Kafe Cakna, Dungun, Terengganu.

Assalamualaikum dan Hi!

Pertama sekali, saya nak cakap Gong Xi Fa Chai! Kepada semua bangsa cina yang menyambutnya hari ni. Seronok mereka dah raya ye. Makan besar lah. Hehe :D

So, entri saya kali ni nak update pasal makan. *takde point lagi nak start.

Semalam saya dan family ke Dungun, Terengganu. Dungun dengan tempat saya dekat je, lebih kurang 45 minit centu. Semalam kitorang pun pergi lah ke sana. Tujuannya sebab nak jumpa sepupu yang attend wedding kat sana. Sebelum jumpa sepupu, kitorang pun nak singgah makan sebab semua dah lapar sangat, maklumlah makan pagi je, petang tak makan lagi. Pastu cari lah kedai makan kat area Pantai Teluk Lipat. Pantai ni memang terkenal kat Dungun atau lebih juga dikenali sebagai Pantai Uitm. Haa, sebab pantai ni dekat je ngan Uitm Dungun. :D Pastu, cari-cari jumpa lah sebuah kafe ni.

Kafe Cakna, Dungun.



Ni first time makan kat sini. Kafe ni kat tepi jalan, kat corner jalan. Mudah je kalau nak cari. Takyah pakai waze konpem jumpa. Hehehe



Cantikkan kafe ni? Simple sangat tapi nampak ellegant. Kafe ni macam pondok-pondok mainan je. Hehehe tapi cantik sangat. Sesuai lah kalau nak bersantai dengan family or kawan-kawan kat sini. Dah memang kafe ni tepi pantai. Memang syoklah. Sangat santai. Kafe ni takde kipas pun, cuma pakai angin je. *tapi kat dalam tu mungkin ada kot. Hahaha 

Lamb Chop.

One of the food yang kami makan. This is lamb chop. Sebenarnya, saya yang order ni. Dah memang lamb chop ni my favourite. Plus, dah ngidam sangat. So, order lah, nak try kan. Apa pun lamb chop dia memang perggggh sedap betoi! Sedap hingga menjilat jari. Dengan black pepper sosnya yang sedap pekat, memang tak rugi kalau makan sini.

Menu Kafe Cakna.

Santai je kan?


Ni adik lelaki gua.

Le familia.

So, this is my family! Kami lepak-lepak santai sini sampai pukul 6 lebih jugaklah. Hehe pastu baru lah gerak tempat cousin. Seronok sekali sekala bersantai dengan family kan. Lasty, korang kalau datang ke Dungun singgah lah kafe ni, memang tak rugi saya cakap. Cuma makanannya jelah mahai sikit. K. Tapi puas hati :)

Tu je, jumpa next entry. See you later, guys! :D

Comments

Unknown said…
Unik kafe ni :)
SYAMIMIROSNEE said…
Yap, sangat unit and cantik. Awak try lah datang sini :)
Cik Ash said…
Unik nya cafe ni..... ni kak syarifah ashikin sila singgah blog akak... :)
SYAMIMIROSNEE said…
Thanks kak. Okay. Insha'Allah saya singgah blog akak :)
Anonymous said…
Ade contact number kdai ni?

Popular Posts