. Haa, ramai kan peserta yang join? Lebih kurang 60 orang centu. Memang ramai sangat. So, masa ni kita pun dapatlah kengkawan baru. Haa, boleh tambah kengkawan lagi. Ye dok?

Segak kan memasing? Hikhik

Peserta Pencarian Gadis Anggun & Jejaka Maskulin 2016.
Korang cuba cari Mimi dalam reramai tu? Hahaha.

Keesokkan harinya pula, iaitu pada 30 April 2016 maka berlangsung lah event pencarian tersebut! Tu lah yang paling ditunggu-tunggu oleh kami semua. Tak sabar dah memasing nak beraksi masa pertandingan tu. Hehe.

Kat bawah ni masa catwalk. Uih dia punya berdebar. Risau jugak kot masa turun tangga nanti terpele'ot ke apa ke. Tapi alhamdulillah semua steady je. Hahaha

Catwalk!
Photoshoot oleh S7even Studio.
Yang ni pulak masa photoshoot peserta bersama S7even Studio. Mimi dapat jugak nombor tau. Nombor peserta iaitu nombor 16. Okay lah tu kan? Ada juga nombor dari takde kan. Hahah.

Jangan kecam saya.

Apa-apa pun tahniah untuk semua peserta! Korang semua dah menang sebenarnya. Eh, ingat senang ke nak catwalk depan orang ramai semua. Macam-macam boleh jadi tau, kang dibuatnya jatuh kat situ. Malu nanti. Oppps.

Tapi tulah yang kata kena berani kan? And I did it! XD

Yang penting tahniah untuk kesemua Finalis Pencarian Gadis Anggun & Jejaka Maskulin 2016!

Pemenang Pencarian Gadis Anggun Dan Jejaka Maskulin 2016.
Tahniah juga untuk Pemenang Tempat Pertama Ikon Gadis Anggun iaitu Naemah dan Jejaka Maskulin iaitu Danial Tsu! You guys deserved it!

Tak lupa juga untuk semua sponsor event ni iaitu S7even Studio, Pusat Belia Antarabangsa, TAJ International Collge, Majalah Dara, Majalah Maskulin, dan juga butik-butik yang terlibat sepanjang event tu berlangsung iaitu Samalilit, Niqavie Collections, Mimielin Collections, Tuah D'Mohaz dan banyak lagi. Terima kasih semua!

Untuk semua peserta, kalau ada jumpa Mimi kat luar sana tu tegur-tegur lah ye!

K lah, tu je. Terima kasih sudi baca.

Jangan lupa komen dan baca entri seterusnya! Okayyyyy. :D

Bye.










Comments

Cik Ash said…
Wahhh terbaik mimi

Popular Posts