#BloggerTalk : Ciri-Ciri Pasangan Idaman.

4/29/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

#BLOGGERTALK
Minggu lepas tak sempat nak update blogger talk. Kali ni mimi nak update blogger talk yang mimi tak sempat nak updated tu. Kalau boleh taknak terlepas walau satu pun segmen sahabat blogger ni. Best kot. Sekurang-kurangnya takdelah berhabuk blog ni. Baru harini dapat updated entri, minggu lepas terlampau lah busy sampai tak sempat nak udated pape. So, topik pilihan minggu lepas ialah ciri-ciri pasangan idaman.

Setiap orang mesti ada ciri-ciri pasangan idaman kan. Tipulah kalau engkorang takde. Bukan nak kata laa tapi kalau kata pasangan korang tuu gigi rongak, korang nak terima ke? Dalam erti kata lain mestilah nak yang sempurna kan. Tapi bukan laa 100% sempurna, cukuplaa sekadar sejuk mata memandang. Sejuk hati bila kita tengok kan. Emm, so, mari kita tengok apa ciri-ciri pasangan idaman mimi.

Ciri-Ciri Pasangan Idaman Mimi :

1. Tinggi (Sederhana)
Mimi tak suka lelaki yang tinggi sangat dan pendek sangat. Cukuplaa tinggi sikit je dari Mimi. Baru nampak sepadan gitu. Ehem.

2. Kulit Sawo Matang.
Lelaki yang berkulit sawo matang ni memang macho kot. Kalau putih sangat macam doll pulak kan and kalau hitam sangat takut bertukar dengan bangla pulak. K k. Gurau, Mohon jangan terasa. Tapi mimi memang suka lelaki yang kulit sawo matang.

3. Banyak Cakap.
Mimi ni seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. So, mimi memang berkenan sangat laa dengan si jejaka yang banyak cakap ni. Nanti dia boleh buat mimi terhibur. Senang cerita, mimi dengar dia cakap je pun jadi laa. Nanti mimi dah senyum sensorang tengok dia. Tapi jangan banyak membebel dah. Eh :)

4. Hormat Orang Tua.
Lelaki yang hormat orang tua ni memang mimi respect laa kat dorang. Lelaki yang hormat orang tua ni sweet okay. Biasanya lelaki camni jenis penyayang. Lebih-lebih lagi yang pesen anak mak. Dia memang akan hormat orang tua.

5. Suka Senyum.
Lelaki yang suka senyum ni nampak sweet bagi mimi. Mimi tak suka lelaki yang muka masam, nak acah-acah garang. Oi garang-garang nak kemana, Tak best laa centu. Even mimi ni seorang yang susah nak senyum. Tapi mimi memang tertarik sangat dengan lelaki yang suka senyum. Boleh buat mimi cair laa. Hehe :)

6. Tak Panas Baran.
Tak suka pesen lelaki yang panas baran. Lebih-lebih lagi bila dia tengah bawak kereta. Tengah stress dengan jem ke apa. Lelaki pesen camni memang bukan seorang yang penyabar laa. Dah boleh nampak nanti cemana.

So, tu jelah kot. Kalau nak banyak sangat ciri-ciri pasangan idaman tak boleh jugak kan, Nanti sampai bebila tak jumpa-jumpa pasangan kan. 






You Might Also Like

2 comments