Muzium Adat Istiadat Raja D'Raja, Kelantan.


Assalamualaikum dan Hi :)

Entri sebelum ni saya ada cerita pasal Mood Republik Tour yang berlangsung di Kelantan kan? 

Tapi kali ni saya nak cerita pasal Muzium Adat Istiadat D'Raja, Kelantan pulak. Beberapa hari lepas selepas saya ke Mood Republik Tour, saya juga berkesampatan ke muzium ini. Muzium ini terletak di bandar Kota Bharu, Kelantan. Dah berpuluh-puluh tahun tapi tak pernah pun ke sini. Ni kali pertama. Teruja kot!


Muzium Adat Istiadat Raja D'Raja Kelantan.



Peace sekali.

Untuk pengetahuan korang semua, nak masuk ke sini kena bayar tau. Bayaran hanyalah RM2 sahaja untuk seorang. Murah je kan? Semua orang pun boleh masuk. Tak kira tua atau muda (Umum). 

Di muzium ini korang boleh tahu banyak benda sejarah tentang negeri Kelantan. Pasal Adat Istiadat Di Raja Kelantan dan macam-macam lagi lah.

Muzium ni pulak terbahagi kepada dua bahagian. Ada bahagian depan dan bahagian belakang. Muzium yang bahagian depan ni dua tingkat. Manakala yang bahagian belakang pulak setingkat je. 


Abaikan adik kat belakang tu.



Pelamin Di Raja.

                                 
                                     Keris.
  
                Perahu Di Raja.

Gambar kat atas tuu muzium bahagian depan yang mempunyai dua tingkat. Lawa kan muzium lama ni? Barang-barang yang ada kat dalam ni pun semua barang lama dan barangan antik. Tapi masih lagi tersimpan kat sini.

Pintu Masuk.

Sejujurnya, saya seram jugaklah nak masuk muzium ni sebab muzium ni muzium lama kot. Tapi nak masuk okay je sebab ada orang jaga. Bukan takde orang jaga. Haha. Lama jugaklah saya kat sini. Setelah sejam duk dalam muzium ni, baru saya balik. So, korang yang nak datang ke Kelantan tuu, boleh laa singgah muzium ni hokay. 









Comments

Unknown said…
muzium boring. hahaha.
Akma Che Oms said…
best kan p muzium...leka je duk dlm muzium...
Papaglamz said…
Dak kecik tu menampakkan yg samimi sgt besar.. Maaf terjujur..

Popular Posts