Mood Republik Tour : Kelantan.

4/05/2015

Assalamualaikum dan Hi.

Apa khabar korang semua? Sihat ke? :D 

Berbalik kepada entri saya hari ini, pada hari jumaat lepas saya telah ke Kota Bharu, Kelantan. Ada hal sikit kat sana. So, dikesempatan itu saya pun sempat lah pergi ke Event Mood Republik Tour kat Kelantan yang bertempat di Hotel Grand Riverview pada 4 April 2015. Event ini juga bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. 15 jam non stop. Bayangkan laa! 

Mood Republik.


Ada pelbagai jenis booth disana dan kesemuanya lebih kurang 100 booth. Semuanya local brand dan ada diantara mereka ini yang menjual online. Ada booth dari Zawara, Calaqisya, Jubahsouq, Anggun Zara, Dhania, Leuniey Natasha, Liyana Jasmay, Dreemika, Blossom Box Store dan macam-macam lagi. Rambang mata saya nak memilih membeli pakaian. Sebenarnya, bagus juga event ni diadakan sebab ia mengumpulkan semua local brand yang ada kat Malaysia ni. Lepas tuu, kekadang bukan semua orang dapat pergi ke butik mereka semua ni. Kebanyakannya butik-butik local brand ni terletak di Kuala Lumpur dan Selangor. Tak semua orang boleh pergi kan.

Nak beli online? Memang laa boleh tapi kena caj postage lagi. Dah berapa dah. So, alang-alang event ni di buat, baik kita pergi. Pastu, dorang pun buat sale lagi. Lagi murah. :D 

Apa yang bestnya masa kat sana saya sempat jumpa beberapa orang model terkenal macam Ameera Zaini dan EkimNaz. Saya memang adore dorang ni dari dulu. Dah tuu dah jumpa apa lagi snap gambar laa as a moment.

Dengan Kak Ameera Zaini. Pengacara Safiyya TV9.
Untuk pengetahuan korang semua, Kak Ameera Zaini ni pun ada bukak booth tau iaitu Ameera Zaini Hijab Revival. Kak Ameera jual tudung tak silap saya.

Haa, yang kat bawah ni pulak Kak Ekim Naz, dia ni model dari Butik Zawara. Cantik kan orangnya? Peramah pulak tu.


Akak EkimNaz. Model Zawara. 

Happy dapat jumpa dorang semua dalam keadaan yang sesak-sesak tapi mereka sempat lagi melayan saya. Dan yang sedihnya saya dapat pergi kejap je. Sebab terkejar-kejar nak balik ke Terengganu. Tapi takpelah lepas ni ada lagi Mood Republik Tour ni. Lepas ni dibuat di Kuantan pulak. Pada 30 dan 31 Mei tak silap. Ada rezeki boleh laa pergi lagi yang dekat Kuantan tu kan. Boleh pergi lelama sikit. Sebab Kuantan dekat je dengan Kemaman. Hehe so, korang yang stay kat Pahang tuu boleh laa pergi ke event ni. Memang best! Tak nyesal pergi.

Ramai orang kan?
And last, apa yang saya beli kat sana? Emm, satu apa pun tak dapat. Sebanyak-banyak pakaian yang dijual kat sana, saya tak beli pun. Sebabnyaa tak berkenan laa, tak muat laa and kekangan masa. So, balik dengan tangan kosong jelah. Tapi my umi shopping banyak. Haha

Takpelah, takde rezeki ye dak? Harap Mood Republik yang dibuat di Kuantan nanti, saya dapat lah shopping bebanyak sikit. Hehehe :D


You Might Also Like

7 comments