#BloggerTalk : Aku Dan Sukan.

4/30/2015

Assalamualaikum dan Hi :)

#BLOGGERTALK

Apa khabar korang semua harini ? Sihat? Dah bersenam? Hehe. Okay. So, topik blogger talk untuk minggu ini ialah 'Aku Dan Sukan.' Ada apa dengan aku dan sukan ye?.

Dulu-dulu waktu zaman sekolah mimi ni seorang yang aktif jugak laa dalam sukan. Tapi takdelah aktif sangat. Nak kata aktif sangat tuu tidak jugak dan nak kata pasif sangat pun tidak. Biasa-biasa je. Join jugak laa sukan.

Untuk topik aku dan sukan ni, mestilah mimi nak share dengan korang pasal sukan kan. Waktu zaman sekolah rendah dulu, mimi aktif dalam sukan bola jaring. Memang minat sangat dengan bola jaring. Waktu join bola jaring ni mimi pernah jadi WA, WD takpun reserved je. Petang-petang pergi sekolah main sungguh-sungguh. Tu zaman sekolah rendah tapi sekarang tak main dah. Dulu jelah.

Sumber Google : Bola Jaring

Pastu, zaman sekolah menengah pulak mimi aktif main lompat kijang. Korang tahu tak lompat kijang mainnya cemana? Tak tahu? Tak tahu tengok bawah ni. Tu laa cara-cara main lompat kijang. Sukan ni laa yang mimi join masa sekolah dulu. Padahal lompatnya takdelah tinggi mana. Tapi boleh laa. Rasanya cikgu pilih pun sebab dah takde orang masuk kot. Haha so, masuklah lompat kijang. Waktu aktif lompat kijang ni pernah dapat no 2 tak silap. Tapi wakil rumah sukan je. Haha

Sumber Google : Lompat Kijang

Kemudian, antara sukan yang mimi minat jugak ialah badminton. Tapi zaman sekolah dulu tak pernah pulak nak masuk sukan badminton ke apa. Mungkin sebab tidak punya keberanian kot. Kahkah. Yang ni mimi main suka-suka jelah. Petang-petang main lah badminton kat luar rumah, bajet-bajet jadi Dato' Lee Chong Wei.

Sumber Google : Badminton
Haa, tu jelah kot pasal aku dan sukan. Yelah, mimi ni bukanlah aktif sangat pun. Biasa-biasa je. Sekarang ni memang tak aktif langsung dah. Cuma kekadang jelah main badminton. Tu pun dengan family. Kalau tak memang taklah nak bersukan.




You Might Also Like

0 comments