Sembonia : Liberal Art Of Geometry.

5/20/2015

Assalamualaikum Dan Hi :)

Liberal Art Of Geometry | Minggu lepas mimi telah ke pelancaran Liberal Art Of Geometry by Sembonia yang diadakan di East Coast Mall, Kuantan. Event ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang blogger yang lain. Teruja takyah cakap lah. Seperti yang mimi bagitau dalam entri-entri sebelum ni, event ini adalah event yang pertama yang mimi pergi sebagai media blogger. 

Kehadiran kami telah disambut oleh seorang wakil dari Sembonia iaitu Mr Jack Loh. Pada mulanya, beliau telah memberi sedikit informasi berkaitan Liberal Art Of Geometry. 

Mr Jack
Gambar kat bawah ni ialah salah satu koleksi baru dari Liberal Art Of Geometry sempena musim bunga dan musim panas pada tahun 2015. Cantik kan? Warnanya pun menarik warna kuning gituu. Untuk koleksi ini bukan sahaja mempunyai warna kuning tetapi juga turut mempunyai warna lain.

Liberal Art Of Geometry
Apa yang mimi tahu, beg buatan sembonia ini dari jenis kulit yang berkualiti dan sangat tahan lama. Beg ini juga sangat sesuai digunakan bagi wanita-wanita yang berkerjaya dan wanita moden. Harganya pula adalah sangat berpatutan. Mimi pun berkenan. Hiks :D

Liberal Art Of Geometry


Liberal Art Of Geometry

Sempena sambutan hari ibu yang lepas juga, sembonia juga turut mengeluarkan design khas untuk Mother's Day. So, korang yang ingin memberi hadiah kepada ibu atau para isteri boleh laa korang singgah ke Sembonia untuk beg-beg yang menarik seperti gambar dibawah ini. Ibu atau isteri korang pasti suka.

Mother's Day Collection
Bagi kaum lelaki pula, korang juga jangan risau ye. Ini kerana, di sembonia koleksi untuk kaum lelaki juga sudah tentu ada. So, itu sahaja. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke link dibawah ye.


You Might Also Like

1 comments