#Blogger Talk : Kawan Di Media Sosial.

Assalamualaikum dan Hi :)

#BLOGGERTALK


Pertama sekali saya nak berterima kasih kepada bro Amal Espraza kerana mengalu-alukan kedatangan saya dalam group Sahabat Blogger. Alhamdulillah. Mungkin ni peluang untuk saya mengembangkan bakat saya dalam dunia blogging. Cewahh. Haha K k.

Sosial Media.


Okay, berbalik kepada topik kita harini. Entri saya pada kali ini ialah berkaitan "Kawan Di Media Sosial". Sejujurnya saya masih baru lagi dalam berblogging ni. Blog dah lama ada tapi sejak dua menjak ni je baru nak aktif. So, kawan blogger pun tak ramai lagi ye. Haha ada yang sudi nak jadi kawan saya tak? #Eh.

Apa yang saya nak bagitau kat sini ialah kawan di media sosial ni ada baik dan buruknya. Baiknya ialah kita dapat mengenali ramai kawan dengan adanya media sosial ni. So, ramai lah connection kita kan. Untuk makluman korang semua media sosial ni bukan sahaja blog tetapi juga facebook, twitter, instagram, tumblr, pinterest dan sebagainya. Dengan adanya kawan-kawan kat media sosial juga mereka mungkin boleh membantu kita sekiranya kita ingin tahu tentang sesuatu. Sebagai contoh, saya ni kan baru lagi berjinak-jinak dalam dunia blogging ni kan. Banyak benda lagi yang saya tak tahu pasal blog ni. So, untuk mengetahu lebih lanjut pasal blog, rakan-rakan blogger kita lah yang akan bantu kita. Mungkin mereka boleh ajar kita sikit demi sedikit tentang apa yang kita nak tahu.

Keburukannya pula ialah mostly kita kenal kawan di media sosial ni cuma dalam alam maya je kan, kadang kita tak kenal mereka dengan lebih dekat. So, korang jangan mudah percaya dengan mereka, okay? Sebab kita tak tahu apa yang mereka mahu. Mungkin ada yang cuma mahu mengambil kesempatan. So, berhati-hati ye. Saya bukan lah nak memburuk-burukkan rakan di media sosial tetapi tu sebagai peringatan untuk saya juga supaya lebih berhati-hati.

Tapi so far, rakan saya dekat facebook, instagram semua peramah dan baik-baik sahaja. Saya juga berharap agar dapat jumpa rakan-rakan sosial media secara face to face. Barulah syok kan hehehe  :)

K lah, itu sahaja entri untuk kali ini. Bye! :D

P/s: Ekceli tak pernah tergerak hati pun nak join segmen blogger-blogger otai ni, kita segan kot. Tapi nasib baik lah ada bro, Amal Espraza yang sudi ajak join, tetiba mintak link blog, kita macam terkejut jugak. Hahaha tapi tak salah mencuba kan :)






Comments

selamat datang ke dunia blog. Rajin2 la "lepak" dekat sahabat blogger/ semua sempoi2. jangan risau. :D
Papaglamz said…
Pergh.....!!! Amal terbaek...!!! Pencetus revolusi.. Papaglamz pun ikut cakap die wat segmen kat blog utk tambah trafik blog.. Huhuhu..
Ammelia said…
Kadang-kadang kena a bit careful jugak kalau dalam alam maya ni kan :) Kite follow awak dah :)
SYAMIMIROSNEE said…
Baik. Terima kasih semua :)
Fina Sophie said…
syamimi, dah follow #7. up sikit your jumlah follower. :) update selalu ya ;)
SYAMIMIROSNEE said…
Okay. Baik sis. InshaAllah kita update selalu nanti :)
Sue Sopian said…
hai.. salam kenal.. :)
selamat dtg ke dunia blogger.. kikikiki..

happy blogging!
SYAMIMIROSNEE said…
Hai kak sue. Terima kasih :)

Popular Posts